BH Online - Terkini |
- Pari terbesar, 300 kg
- Fadhil menang perak Kejohanan Basikal Asia di India
- Banjir dekat Kulim
- Bekas pembantu khas menteri dipenjara
- Beri hadiah memalukan bukan akhlak Islam, adab masyarakat Timur
- Nasib berbeza lima pasukan tuan rumah Liga Super
- Polis cari empat remaja lari dari rumah anak yatim
- `Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin
- Kerajaan negeri digesa bekerjasama dengan Persekutuan bagi tarik pelaburan
- Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS, RM4.3985
- Korea Selatan bida tuan rumah Piala Asia 2023
- Lelaki seksa kucing direman esok
- Berpuluh terbunuh dalam serangan di pasar Nangarhar - PBB
- Dua lelaki bebas tuduhan miliki 51 kg dadah
- Selepas ungguli remaja Asia, Aira kini buru gelaran dunia
- Status badminton Terbuka Malaysia kini setanding All England
- `Impian saya adalah melihat Izzah ke Olimpik 2028'
- Sasaran pingat AUG 2022 di ketahui hujung bulan ini
- Bersih rumah, curi barang kemas
- Lelaki cuba sogok pegawai polis
- Ferdinand Marcos Jr lantik diri sendiri sebagai Menteri Pertanian
- POLIMAS juara Liga Super Futsal IPT 2022
- Skuad angkat berat negara berkampung di Lampung, Indonesia
- Kajian tingkat elaun sara hidup pelajar MARA di UK akan dibentang tak lama lagi
- Undian Piala Asia selepas pengumuman tuan rumah 17 Oktober
- 'Tiada unsur panas baran, saya hanya buat apa yang perlu' - Sharnaaz
- Danial puas tamatkan dua perlumbaan MotoGP Rookies Cup
- Sara Duterte-Carpio angkat sumpah jawatan Naib Presiden Filipina
- Kebun sayur punca sungai melimpah di Lojing
- Usah risau peningkatan kembali kes COVID-19 - Pakar
| Posted: 20 Jun 2022 08:41 AM PDT KEMBOJA: Penduduk kampung di pinggir Sungai Mekong berjaya menangkap ikan air tawar terbesar, pari seberat 300 kilogram. |
| Fadhil menang perak Kejohanan Basikal Asia di India Posted: 20 Jun 2022 08:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba trek negara, Muhammad Fadhil Zonis memenangi pingat perak dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India, sebentar tadi. |
| Posted: 20 Jun 2022 08:04 AM PDT ALOR SETAR: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Keda Sungai Tengas di Mukim Selama, dalam daerah Bandar Baharu dekat Kulim, bagi menempatkan 18 mangsa banjir daripada empat keluarga. |
| Bekas pembantu khas menteri dipenjara Posted: 20 Jun 2022 07:42 AM PDT PUTRAJAYA: Bekas pembantu khas kepada seorang menteri menjalani hukuman penjara dua tahun mulai hari ini, selepas gagal dalam rayuan akhirnya untuk mengetepi sabitan dan hukuman kerana melakukan rasuah, berhubung permohonan permit bas daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), 20 tahun lalu. |
| Beri hadiah memalukan bukan akhlak Islam, adab masyarakat Timur Posted: 20 Jun 2022 06:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan memberi hadiah yang tidak senonoh dan memalukan kepada pengantin seperti yang tular baru-baru ini, bukan akhlak yang diterap dalam Islam dan adab resam masyarakat Timur. |
| Nasib berbeza lima pasukan tuan rumah Liga Super Posted: 20 Jun 2022 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Nasib berbeza dialami lima pasukan tuan rumah pada minggu ke-10 aksi Liga Super yang menyaksikan tiga daripadanya menang sementara dua lagi kecewa diikat lawan masing-masing. |
| Polis cari empat remaja lari dari rumah anak yatim Posted: 20 Jun 2022 06:50 AM PDT KUANTAN: Polis melancarkan gerakan mencari empat remaja lelaki, termasuk tiga beradik yang dipercayai melarikan diri dari rumah anak yatim dan miskin, di sini, hari ini. |
| `Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin Posted: 20 Jun 2022 06:50 AM PDT BALIK PULAU: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan Datuk Zuraida Kamarudin yang berhijrah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). |
| Kerajaan negeri digesa bekerjasama dengan Persekutuan bagi tarik pelaburan Posted: 20 Jun 2022 06:40 AM PDT BALIK PULAU: Kerajaan negeri digesa menjalin kerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk memperkemas dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan zon dan taman perindustrian di negeri masing-masing. |
| Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS, RM4.3985 Posted: 20 Jun 2022 06:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS untuk hari dagangan keempat berturut-turut hari ini, dipacu oleh minat belian yang berterusan, kata seorang penganalisis. |
| Korea Selatan bida tuan rumah Piala Asia 2023 Posted: 20 Jun 2022 06:20 AM PDT SEOUL: Korea Selatan akan membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 susulan keputusan China menarik diri sebelum ini, kata Persatuan Bola Sepak Korea (KFA), hari ini. |
| Lelaki seksa kucing direman esok Posted: 20 Jun 2022 06:13 AM PDT SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyeksa dan menendang kucing di hadapan sebuah kedai di Semeling, dekat sini, hari ini. |
| Berpuluh terbunuh dalam serangan di pasar Nangarhar - PBB Posted: 20 Jun 2022 06:09 AM PDT KABUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Afghanistan melaporkan berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera dalam serangan ke atas pasar di wilayah timur Nangarhar hari ini, namun pegawai Taliban berkata mereka hanya boleh mengesahkan 10 orang telah cedera. |
| Dua lelaki bebas tuduhan miliki 51 kg dadah Posted: 20 Jun 2022 06:06 AM PDT PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepi hukuman penjara 23 tahun dan 20 sebatan terhadap dua lelaki kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 51.7 kilogram (kg), tujuh tahun lalu. |
| Selepas ungguli remaja Asia, Aira kini buru gelaran dunia Posted: 20 Jun 2022 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas mengungguli Kejohanan Skuasy Remaja Asia di Pattaya, Thailand semalam, Aira Azman kini bertekad untuk memburu emas pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Nancy, Perancis pada Ogos. |
| Status badminton Terbuka Malaysia kini setanding All England Posted: 20 Jun 2022 06:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Langkah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menaikkan status Terbuka Malaysia daripada Jelajah Dunia Super 750 kepada Super 1000 bermula tahun depan hingga 2026, satu pengiktirafan besar bagi arena badminton negara. |
| `Impian saya adalah melihat Izzah ke Olimpik 2028' Posted: 20 Jun 2022 05:43 AM PDT ALOR SETAR: Pengorbanan melepaskan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk menyertai pasukan negara berbaloi, apabila beliau berjaya mencipta sejarah memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa di New Delhi, semalam, kata Noor Alfizar Othman. |
| Sasaran pingat AUG 2022 di ketahui hujung bulan ini Posted: 20 Jun 2022 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Sasaran pingat kontinjen negara ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 dijangka diumum akhir bulan ini selepas Jawatankuasa Pengurusan Kontinjen Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia selesai menganalisis senarai akhir kontinjen negara lain yang turut serta pada temasya itu. |
| Bersih rumah, curi barang kemas Posted: 20 Jun 2022 04:07 AM PDT IPOH: Polis menahan seorang wanita warga asing kerana disyaki mencuri barang kemas majikannya, yang dianggarkan bernilai RM15,000. |
| Lelaki cuba sogok pegawai polis Posted: 20 Jun 2022 05:28 AM PDT KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki hari ini, selepas cuba menyuap pegawai polis sebanyak RM650. |
| Ferdinand Marcos Jr lantik diri sendiri sebagai Menteri Pertanian Posted: 20 Jun 2022 05:23 AM PDT MANILA: Presiden Filipina yang dipilih Ferdinand "Bongbong" Marcos Jr hari ini melantik diri sendiri sebagai Menteri Pertanian dalam usaha menangani cabaran dalam sektor itu demi meningkatkan pengeluaran serta mengelakkan kekurangan dan kenaikan harga makanan. |
| POLIMAS juara Liga Super Futsal IPT 2022 Posted: 20 Jun 2022 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Politeknik Malaysia (POLIMAS) melakar sejarah menjuarai Liga Super Futsal Institusi Pengajian Tinggi (LFIPT) 2022 buat kali pertama selepas berakhirnya sirkit akhir kejohanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam. |
| Skuad angkat berat negara berkampung di Lampung, Indonesia Posted: 20 Jun 2022 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad angkat berat bakal 'bertapa' di Lampung, Indonesia selama 30 hari sebagai persediaan terakhir ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual membuka tirainya pada 28 Julai ini. |
| Kajian tingkat elaun sara hidup pelajar MARA di UK akan dibentang tak lama lagi Posted: 20 Jun 2022 04:14 AM PDT KUALA NERANG: Kertas kerja mengenai kajian untuk menambah kadar elaun sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di United Kingdom (UK) akan dibentangkan kepada kerajaan tidak lama lagi. |
| Undian Piala Asia selepas pengumuman tuan rumah 17 Oktober Posted: 20 Jun 2022 05:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Apa ada dengan 17 Oktober? |
| 'Tiada unsur panas baran, saya hanya buat apa yang perlu' - Sharnaaz Posted: 20 Jun 2022 12:48 AM PDT KUALA LUMPUR: "Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenarnya," kata pelakon, Sharnaaz Ahmad, 36, yang dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini, atas dakwaan memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, Khamis lalu. |
| Danial puas tamatkan dua perlumbaan MotoGP Rookies Cup Posted: 20 Jun 2022 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba negara dalam pembikinan, Danial Syahmi Ahmad Shahril puas dapat menemui garisan penamat dalam kedua-dua perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2022 di Litar Sachsenring, Jerman, hujung minggu lalu dalam kelompok menawarkan mata. |
| Sara Duterte-Carpio angkat sumpah jawatan Naib Presiden Filipina Posted: 20 Jun 2022 04:47 AM PDT MOSCOW: Sara Duterte-Carpio, anak perempuan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, mengangkat sumpah jawatan sebagai naib presiden ke-15 negara itu semalam, susulan kemenangannya dalam pilihan raya pada 9 Mei lalu. |
| Kebun sayur punca sungai melimpah di Lojing Posted: 20 Jun 2022 03:46 AM PDT KOTA BHARU: Pembukaan kebun sayur-sayuran di Tanah Tinggi Lojing dikenal pasti menjadi punca limpahan Sungai Berook dan arus deras berhampiran Lojing, Gua Musang, minggu lalu. |
| Usah risau peningkatan kembali kes COVID-19 - Pakar Posted: 20 Jun 2022 02:05 AM PDT Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan peningkatan kembali kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara ASEAN yang lain kerana data bagi liputan vaksin berada pada tahap yang baik. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment