BH Online - Terkini |
- Jenazah arwah Hamid selamat dikebumikan
- BTS bawa haluan, tumpu kerjaya solo
- Rampasan, sitaan harta dadah capai jutaan ringgit setiap minggu
- Penantian 42 tahun berakhir, Malaysia layak ke Piala Asia
- Konsep diyat akan dibincang lebih mendalam - Idris
- Polis siasat video warga asing sokong hina Nabi Muhammad
- Malaysia dahului Bangladesh 2-1 separuh masa
- Muhyiddin tetap mahu calonkan pengganti Zuraida
- PM turut hadir beri sokongan kepada Harimau Malaya
- Penyokong Malaysia, Bangladesh sudah serbu Stadium Nasional
- 'Menabung sejak kecil pergi haji'
- Seorang mangsa kemalangan bas di Arab Saudi dihantar pulang
- Yusri sasar bawa Perak FC ke Piala Malaysia
- Mahaguru taekwondo Sabri Salleh meninggal dunia
- Kanak-kanak dibunuh, diseksa junta Myanmar - pakar PBB
- Perang jejas 25 peratus tanah pertanian di Ukraine
- EU berhasrat beli 110,000 dos vaksin cacar monyet
- SIC perkenal DEC pertama di Asia Tenggara
- Lautan penyokong Harimau Malaya mengaum di Stadium Nasional
- KPG harap padang lebih berkualiti dapat disediakan
- 20 kontena dicuri dalam rompakan terbesar di Mexico
- Farizal digugur, Safawi, Arif dalam senarai kesebelasan utama
- Operasi selamat budak jatuh perigi masuk hari keempat
- Sekutu Jho Low diisytihar bankrap
- Bursa Malaysia akhiri kerugian lapan hari berturut-turut
- Ringgit ditutup rendah lagi, RM4.419 berbanding dolar
- Ekonomi dunia mungkin berdepan kemelesetan
- FELDA bantu tambah bekalan makanan negara
- Klinik Kesihatan Mansiat musnah terbakar
- Juruteknik kasari warga asing ditahan
| Jenazah arwah Hamid selamat dikebumikan Posted: 14 Jun 2022 08:01 AM PDT KLANG: Jenazah pelawak legenda tanah air, Allahyarham Hamid Gurkha, 89, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa, di sini, jam 9.50 malam ini. |
| BTS bawa haluan, tumpu kerjaya solo Posted: 14 Jun 2022 10:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Kumpulan pop sensasi, BTS mengumumkan akan berehat bagi satu tempoh yang belum ditetapkan demi memberi tumpuan terhadap kerjaya solo. |
| Rampasan, sitaan harta dadah capai jutaan ringgit setiap minggu Posted: 14 Jun 2022 07:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Nilai rampasan dadah menerusi penguatkuasaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Kontinjen dan Daerah di seluruh negara mencecah jutaan ringgit setiap minggu. |
| Penantian 42 tahun berakhir, Malaysia layak ke Piala Asia Posted: 14 Jun 2022 07:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menundukkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi. |
| Konsep diyat akan dibincang lebih mendalam - Idris Posted: 14 Jun 2022 06:49 AM PDT KUANTAN: Pertimbangan menggunakan konsep diyat (pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan penjenayah) sebagai hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori akan dibincangkan secara lebih mendalam. |
| Polis siasat video warga asing sokong hina Nabi Muhammad Posted: 14 Jun 2022 08:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berhubung rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing di negara ini menyatakan sokongan tindakan seorang ahli politik negara India yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW. |
| Malaysia dahului Bangladesh 2-1 separuh masa Posted: 14 Jun 2022 06:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kini selangkah untuk meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia tahun depan apabila sedang mendahului Bangladesh 2-1 di separuh masa pertama aksi terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. |
| Muhyiddin tetap mahu calonkan pengganti Zuraida Posted: 14 Jun 2022 07:54 AM PDT PUTRAJAYA: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berhubung dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan mengenai kedudukan Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet. |
| PM turut hadir beri sokongan kepada Harimau Malaya Posted: 14 Jun 2022 07:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini hadir memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang menentang Bangladesh pada aksi terakhir Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini. |
| Penyokong Malaysia, Bangladesh sudah serbu Stadium Nasional Posted: 14 Jun 2022 03:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyokong Malaysia dan Bangladesh mula membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, menjelang aksi kedua-dua pasukan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023, malam ini. |
| 'Menabung sejak kecil pergi haji' Posted: 14 Jun 2022 02:02 AM PDT KUALA NERUS: "Kami kumpul duit sejak kecil untuk pergi haji," kata pasangan adik beradik, Raja Ahmad Hazwan Yusof, dan Raja Ahmad Falahi. |
| Seorang mangsa kemalangan bas di Arab Saudi dihantar pulang Posted: 14 Jun 2022 07:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menghantar pulang seorang daripada dua warga Malaysia yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Muzdalifah dekat Makkah, Arab Saudi, hari ini, |
| Yusri sasar bawa Perak FC ke Piala Malaysia Posted: 14 Jun 2022 07:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah meletakkan sasaran untuk membawa skuad Bos Gaurus layak beraksi di pentas Piala Malaysia musim ini. |
| Mahaguru taekwondo Sabri Salleh meninggal dunia Posted: 14 Jun 2022 07:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Tokoh seni bela diri taekwondo dan pengasas Global International Taekwondo Federation (GITF), Prof Datuk Dr Md Saberi Md Salleh meninggal dunia pada usia 72 tahun, jam 7.33 pagi tadi. |
| Kanak-kanak dibunuh, diseksa junta Myanmar - pakar PBB Posted: 14 Jun 2022 07:16 AM PDT YANGON: Puluhan kanak-kanak terbunuh di Myanmar sejak rampasan kuasa tahun lalu, bukan saja dalam pertempuran akibat konflik tetapi sebagai sasaran yang disengajakan oleh tentera. |
| Perang jejas 25 peratus tanah pertanian di Ukraine Posted: 14 Jun 2022 06:36 AM PDT KYIV: Ukraine kehilangan 25 peratus daripada tanah pertaniannya sejak pencerobohan Russia, terutama di selatan dan timur, kata Timbalan Menteri Pertanian, Taras Vysotskiy. |
| EU berhasrat beli 110,000 dos vaksin cacar monyet Posted: 14 Jun 2022 06:27 AM PDT ANKARA: Kesatuan Eropah (EU) hari ini menandatangani perjanjian membeli 110,000 dos vaksin bagi memerangi wabak cacar monyet. |
| SIC perkenal DEC pertama di Asia Tenggara Posted: 14 Jun 2022 06:09 AM PDT SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terus mengorak langkah dalam industri automotif dengan memperkenalkan Pusat Pengalaman Memandu (DEC) yang pertama di Asia Tenggara. |
| Lautan penyokong Harimau Malaya mengaum di Stadium Nasional Posted: 14 Jun 2022 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Lautan kuning hitam sekali lagi memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini, pada aksi terakhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 yang menemukan Malaysia dan Bangladesh. |
| KPG harap padang lebih berkualiti dapat disediakan Posted: 14 Jun 2022 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon (KPG) berharap kemudahan padang yang lebih berkualiti dapat disediakan untuk memacu pasukan bimbingannya ke peringkat tertinggi. |
| 20 kontena dicuri dalam rompakan terbesar di Mexico Posted: 14 Jun 2022 06:07 AM PDT MEXICO CITY: Kumpulan perompak bersenjata mencuri 20 kontena barangan, sebahagiannya dipercayai berisi emas dan perak, dari sebuah pelabuhan di barat Mexico. |
| Farizal digugur, Safawi, Arif dalam senarai kesebelasan utama Posted: 14 Jun 2022 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon tidak menyenaraikan penjaga gol, Farizal Marlias dalam kesebelasan utama bagi aksi terakhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 berdepan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini. |
| Operasi selamat budak jatuh perigi masuk hari keempat Posted: 14 Jun 2022 05:54 AM PDT RAIPUR: Pekerja kecemasan India hari ini bertungkus-lumus untuk menyelamatkan seorang budak lelaki cacat pendengaran dan bisu berusia 10 tahun yang terperangkap dalam perigi sempit selama empat hari. |
| Sekutu Jho Low diisytihar bankrap Posted: 14 Jun 2022 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengisytiharkan Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, bankrap selepas gagal melunaskan cukai pendapatan RM68,334,219.01 kepada kerajaan. |
| Bursa Malaysia akhiri kerugian lapan hari berturut-turut Posted: 14 Jun 2022 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri kerugian lapan harinya untuk ditutup dalam zon positif hari ini, meningkat 1.12 peratus selepas dirangsang oleh kemunculan kegiatan memburu saham berharga murah berikutan jualan besar-besaran baru-baru ini. |
| Ringgit ditutup rendah lagi, RM4.419 berbanding dolar Posted: 14 Jun 2022 05:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit kekal ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila lebih ramai pelabur beralih kepada aset selamat berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS). |
| Ekonomi dunia mungkin berdepan kemelesetan Posted: 14 Jun 2022 05:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia perlu bersedia dengan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi global berdasarkan kepada fenomena kewangan yang menyebabkan pasaran saham dunia, termasuk negara ini mencatatkan penurunan ketara sejak kebelakangan ini, didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap risiko itu. |
| FELDA bantu tambah bekalan makanan negara Posted: 14 Jun 2022 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR: FELDA mempergiat Program Pembangunan Peneroka bagi menyokong dasar sekuriti makanan negara dengan meningkatkan kadar sara diri. |
| Klinik Kesihatan Mansiat musnah terbakar Posted: 14 Jun 2022 05:31 AM PDT KENINGAU: Klinik Kesihatan Mansiat, di Jalan Tulid, Sook, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi. |
| Juruteknik kasari warga asing ditahan Posted: 14 Jun 2022 05:24 AM PDT GEORGETOWN: Seorang juruteknik warga tempatan berusia 29 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan dengan lelaki warga asing di hadapan sebuah restoran di Lebuh Chulia, awal pagi semalam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment