BH Online - Terkini |
- Gaduh di lobi mahkamah: Polis terima laporan jurugambar, peguam
- Takkan wujud kerjasama UMNO-BERSATU hadapi PRU-15 - Shahril
- Tiket Wings malam kedua 'licin' dalam tempoh lima minit
- Subvarian Omicron baharu cetus peningkatan kes di Singapura
- 'MBK nak sita biarlah berlaku adil'
- Padah tumbuk polis
- TFC dijangka tiada masalah benam Penang
- Atlet negara menang emas Kejohanan Trek Remaja Asia
- Mogok pekerja kereta api terbesar sejak 30 tahun
- 'Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan, pertimbangkan subsidi bersasar'
- Prestasi ekonomi Malaysia baik dalam ketidaktentuan global
- Malayan Tigress uji Bangladesh persediaan Kejuaraan AFF Wanita
- Depani inflasi antara tumpuan utama Bajet 2023
- Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida
- Konfederasi Sepaktakraw Malaysia mula dihambat kontroversi
- Untung suku pertama ASTRO susut kepada RM100 juta
- KPDNHEP rampas 7,000 diesel, 57 tong LPG
- SKS Airways tambah penerbangan ke Redang, Tioman
- Wan Rosdy belum fikir senarai calon PRU-15
- Anak gajah mati dilanggar
- Ringgit berbanding dolar AS dalam aliran meningkat
- Macron adakan perbincangan mengenai kebuntuan politik Perancis
- Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks naik 16.64 mata
- Lebih 1,500 peniaga, pekerja asing di Pasar Borong KL dibanteras Mac - Disember 2020
- Politeknik Malaysia juara Liga Super Futsal IPT 2022
- Rafizi mula kempen PRU-15, 1 Julai
- Singapura umum pakej bantuan S$1.5 bilion tangani tekanan inflasi
- Mayat wanita ditemukan terapung di Sungai Kedah
- Pelajar Tingkatan 4 maut nahas
- Tiada bantahan terima Ukraine sebagai calon EU
| Gaduh di lobi mahkamah: Polis terima laporan jurugambar, peguam Posted: 21 Jun 2022 08:25 AM PDT SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima laporan daripada jurugambar sambilan sebuah akhbar tempatan dan peguam yang terbabit dalam insiden pergaduhan di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. |
| Takkan wujud kerjasama UMNO-BERSATU hadapi PRU-15 - Shahril Posted: 21 Jun 2022 08:18 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan BERSATU pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagaimana dimuktamadkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021. |
| Tiket Wings malam kedua 'licin' dalam tempoh lima minit Posted: 21 Jun 2022 03:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Jika tiket malam pertama Konsert Wings di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) terjual dalam tempoh 15 minit, tiket malam kedua pula lebih cepat, hanya mengambil masa lima minit. |
| Subvarian Omicron baharu cetus peningkatan kes di Singapura Posted: 21 Jun 2022 07:50 AM PDT SINGAPURA: Berlaku peningkatan 23 peratus minggu ke minggu dalam jangkitan komuniti COVID-19 di Singapura, sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan penyebaran subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang baharu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu. |
| 'MBK nak sita biarlah berlaku adil' Posted: 21 Jun 2022 06:46 AM PDT KUANTAN: Penjaja berdekatan Masjid Saidina Umar Al-Khattab dekat Cenderawasih di sini, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), yang didakwa tidak berlaku adil dalam menguatkuasakan larangan berniaga. |
| Posted: 21 Jun 2022 07:09 AM PDT PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas menumbuk dua anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah bermotosikal di Taman Sri Manja di sini, semalam. |
| TFC dijangka tiada masalah benam Penang Posted: 21 Jun 2022 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: 'Nafuziball' ataupun 'ZAHball', anak muda menentang 'otai' serta pertembungan pasukan di kemuncak prestasi menentang pasukan dalam proses 'hidup semula'. |
| Atlet negara menang emas Kejohanan Trek Remaja Asia Posted: 21 Jun 2022 06:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba pelapis pasukan trek negara, Nyo Ci Hui, memperagakan kayuhan bertenaga untuk meraih emas dalam acara scratch wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Asia ke-28 di India, hari ini. |
| Mogok pekerja kereta api terbesar sejak 30 tahun Posted: 21 Jun 2022 06:20 AM PDT LONDON: Puluhan ribu pekerja hari ini enggan bekerja pada hari pertama mogok kereta api terbesar Britain dalam tempoh 30 tahun. |
| 'Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan, pertimbangkan subsidi bersasar' Posted: 21 Jun 2022 05:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan, kata ahli ekonomi. |
| Prestasi ekonomi Malaysia baik dalam ketidaktentuan global Posted: 21 Jun 2022 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang baik ketika berdepan cabaran global, menurut ahli ekonomi utama Kumpulan Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi. |
| Malayan Tigress uji Bangladesh persediaan Kejuaraan AFF Wanita Posted: 21 Jun 2022 06:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua aksi persahabatan berdepan skuad wanita Bangladesh menjadi medan mencatur kesebelasan utama skuad Malayan Tigress menjelang Kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Wanita 2022 di Binan City, Manila, pada 4 hingga 17 Julai ini. |
| Depani inflasi antara tumpuan utama Bajet 2023 Posted: 21 Jun 2022 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil perhatian serius mengenai kadar inflasi negara dan berusaha mencari penyelesaian terbaik, termasuk merangka strategi baharu menerusi Bajet 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah. |
| Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida Posted: 21 Jun 2022 06:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah mempamerkan aksi menakjubkan menjelang Kejohanan Dunia bulan depan apabila mencipta dua rekod baharu Asia serta mencatat tiga rekod peribadi terbaik di Fluid Summer Showdown. |
| Konfederasi Sepaktakraw Malaysia mula dihambat kontroversi Posted: 21 Jun 2022 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Kurang lima bulan sejak ditubuhkan, Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) berdepan tamparan apabila timbul spekulasi mendakwa salah satu ahli gabungannya iaitu Persatuan Sepaktakraw Negeri Kedah (PESTAK) bakal meninggalkan badan induk itu. |
| Untung suku pertama ASTRO susut kepada RM100 juta Posted: 21 Jun 2022 06:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 30 April, 2022 menurun kepada RM100.02 juta daripada RM141.25 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu. |
| KPDNHEP rampas 7,000 diesel, 57 tong LPG Posted: 21 Jun 2022 05:13 AM PDT KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang merampas 7,000 liter diesel di sebuah stor penyimpanan haram di Batu 3, dekat Sungai Kuantan, di sini semalam. |
| SKS Airways tambah penerbangan ke Redang, Tioman Posted: 21 Jun 2022 05:52 AM PDT KUALA LUMPUR: SKS Airways, syarikat penerbangan komersial yang menawarkan perkhidmatan penerbangan penumpang berjadual dan penerbangan sewa-khas meningkatkan kekerapan penerbangan dari Subang ke Pulau Redang dan Pulau Tioman. |
| Wan Rosdy belum fikir senarai calon PRU-15 Posted: 21 Jun 2022 03:42 AM PDT KUANTAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail belum memikirkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). |
| Posted: 21 Jun 2022 05:47 AM PDT KLUANG: Seekor anak gajah mati akibat dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kampung Sri Timur, semalam. |
| Ringgit berbanding dolar AS dalam aliran meningkat Posted: 21 Jun 2022 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari dagangan kelima berturut-turut pada Selasa, disokong oleh permintaan belian dan kenaikan kukuh berterusan harga minyak mentah, kata penganalisis. |
| Macron adakan perbincangan mengenai kebuntuan politik Perancis Posted: 21 Jun 2022 05:45 AM PDT PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini mengadakan perbincangan dengan pembangkang untuk menamatkan kebuntuan yang dicetuskan oleh kegagalannya memperoleh majoriti dalam pilihan raya parlimen, selepas menolak tawaran perdana menteri untuk meletakkan jawatan. |
| Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks naik 16.64 mata Posted: 21 Jun 2022 05:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa di dorong sentimen pasaran yang bertambah baik di seluruh rantau ini memandangkan sokongan belian muncul terutama di kaunter penjagaan kesihatan, teknologi serta tenaga, kata peniaga. |
| Lebih 1,500 peniaga, pekerja asing di Pasar Borong KL dibanteras Mac - Disember 2020 Posted: 21 Jun 2022 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih 1,500 warga asing yang berniaga dan bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) berjaya dibanteras antara Mac 2020 hingga Disember 2020 menerusi program pemutihan yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). |
| Politeknik Malaysia juara Liga Super Futsal IPT 2022 Posted: 20 Jun 2022 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Politeknik Malaysia melakar sejarah menjuarai Liga Super Futsal Institusi Pengajian Tinggi (LFIPT) 2022 buat kali pertama selepas berakhirnya sirkit akhir kejohanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam. |
| Rafizi mula kempen PRU-15, 1 Julai Posted: 20 Jun 2022 01:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Menunaikan janjinya minggu lalu, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, mengumumkan akan mula berkempen menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 1 Julai ini. |
| Singapura umum pakej bantuan S$1.5 bilion tangani tekanan inflasi Posted: 21 Jun 2022 05:07 AM PDT SINGAPURA: Singapura hari ini mengumumkan pakej bantuan bernilai S$1.5 bilion (RM4.76 bilion) bagi menyalurkan kemudahan bersasar dan segera untuk kumpulan berpendapatan rendah serta mudah terjejas akibat tekanan inflasi. |
| Mayat wanita ditemukan terapung di Sungai Kedah Posted: 21 Jun 2022 05:03 AM PDT ALOR SETAR: Mayat seorang wanita warga emas yang lengkap berpakaian ditemui terapung berhampiran pintu air Sungai Kedah di Taman Persisiran Ampang Jajar, di sini hari ini. |
| Pelajar Tingkatan 4 maut nahas Posted: 21 Jun 2022 05:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan Persiaran Mahagoni - Jalan Rimba Riang 9/1, Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, jam 7.25 pagi tadi. |
| Tiada bantahan terima Ukraine sebagai calon EU Posted: 21 Jun 2022 04:51 AM PDT BRUSSELS: Pegawai Kesatuan Eropah (EU) hari ini berkata, tiada bantahan daripada blok 27 negara untuk memberikan Ukraine 'status calon' menjelang sidang kemuncak yang dijangka memberi kelulusan dalam langkah itu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment