BH Online - Terkini |
- PH jatuh sebab Mahathir, usah salahkan Anwar
- Rakyat perlu turut serta melestarikan alam sekitar - Tengku Hassanal
- Jualan Proton naik 10.8 peratus pada Mei
- Ubat Gilead lambatkan kesan kanser payudara
- Ketuk kepala sebelum potong mayat ibu - Polis
- Suruhanjaya Eropah perlu pinda konsep 'Greenwashing' - MPOC
- Swiatek sasar perbaiki prestasi di Wimbledon
- MARGMA komited patuh isu buruh asing
- 'Mengucap panjang lihat cucu sarat mengandung mati ditembak'
- 'Durian belum luruh tapi sudah ditempah'
- Wadar hilang berenang menyeberangi sungai ditemukan lemas
- Pemansuhan permit import perkukuh jaminan makanan, elak kenaikan harga
- 16 terbunuh, 170 cedera dalam kebakaran di Bangladesh
- 'Mak tak boleh tidur, rindukan Zunairi'
- Pique alih tumpuan ke padang
- Perkasa kepakaran guru bina soalan ikut keperluan pelajar
- Wanita hamil 7 bulan ditemui mati dengan kesan tembakan
- Puteri Jepun, Yuriko sambut ulang tahun kelahiran ke-99
- Selami sakit putus cinta dalam usia 16 tahun
- BN perlu formula hadapi 'wajah baharu' PKR, gabungan PN
- Britain berpesta sempena sambutan jubli Ratu Elizabeth
- E-Akhbar terbitan NSTP tarik minat Ismail Sabri
- Gaduh tanah pusaka, ibu dikerat 15 oleh anak sendiri
- Cadang kembalikan GST pada kadar 3 peratus - MBM
- Bergaduh rebut teman wanita: Tiga suspek diburu
- De Gea calon utama kapten Man United
- 'Kelaparan tersembunyi' ancam kesihatan, tumbesaran kanak-kanak terbantut
- Pekerja kereta api London adakan mogok
- Hungary lakar kejutan ke atas England
- Russia berusaha 'sedaya upaya' tawan bandar timur Ukraine
| PH jatuh sebab Mahathir, usah salahkan Anwar Posted: 04 Jun 2022 09:09 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berhenti daripada terus menyalahkan pihak lain sebagai punca kejatuhan kerajaan ditunjangi Pakatan Harapan (PH) pada 2020. |
| Rakyat perlu turut serta melestarikan alam sekitar - Tengku Hassanal Posted: 04 Jun 2022 09:05 PM PDT KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang menyeru seluruh rakyat negara ini untuk turut serta melestarikan alam sekitar bersempena ulang tahun ke-50 Hari Alam Sekitar Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disambut pada 5 Jun setiap tahun. |
| Jualan Proton naik 10.8 peratus pada Mei Posted: 04 Jun 2022 08:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Jualan pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd meningkat sebanyak 10.8 peratus kepada 9,792 unit pada Mei 2022, setelah syarikat itu berjaya meningkatkan pengeluaran dengan mengatasi isu bekalan komponen. |
| Ubat Gilead lambatkan kesan kanser payudara Posted: 04 Jun 2022 08:57 PM PDT WASHINGTON: Wanita yang menghidap kanser payudara peringkat akhir yang menggunakan ubat Trodelvy, mempunyai potensi memanjangkan jangka hayat sebanyak 34 peratus atau tambahan 1.5 bulan, tanpa penyakit itu bertambah teruk. |
| Ketuk kepala sebelum potong mayat ibu - Polis Posted: 04 Jun 2022 08:18 PM PDT IPOH: Bau busuk luar biasa dihidu jiran membawa penemuan mayat wanita berusia 68 tahun yang dipotong 15 oleh anak lelakinya di sebuah rumah di Taman Kerian di Parit Buntar, dekat sini, semalam. |
| Suruhanjaya Eropah perlu pinda konsep 'Greenwashing' - MPOC Posted: 04 Jun 2022 08:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan kepada Suruhanjaya Eropah (EC) untuk meminda konsep 'greenwashing', di mana perniagaan memberikan tanggapan palsu tentang impak atau manfaat alam sekitar sesuatu produk. |
| Swiatek sasar perbaiki prestasi di Wimbledon Posted: 04 Jun 2022 08:50 PM PDT PARIS: Iga Swiatek berkata dia mempunyai sebarang jangkaan di Wimbledon walaupun melebarkan rekod kemenangannya kepada 35 perlawanan berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Perancis buat kali kedua. |
| MARGMA komited patuh isu buruh asing Posted: 04 Jun 2022 08:49 PM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) komited sepenuhnya kepada pematuhan berkaitan dengan isu buruh dan berusaha menjadi antara industri pertama di rantau ini menjadikan pematuhan sosial sebagai ciri-ciri jualan uniknya. |
| 'Mengucap panjang lihat cucu sarat mengandung mati ditembak' Posted: 04 Jun 2022 06:05 PM PDT PASIR MAS: "Dia (cucu) hanya memberitahu mahu keluar untuk mengurut, selain meminta saya supaya menjaga tiga anaknya kerana mengalami lenguh badan akibat mengandung. |
| 'Durian belum luruh tapi sudah ditempah' Posted: 04 Jun 2022 07:48 PM PDT SINTOK: "Buah durian masih di pokok, tapi sudah ada pelanggan yang menempahnya dan mereka akan datang ambil sebaik buah luruh," kata Sharliza Shahidan, 53, peniaga durian di Batu 15, Jalan UUM-Sintok di sini. |
| Wadar hilang berenang menyeberangi sungai ditemukan lemas Posted: 04 Jun 2022 08:29 PM PDT KUALA KANGSAR: Wadar lelaki yang dilaporkan hilang ketika berenang menyeberangi Sungai Perak dekat Kampung Sayong Lembah, di sini, malam kelmarin, ditemukan lemas pagi tadi. |
| Pemansuhan permit import perkukuh jaminan makanan, elak kenaikan harga Posted: 04 Jun 2022 08:34 PM PDT KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) makanan baru-baru ini dilihat mampu menjadi penyelesaian bagi membolehkan pasaran beroperasi secara bebas dalam usaha memperkukuh jaminan makanan serta mengelak berlakunya kenaikan harga. |
| 16 terbunuh, 170 cedera dalam kebakaran di Bangladesh Posted: 04 Jun 2022 08:25 PM PDT CHITTAGONG: Sekurang-kurangnya 16 terbunuh dan lebih 170 mangsa cedera dalam kebakaran besar yang memusnahkan depoh kontena di pekan Sitakunda di tenggara Bangladesh. |
| 'Mak tak boleh tidur, rindukan Zunairi' Posted: 04 Jun 2022 08:28 PM PDT KUALA SELANGOR: Ibu kepada lelaki yang maut selepas dirempuh lori ketika menukar tayar kereta yang pancit di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, dekat Bukit Rotan, Khamis lalu, masih terkejut dan trauma dengan tragedi hitam itu. |
| Posted: 04 Jun 2022 08:22 PM PDT MADRID: Gerard Pique kekal fokus untuk kembali bersama Barcelona dalam latihan pra-musim walaupun baru berpisah dengan penyanyi terkenal Shakira. |
| Perkasa kepakaran guru bina soalan ikut keperluan pelajar Posted: 04 Jun 2022 08:15 PM PDT PENGUMUMAN pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) oleh Menteri Kanan Pendidikan sememangnya diduga ramai selepas ditangguhkan buat sementara waktu tahun lalu akibat pandemik COVID-19. Malah, rata-rata ibu bapa dan guru menyambut baik pemansuhan PT3 yang didapati sudah tidak sesuai lagi dengan amalan sistem pendidikan masa kini yang lebih mementingkan penaksiran berterusan. |
| Wanita hamil 7 bulan ditemui mati dengan kesan tembakan Posted: 04 Jun 2022 04:45 PM PDT PASIR MAS: Mayat seorang wanita mengandung ditemui dengan kesan tembakan pada perut dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam. |
| Puteri Jepun, Yuriko sambut ulang tahun kelahiran ke-99 Posted: 04 Jun 2022 08:07 PM PDT TOKYO: Puteri Yuriko menyambut ulang tahun kelahirannya ke-99 semalam, meskipun tiada sambutan khas susulan kebimbangan wabak COVID-19 yang melanda Jepun, lapor Sputnik memetik media tempatan. |
| Selami sakit putus cinta dalam usia 16 tahun Posted: 04 Jun 2022 08:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti yang mencatat lebih 100 juta tontonan dan muncul trending dalam aplikasi TikTok, penyanyi remaja Anneth Delliecia, 16, meluncurkan single baharu berjudul Masih Belum Lupa pada April lalu. |
| BN perlu formula hadapi 'wajah baharu' PKR, gabungan PN Posted: 04 Jun 2022 08:00 PM PDT PALUAN gendang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin kuat kedengaran selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan ia boleh diadakan bila-bila masa pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, Rabu lalu, Naib Presiden UMNO itu memberi jaminan tidak akan melewatkan PRU-15 walaupun sesaat jika BN sudah bersiap sedia. |
| Britain berpesta sempena sambutan jubli Ratu Elizabeth Posted: 04 Jun 2022 07:33 PM PDT LONDON: Britain berpesta meraikan sambutan ulang tahun ke-70 pemerintahan Ratu Elizabeth II hari ini dengan mengadakan persembahan menakjubkan 'party at the palace', menampilkan penyanyi Diana Ross, Andrea Bocelli dan Rod Stewart. |
| E-Akhbar terbitan NSTP tarik minat Ismail Sabri Posted: 04 Jun 2022 04:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tertarik dengan E-Akhbar terbitan The New Straits Times Press (NSTP) yang boleh dibaca dalam aplikasi mudah alih dan komputer. |
| Gaduh tanah pusaka, ibu dikerat 15 oleh anak sendiri Posted: 04 Jun 2022 09:44 AM PDT PARIT BUNTAR: Polis menemui 15 potongan daging menyerupai manusia dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian di sini, hari ini. |
| Cadang kembalikan GST pada kadar 3 peratus - MBM Posted: 04 Jun 2022 06:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan dan ditetapkan pada kadar tiga peratus. |
| Bergaduh rebut teman wanita: Tiga suspek diburu Posted: 04 Jun 2022 05:36 PM PDT KLANG: Polis sedang memburu tiga suspek lelaki, termasuk seorang remaja dalam kejadian merusuh menggunakan kayu besbol dipercayai berebut teman wanita di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran, di sini, 24 Mei lalu. |
| De Gea calon utama kapten Man United Posted: 04 Jun 2022 06:41 PM PDT MANCHESTER: David De Gea adalah calon utama memakai lilitan kapten Manchester United berbanding Harry Maguire musim depan. |
| 'Kelaparan tersembunyi' ancam kesihatan, tumbesaran kanak-kanak terbantut Posted: 04 Jun 2022 06:33 PM PDT RAMAI penduduk Malaysia tidak sedar mereka mengalami kekurangan mikronutrien, yang dikenali sebagai 'kelaparan tersembunyi' sehingga boleh menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan meskipun mereka makan kenyang setiap hari. |
| Pekerja kereta api London adakan mogok Posted: 04 Jun 2022 06:40 PM PDT LONDON: Pengendali rangkaian pengangkutan London menggesa penumpang elak menggunakan perkhidmatan itu esok susulan mogok 24 jam oleh pekerjanya. |
| Hungary lakar kejutan ke atas England Posted: 04 Jun 2022 04:49 PM PDT BUDAPEST: Pengendali England Gareth Southgate menyalahkan keletihan akibat musim yang panjang sebagai punca kekalahan pertama The Three Lions di tangan Hungary dalam tempoh 60 tahun. |
| Russia berusaha 'sedaya upaya' tawan bandar timur Ukraine Posted: 04 Jun 2022 06:11 PM PDT KYIV: Sekurang-kurangnya 11 orang awam terbunuh di wilayah Lugansk dalam pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan Russia di Severodonetsk. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment