Wednesday, May 11, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Debat Perdana Najib-Anwar malam ini

Posted: 11 May 2022 06:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Debat Perdana yang julung kali menampilkan dua figura besar, dalam arena politik tanah air, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak malam ini, dijangka mengupas pelbagai isu panas berkaitan negara.

Inter juara Piala Itali

Posted: 11 May 2022 06:05 PM PDT

ROM: Inter Milan meraih gelaran kelapan Piala Itali apabila mengatasi seteru lama, Juventus 4-2 selepas tambahan masa yang penuh kontroversi.

Nahas dekat Terowong Menora, trafik sesak 13km

Posted: 11 May 2022 05:35 PM PDT

KUALA KANGSAR: Nahas mengakibatkan lima individu rentung di KM246, Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, tengah malam tadi mengakibtkan aliran trafik perlahan dan sesak sejauh 13 kilometer (KM).

Korea Utara sahkan kes pertama COVID-19

Posted: 11 May 2022 05:32 PM PDT

SEOUL: Korea Utara secara rasmi mengesahkan wabak COVID-19 pertama di negara itu hari ini, dengan media kerajaan melaporan sub varian Omicron yang sangat mudah merebak dikenali BA.2 dikesan di Pyongyang.

Ummi Nazeera positif COVID-19

Posted: 11 May 2022 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Reda diri disahkan positif COVID-19 selepas dua tahun pandemik melanda negara, Ummi Nazeera tidak menolak kemungkinan dijangkiti selepas menghadiri acara rumah terbuka sempena Aidilfitri.

Budak empat tahun maut dalam kemalangan

Posted: 11 May 2022 05:15 PM PDT

MACHANG: Seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala ibu serta kakaknya cedera dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 54.1 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Pek, di sini, malam tadi.

Malaysia jumpa India suku akhir Piala Thomas

Posted: 11 May 2022 05:13 PM PDT

BANGKOK: Malaysia yang juga Juara Kumpulan D diundi bertemu India, Naib Juara Kumpulan C pada suku akhir Final Piala Thomas dalam undian yang berlangsung di sini hari ini.

Kru kapal layar dikhuatiri lemas selepas jatuh laut

Posted: 11 May 2022 05:02 PM PDT

LANGKAWI: Seorang lelaki yang hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada sebuah bot di perairan Kuah di sini, petang semalam, sudah dikenal pasti sebagai kru kapal layar.

Konflik Russia-Ukraine: Moscow digesa gabungkan Kherson

Posted: 11 May 2022 05:04 PM PDT

KYIV: Pihak berkuasa pro-Kremlin di Kherson, Ukraine menggesa Presiden Vladimir Putin untuk menggabungkan wilayah itu ketika Moscow menuduh Kyiv membedil sebuah bandar Russia dalam peperangan terbaru.

Mahinda Rajapaksa dipindah ke pangkalan tentera laut

Posted: 11 May 2022 04:27 PM PDT

WEERAKETTIYA: Sri Lanka memindahkan Mahinda Rajapaksa ke pangkalan tentera laut bagi tujuan keselamatannya selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, dua hari lalu.

De Bruyne bawa City hampiri kejuaraan

Posted: 11 May 2022 03:57 PM PDT

WOLVERHAMPTON, United Kingdom: Pep Guardiola menggambarkan prestasi Kevin De Bruyne sebagai "lebih daripada sempurna" selepas pemain Belgium itu meledak empat gol ketika membelasah Wolves 5-1 yang membawa Manchester City semakin menghampiri gelaran Liga Perdana.

5 rentung dalam satu kereta

Posted: 11 May 2022 03:31 PM PDT

KUALA KANGSAR: Lima rentung apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora, di sini, tengah malam tadi.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 11 May 2022 03:36 PM PDT

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi:

Kaunter urusan pasport dibuka hingga jam 10 malam

Posted: 11 May 2022 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menyarankan orang ramai hadir melakukan urusan pasport selepas waktu bekerja susulan operasi kaunter dibuka sehingga jam 10 malam bagi mengelak mereka menunggu lama, sekali gus mendapat perkhidmatan lebih selesa.

Malaysia atasi Jepun 3-1 aksi Piala Thomas

Posted: 11 May 2022 10:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Jepun 3-1 dalam saingan Kumpulan D aksi Piala Thomas di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.

Malaysia dahului Jepun 2-1 aksi Piala Thomas

Posted: 11 May 2022 09:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia masih mendahului Jepun 2-1 selepas perlawanan ketiga saingan

'Kerajaan perlu kawal kenaikan harga barang'

Posted: 11 May 2022 09:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengawal selia kenaikan harga barangan bagi mengimbangi risiko inflasi.

Malaysia sedang dahului Jepun 2-0 aksi Piala Thomas

Posted: 11 May 2022 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mendahului Jepun 2-0 dalam saingan Piala Thomas bagi Kumpulan D di Bangkok, sebentar tadi.

Gol minit akhir Forestiere bantu JDT ranap NS

Posted: 11 May 2022 08:28 AM PDT

SEREMBAN: Impian Negeri Sembilan FC untuk mencabar keunggulan Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak kesampaian apabila tewas 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam tadi.

Malaysia dahului Jepun 1-0 aksi Piala Thomas

Posted: 11 May 2022 08:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mendahului Jepun 1-0 dalam saingan Piala Thomas bagi Kumpulan D di Bangkok, sebentar tadi.

Lelaki didakwa culik budak sekolah disahkan OKU mental

Posted: 11 May 2022 08:15 AM PDT

PASIR GUDANG: Polis mengesahkan lelaki yang didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dengan video dan gambar kejadian itu tular pagi tadi, mengalami masalah psikiatri.

Sarawak United jinak Tok Gajah di Kuantan

Posted: 11 May 2022 07:35 AM PDT

KUANTAN: Sarawak United FC meraih mata penuh di Stadium Darul Makmur, di sini, malam tadi selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Sri Pahang FC 2-1 pada aksi Liga Super.

Malaysia lunas dendam, benam Laos di Hanoi

Posted: 11 May 2022 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad 'Harimau Muda' melunaskan dendam ke atas Laos selepas meraih kemenangan 3-1 dalam aksi kedua Kumpulan B saingan Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, sebentar tadi.

Awang Adek letak jawatan dalam PRG Holdings

Posted: 11 May 2022 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif PRG Holdings Bhd (PRG Holdings), Datuk Dr Awang Adek Hussin akan meletak jawatan daripada lembaga pengarah kumpulan itu, berkuat kuasa 30 Mei ini.

Muhyiddin nafi fitnah Ahmad Zahid

Posted: 11 May 2022 06:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan beliau bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada memintanya campur tangan dalam kes jenayah bekas Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah, adalah benar dan bukan memfitnah.

Gangguan elektrik bongkar perlombongan bitcoin

Posted: 11 May 2022 06:48 AM PDT

TELUK INTAN: Gangguan bekalan elektrik dihadapi penduduk sejak dua bulan lalu membawa kepada serbuan ke rumah kedai disyaki melakukan kegiatan mencuri elektrik untuk perlombongan mata wang digital bitcoin secara haram, di sini, awal pagi tadi.

Lelaki dipercayai terbabit culik kanak-kanak ditahan polis

Posted: 11 May 2022 06:45 AM PDT

PASIR GUDANG: Penduduk di sini gempar dengan kejadian dipercayai cubaan menculik seorang kanak-kanak lelaki sebuah sekolah agama di kawasan berkenaan selepas rakaman video dan gambar kejadian itu tular di laman sosial Facebook (FB).

KFA nafi Kedah berdepan masalah tunggakan gaji pemain

Posted: 11 May 2022 06:38 AM PDT

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan masalah tunggakan gaji hingga menyebabkan mereka kalah dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Biar ditolak UMNO, PAS teruskan agenda penyatuan ummah

Posted: 11 May 2022 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS hari ini memberi jaminan untuk meneruskan agenda penyatuan ummah melalui wadah politik meskipun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara total menolak pakatan terbabit.

Budak mangsa letupan tong gas jalani pembedahan

Posted: 11 May 2022 06:25 AM PDT

GEORGETOWN: Kanak-kanak lelaki enam tahun yang dilaporkan dalam kritikal susulan insiden letupan tong gas memasak di Taman Cenderawasih, Jawi, Nibong Tebal, Ahad lalu, selamat menjalani pembedahan petang tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template