BH Online - Terkini |
- Brahim's Holdings dinyahsenarai dari Bursa Malaysia
- MQA lancar portal Micro-credentials
- 11 lagi saksi majlis Aidilfitri babitkan tarian separuh bogel ditahan
- Guru ditahan disyaki cabul pelajar
- Sambutan Jelajah Apirasi Keluarga Malaysia Terengganu menggalakkan
- Impian terakhir Safiyya Aisyah
- Pemuda ditahan disyaki rogol adik kandung sehingga mengandung
- Penulis skrip hidap kanser dapat perhatian Perdana Menteri
- Maut rempuh treler di lorong kecemasan
- 3 keluarga tinggal sehelai sepinggang
- Foden positif COVID-19, terlepas aksi England
- 3 maut, beberapa cedera selepas kereta api tergelincir
- UPSI di tangga 164 terbaik Asia
- AS, Korea Selatan, Jepun bincang ancaman ujian nuklear Korea Utara
- Maut kereta masuk laluan bertentangan
- Sri Lanka minta bantuan PBB isu kekurangan makanan
- Damok optimis hasil keputusan positif GP Catalunya
- Perang Ukraine tidak akan ada pemenang
- Pemansuhan PT3 bolehkan guru menilai kemampuan pelajar secara holistik
- Bukan laluan mudah untuk kami - Aaron
- Orange Esports, Todak harapan negara juarai MSC 2022
- Pencalonan Nurhayati bagi jawatan naib presiden KOM ditolak
- Aaliyah sertai kejohanan luncur air dunia di AS
- Nelayan ditemui lemas
- Junta Myanmar akan laksana hukuman mati
- Dunia gelap seketika lihat jasad anak di belakang kereta
- 2 cedera insiden tembakan di tanah perkuburan
- 22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
- Nor Azam tuntut rakan peraga aksi konsisten
- RM3.1 juta tak mampu tampung kerugian 'hilang' kepala alat sulit - Hakim
| Brahim's Holdings dinyahsenarai dari Bursa Malaysia Posted: 03 Jun 2022 09:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewina Holdings Sdn Bhd (Dewina) dan anak syarikatnya akan terus beroperasi seperti biasa walaupun syarikat bersekutunya Brahim's Holdings Bhd (BHB) telah dinyahsenarai dari Bursa Malaysia berkuat kuasa hari ini. |
| MQA lancar portal Micro-credentials Posted: 03 Jun 2022 08:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Dalam usaha mempromosi pendidikan fleksibel sebagai satu daripada teras utama bagi mendukung agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hari ini melancarkan Portal Micro-credentials. |
| 11 lagi saksi majlis Aidilfitri babitkan tarian separuh bogel ditahan Posted: 03 Jun 2022 08:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan kes majlis rumah terbuka Aidilfitri membabitkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel. |
| Guru ditahan disyaki cabul pelajar Posted: 03 Jun 2022 08:21 AM PDT KUALA KRAI: Seorang guru di sebuah sekolah agama di sini, ditahan kerana dipercayai mencabul pelajar perempuan Tingkatan Dua. |
| Sambutan Jelajah Apirasi Keluarga Malaysia Terengganu menggalakkan Posted: 03 Jun 2022 04:33 AM PDT KUALA NERUS: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang diadakan di Terengganu selama tiga hari bermula semalam mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat setempat. |
| Impian terakhir Safiyya Aisyah Posted: 03 Jun 2022 06:37 AM PDT BAGAN SERAI: Biarpun nampak lincah dan ceria seperti kanak-kanak normal, siapa sangka hayatnya dijangka mampu bertahan sehingga enam bulan sahaja lagi. |
| Pemuda ditahan disyaki rogol adik kandung sehingga mengandung Posted: 03 Jun 2022 07:45 AM PDT KOTA BHARU: Seorang lelaki ditahan dipercayai merogol adik kandungnya yang juga pelajar Tingkatan Satu sehingga mengandung. |
| Penulis skrip hidap kanser dapat perhatian Perdana Menteri Posted: 03 Jun 2022 07:17 AM PDT KUALA TERENGGANU: Nasib penulis skrip terkenal, Mazelan Manan yang menderita penyakit kanser hidung dan paru-paru lebih dua tahun lalu, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. |
| Maut rempuh treler di lorong kecemasan Posted: 03 Jun 2022 07:07 AM PDT SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 106.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala Selatan, malam tadi. |
| 3 keluarga tinggal sehelai sepinggang Posted: 03 Jun 2022 06:53 AM PDT TAWAU: Sekurang-kurangnya 20 penghuni tiga rumah tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Kampung Bombalai, Jalan Sungai Imam, dekat sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi. |
| Foden positif COVID-19, terlepas aksi England Posted: 03 Jun 2022 06:45 AM PDT LONDON: Pemain tengah England Phil Foden terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA menentang Hungary dan Jerman selepas positif COVID-19. |
| 3 maut, beberapa cedera selepas kereta api tergelincir Posted: 03 Jun 2022 05:47 AM PDT BERLIN: Tiga maut dan beberapa lagi cedera apabila kereta api wilayah tergelincir di selatan Jerman hari ini, kata jurucakap polis. |
| UPSI di tangga 164 terbaik Asia Posted: 03 Jun 2022 05:43 AM PDT TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang buat pertama kali menyertai ranking Times Higher Education (THE) Universiti Asia berjaya mencapai kedudukan di tangga ke-164. |
| AS, Korea Selatan, Jepun bincang ancaman ujian nuklear Korea Utara Posted: 03 Jun 2022 05:35 AM PDT SEOUL: Pegawai dari Amerika Syarikat (AS). Korea Selatan dan Jepun bertemu di Seoul hari ini, bagi membincangkan mengenai Korea Utara, ketika negara yang terpencil itu, menunjukkan petanda sedang bersedia untuk menjalankan ujian nuklear buat kali pertama sejak 2017. |
| Maut kereta masuk laluan bertentangan Posted: 03 Jun 2022 05:27 AM PDT KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut apabila kereta Proton Wira dipandunya gagal dikawal dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Toyota Vellfire, petang tadi. |
| Sri Lanka minta bantuan PBB isu kekurangan makanan Posted: 03 Jun 2022 05:26 AM PDT COLOMBO: Sri Lanka yang berdepan masalah kewangan meminta bantuan segera daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan stok makanan asas, kata pejabat perdana menteri hari ini. |
| Damok optimis hasil keputusan positif GP Catalunya Posted: 03 Jun 2022 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Syarifuddin Azman optimis mampu menghasilkan keputusan positif apabila bersaing dalam perlumbaan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Catalunya, minggu ini. |
| Perang Ukraine tidak akan ada pemenang Posted: 03 Jun 2022 05:11 AM PDT KYIV: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini berkata, tidak akan ada pemenang daripada pencerobohan Russia ke atas Ukraine, ketika konflik antara dua negara itu memasuki hari ke-100 dan tentera Moscow mara lebih jauh ke wilayah timur Donbas. |
| Pemansuhan PT3 bolehkan guru menilai kemampuan pelajar secara holistik Posted: 03 Jun 2022 04:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membolehkan guru menilai kemampuan pelajar secara menyeluruh. |
| Bukan laluan mudah untuk kami - Aaron Posted: 03 Jun 2022 04:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Atas kertas ia mungkin satu undian yang memihak kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, namun lawan mereka di pusingan pertama Terbuka Indonesia dari 14 hingga 19 Jun ini, tidak boleh dipandang mudah. |
| Orange Esports, Todak harapan negara juarai MSC 2022 Posted: 03 Jun 2022 04:57 AM PDT PUCHONG: Pasukan sukan elektronik (e-sukan) Orange Esports dan Todak, diharap dapat mempamerkan prestasi cemerlang untuk muncul juara Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 pada 11 hingga 19 Jun ini. |
| Pencalonan Nurhayati bagi jawatan naib presiden KOM ditolak Posted: 03 Jun 2022 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Pencalonan bekas atlet wanita Selangor era 90-an, Nurhayati Karim bagi jawatan naib presiden dalam pemilihan jawatan tertinggi Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) penggal 2022/2025 pada mesyuarat agung tahunan (AGM), 12 Jun ini ditolak. |
| Aaliyah sertai kejohanan luncur air dunia di AS Posted: 03 Jun 2022 04:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah menerima jemputan daripada Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Antarabangsa (IWWF) untuk bertanding pada Kejohanan Dunia di Birmingham, Alabama Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 7 hingga 17 Julai. |
| Posted: 03 Jun 2022 04:35 AM PDT PONTIAN: Seorang nelayan ditemui lemas hari ini, manakala rakannya masih hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pontian, semalam. |
| Junta Myanmar akan laksana hukuman mati Posted: 03 Jun 2022 04:33 AM PDT YANGON: Junta Myanmar akan menghukum mati seorang bekas anggota parti Aung San Suu Kyi dan seorang aktivis demokrasi terkemuka, yang kedua-duanya disabitkan kesalahan keganasan. |
| Dunia gelap seketika lihat jasad anak di belakang kereta Posted: 03 Jun 2022 03:12 AM PDT KUALA SELANGOR: "Saya terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan sejurus keluar, terasa dunia gelap seketika melihat jasad anak terbaring di belakang kereta kami," kata Rubiah Basok, 71. |
| 2 cedera insiden tembakan di tanah perkuburan Posted: 03 Jun 2022 04:03 AM PDT LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya dua orang cedera apabila beberapa tembakan dilepaskan ke arah orang ramai yang menghadiri pengebumian di negeri Wisconsin Amerika Syarikat (AS) semalam, kata polis. |
| 22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais Posted: 03 Jun 2022 04:14 AM PDT PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 22 Julai sebagai pengurusan kes berhubung rayuan enam individu yang dihukum mati selepas mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, hampir enam tahun lepas. |
| Nor Azam tuntut rakan peraga aksi konsisten Posted: 03 Jun 2022 04:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua kemenangan berturut-turut yang dilakar skuad kebangsaan dalam aksi 'pemanas badan' jelas memberikan keyakinan tinggi buat pemain negara menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2023 yang akan membuka tirainya, Rabu ini. |
| RM3.1 juta tak mampu tampung kerugian 'hilang' kepala alat sulit - Hakim Posted: 03 Jun 2022 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Ganti rugi wang ringgit tidak mampu menampung kerugian dialami seorang pemuda berusia 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lalu, demikian dinyatakan Hakim Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan saman mangsa. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment