Friday, June 10, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


TFC hargai jasa 'Silent Killer'

Posted: 10 Jun 2022 03:52 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Bagi menyemarakkan lagi pentas Liga Malaysia (Liga M) musim ini, Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd melancarkan koleksi jersi tempat lawan terbaru di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, hari ini.

Kerajaan usaha tangani keciciran pendidikan Orang Asli

Posted: 10 Jun 2022 04:33 AM PDT

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendidikan masyarakat Orang Asli antara fokus utama kerajaan dengan tumpuan diberikan dalam mencari penyelesaian masalah keciciran murid masyarakat itu pada peringkat sekolah menengah.

'Manusia berhak diberi peluang kedua'

Posted: 10 Jun 2022 03:45 AM PDT

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih kekal namun perubahan yang dilakukan ialah memberi pilihan kepada hakim menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Air warna putih, berbau dikesan di Sungai Langat

Posted: 10 Jun 2022 09:08 AM PDT

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan aliran air berwarna putih dan bau seakan-akan klorin di kawasan Sungai Langat di sini, petang tadi.

Tiga termasuk dua beradik lemas ketika berkelah

Posted: 10 Jun 2022 08:00 AM PDT

PERMAISURI: Perkelahan dua beradik bersama seorang sepupu bertukar tragedi apabila ketiga-tiganya ditemukan lemas di kawasan Air Terjun Lata Changkah Ulu Seladang di sini, petang tadi.

Kontraktor maut kereta dirempuh lori

Posted: 10 Jun 2022 07:37 AM PDT

MELAKA: Seorang kontraktor maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah lori di Jalan Persisir Pantai Klebang-Limbongan, di sini, petang tadi.

Pasukan EPL mula 'beli-belah'

Posted: 10 Jun 2022 07:15 AM PDT

LONDON: Jendela perpindahan sudah dibuka secara rasmi dan tumpuan akan terarah kepada Newcastle yang dijangka berbelanja besar untuk memperkuat pasukannya.

PLC digesa bina pendekatan ESG lebih terperinci

Posted: 10 Jun 2022 07:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat senaraian awam (PLC) perlu membangunkan pendekatan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang lebih terperinci, menurut buku panduan yang dilancarkan oleh Bursa Malaysia Bhd hari ini.

Zurainah dilantik Pengerusi FINAS, Mohamad Salim Pengerusi Interim MCMC

Posted: 10 Jun 2022 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024.

CEO AEON letak jawatan

Posted: 10 Jun 2022 06:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: AEON Co (M) Bhd (AEON) melantik Ono Keiji sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan Shafie Shamsuddin yang meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2022 selepas berkhidmat selama tiga tahun dengan AEON.

Hong Seng, EoCell bangunkan hub bateri EV, ESS

Posted: 10 Jun 2022 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hong Seng Consolidated Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan EoCell Inc (EoCell) untuk membangunkan hab pembuatan bateri kenderaan elektrik (EV) dan penyelesaian simpanan tenaga (ESS).

Johari Shukri CEO baharu Hektar Asset Management

Posted: 10 Jun 2022 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hektar Asset Management Sdn. Bhd. (Hektar Asset Management),mengumumkan pelantikan Johari Shukri Jamil, 50, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hektar Asset Management berkuat kuasa 11 Jun 2022.

Ahli perniagaan kaya Sri Lanka Menteri Kewangan seterusnya

Posted: 10 Jun 2022 06:26 AM PDT

COLOMBO: Salah seorang ahli perniagaan terkaya Sri Lanka akan menggantikan tempat adik presiden di Parlimen, kata pegawai parti pemerintah hari ini, ketika negara yang mengalami krisis kewangan itu bergerak ke hadapan dalam perbincangan untuk rancangan penyelamatan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Bursa Malaysia merudum, jatuh bawah 1,500 mata

Posted: 10 Jun 2022 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi rendah dan melepasi paras psikologi 1,500 hari ini, didorong oleh jualan berterusan secara menyeluruh, sejajar dengan prestasi bursa serantau yang lemah, kata peniaga.

Strategi baharu bendung pasaran gelap diperlukan

Posted: 10 Jun 2022 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang lahir selepas 2005 bakal mengundang bahaya dan memberi kesan kepada ekonomi serta penawaran pekerjaan negara, andai kata undang-undang ini diluluskan.

Mickey minta tempoh bertenang

Posted: 10 Jun 2022 06:15 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) berhasrat untuk menyambung kontrak pemain sayap lincah, Mohd Faisal Halim bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ringgit cecah RM4.40 berbanding dolar AS

Posted: 10 Jun 2022 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit melepasi paras RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup dagangan mingguan berikutan pelabur memilih aset selamat termasuk dolar AS di tengah-tengah isyarat oleh Bank Pusat Eropah (ECB) untuk menaikkan kadar faedah bulan depan, kata seorang penganalisis.

Cemas anak dilarikan penganggur curi kereta mahu balik kampung

Posted: 10 Jun 2022 05:56 AM PDT

KUANTAN: Seorang peniaga berdepan detik cemas selepas anak lelakinya dilarikan oleh seorang penganggur yang mencuri keretanya di Felda Hilir Satu di sini, yang didakwa mahu digunakan untuk pulang ke kampung.

Penghantar makanan maut langgar belakang lori

Posted: 10 Jun 2022 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh arah ke Sungai Buloh, dekat sini, pagi tadi.

Parlimen perlu wujud hukuman alternatif setimpal kesalahan pesalah - Peguam

Posted: 10 Jun 2022 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan Parlimen untuk meminda undang-undang sedia ada bagi mewujudkan hukuman alternatif kepada pesalah, kata seorang pengamal undang-undang.

JDT belasah Hougang United 8-0

Posted: 10 Jun 2022 05:33 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk membelasah Hougang United FC dari Singapura 8-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

'Tak mustahil kejutkan Bahrain'

Posted: 10 Jun 2022 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan negara, Khuzaimi Piee menganggap tidak mustahil untuk Harimau Malaya meraih kemenangan ke atas pasukan yang berada di ranking lebih tinggi seperti Bahrain.

47 kawasan di Petaling alami gangguan bekalan air

Posted: 10 Jun 2022 05:12 AM PDT

SHAH ALAM: Sebanyak 47 kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan pelaksanaan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil, minggu depan.

Selangor, KL terus cemerlang

Posted: 10 Jun 2022 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad badminton lelaki Bawah 16 tahun (B-16) Selangor dan Kuala Lumpur terus mempamerkan aksi cemerlang apabila mengungguli saingan suku akhir Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 Pusingan Kedua di Meru, Perak, hari ini.

'Belum ada jangka waktu kuatkuasakan pemansuhan hukuman mati mandatori'

Posted: 10 Jun 2022 04:57 AM PDT

KUCHING: Kerajaan belum menetapkan sebarang jangka waktu bagi menguatkuasakan pemansuhan hukuman mati mandatori yang sudah dipersetujui.

Sri Lanka mungkin berdepan darurat kemanusiaan sepenuhnya

Posted: 10 Jun 2022 04:56 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengeluarkan amaran krisis ekonomi Sri Lanka yang sebelum ini mengalami masalah tunai boleh berkembang menjadi krisis kemanusiaan teruk, dengan berjuta-juta rakyat negara itu sudah memerlukan bantuan.

Remaja lemas mandi sungai

Posted: 10 Jun 2022 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki lemas selepas mandi bersama empat rakannya di Sungai Lagong, Taman Rimba Bukit Lagong, Selayang dekat sini, hari ini.

Johnathan tak mahu tunggu tahun depan

Posted: 10 Jun 2022 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kejohanan Dunia ISSF 2022 yang dijadual berlangsung pada Oktober nanti menjadi lapang sasar buat penembak negara, Johnathan Wong memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Menteri Pertahanan AS, China berunding di Singapura

Posted: 10 Jun 2022 04:29 AM PDT

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan China mengadakan rundingan secara bersemuka pertama mereka di Singapura hari ini, ketika kuasa besar itu berbincang mengenai pertikaian keselamatan dari Taiwan hingga ke perairan yang dipertikai.

Lelaki rogol gadis bawah umur hingga mengandung diberkas semula

Posted: 10 Jun 2022 04:22 AM PDT

KLANG: Polis menahan semula seorang lelaki tempatan pagi semalam kerana terbabit dalam kes rogol gadis bawah umur sehingga mengandung dan menyembunyikan kelahiran dalam kejadian kira-kira empat tahun lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template