Monday, June 6, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Segera tangani krisis sekuriti makanan - Agong

Posted: 05 Jun 2022 09:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Krisis sekuriti makanan perlu ditangani segera, terutama dalam keadaan dunia menghadapi pelbagai kemelut dan kejutan ketika ini, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Netizen mungkir janji, mula kacau tugas Pan Gon

Posted: 05 Jun 2022 11:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Netizen dan peminat bola sepak Malaysia seakan 'mungkir janji' terhadap Kim Pan Gon apabila dilihat sudah mengacau tugas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu.

Tak patah semangat perjuangkan isu IP, hak cipta

Posted: 06 Jun 2022 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usaha Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) terus memperjuangkan isu pemilikan harta intelek (IP) dan hak cipta karya diterbitkan syarikat produksi tempatan yang sudah berlarutan lebih 14 tahun tidak akan terhenti.

Guru pengsan di masjid meninggal dunia

Posted: 05 Jun 2022 11:53 PM PDT

LIPIS: Seorang guru pengsan di Masjid Baru Benta, di sini, semalam sebelum disahkan meninggal dunia.

Geng Fahmy pecah rumah tumpas

Posted: 05 Jun 2022 11:51 PM PDT

KUALA BERANG: Tiga individu termasuk pasangan suami isteri yang didakwa terbabit dalam jenayah pecah rumah sejak Januari lalu, ditahan dalam dua tangkapan berasingan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Jangan politikkan isu sekuriti makanan - Saarani

Posted: 05 Jun 2022 11:19 PM PDT

TAPAH: Semua pihak tidak wajar mempolitikkan isu bekalan makanan susulan saranan kerajaan negeri menggalakkan rakyat untuk menanam sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Suspek kes rogol gadis serah diri, direman hingga Khamis

Posted: 05 Jun 2022 11:16 PM PDT

PADANG BESAR: Pelajar lelaki kolej swasta yang dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes rogol gadis bawah umur di Beseri, Padang Besar pada Oktober tahun lalu direman hingga Khamis hadapan.

Suami isteri maut dirempuh pemandu disyaki mabuk

Posted: 05 Jun 2022 11:15 PM PDT

JASIN: Sepasang suami isteri maut apabila motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki bawah pengaruh alkohol di Jalan Serkam Pantai, di sini, hari ini.

Elak laksana GST ketika ekonomi belum sejahtera

Posted: 05 Jun 2022 11:08 PM PDT

KUALA LUMPUR: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya sesuai dilaksanakan semula ketika ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan kukuh, kadar inflasi dan pengangguran yang terkawal serta peningkatan gaji yang baik bagi menjamin kesejahteraan pengguna terutama golongan rentan.

Ratu Elizabeth II akhiri sambutan Jubli Platinum bersejarah

Posted: 05 Jun 2022 11:04 PM PDT

LONDON: Ratu Elizabeth II semalam, menutup tirai sambutan Jubli Platinum bersejarah dengan membuat satu lagi penampilan umum pada hari keempat yang juga hari terakhir perayaan dan berikrar mengekalkan pemerintahannya yang memecahkan rekod.

Agong kurnia 'Tun' kepada Mohamed Hashim

Posted: 05 Jun 2022 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri (B) Mohamed Hashim Mohd Ali mendahului senarai 1,021 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital, PKRC meningkat

Posted: 05 Jun 2022 10:58 PM PDT

PUTRAJAYA: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam pada 29 Mei hingga 4 Jun (Minggu Epidemiologi 22/2022) meningkat 11 peratus bagi setiap 100,000 penduduk di negara ini.

Jangkitan COVID-19 di Afrika melepasi 11.66 juta kes - CDC Afrika

Posted: 05 Jun 2022 10:54 PM PDT

ADDIS ABABA: Jangkitan COVID-19 disahkan di Afrika mencecah 11,664,758 kes sehingga petang semalam, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) negara itu.

Guru perlu dapat penjelasan pelaksanaan PBS

Posted: 05 Jun 2022 10:48 PM PDT

SEREMBAN: Guru perlu diberi penjelasan terperinci mengenai kaedah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) susulan langkah Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), mulai tahun ini.

Saudi naikkan harga jualan minyak mentah

Posted: 05 Jun 2022 10:05 PM PDT

MELBOURNE: Harga minyak melonjak lebih daripada AS$2 dalam awal dagangan hari ini selepas Arab Saudi menaikkan harga jualan minyak mentah bagi Julai, satu petunjuk bahawa bekalan terhad walaupun OPEC+ bersetuju untuk mempercepatkan kenaikan output dalam tempoh dua bulan akan datang.

50 maut termasuk kanak-kanak tembakan rambang di gereja

Posted: 05 Jun 2022 10:22 PM PDT

LAGOS: Sekurang-kurangnya 50 orang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak dalam kes tembakan rambang di Gereja Katolik St Francis di Nigeria semalam.

Kes cacar monyet meningkat 3 kali ganda - WHO

Posted: 05 Jun 2022 10:16 PM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahkan sejumlah 780 kes cacar monyet disahkan di negara bukan endemik virus itu.

Harga sayur-sayuran dijangka stabil awal bulan depan - KPDNHEP

Posted: 05 Jun 2022 10:15 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan harga sayur-sayuran yang tidak menentu ketika ini dijangka stabil selewat-lewatnya awal bulan depan.

Jiwa Sara 'tertinggal' di lokasi penggambaran filem

Posted: 05 Jun 2022 10:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menjalani penggambaran filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa membuatkan jiwa pelakon utamanya, Sara Ali seolah-olah tertinggal di lokasi, meskipun penggambaran sudah lama berakhir.

Harga motosikal sudah naik sejak Januari

Posted: 05 Jun 2022 09:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Harga jualan motosikal di pasaran tempatan sudah mula meningkat sejak Januari lalu selepas kebanyakan pengeluar tidak mampu lagi menyerap peningkatan kos berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit, kos pengangkutan meningkat dan pelaksanaan gaji minimum.

Rumah terbuka SugarBomb hargai pelanggan

Posted: 05 Jun 2022 09:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: SugarBomb menghargai pelanggan dan rakan niaga dengan mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri SugarBomb 2022 yang berlangsung pada Sabtu lalu di ibu pejabat jenama wangian terkenal itu di Bandar Bukit Raja, Klang.

Defisit keyakinan terhadap keupayaan negara perlu ditangani

Posted: 05 Jun 2022 09:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah sebarang defisit keyakinan yang wujud terhadap keupayaan negara perlu segera ditangani bagi membolehkan negara bangkit semula di persada dunia.

Presiden Ukraine lawat barisan hadapan perang

Posted: 05 Jun 2022 09:09 PM PDT

KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky bertemu tentera di barisan hadapan di Donbas semalam, ketika pertempuran hebat berlaku di timur kawasan perindustrian yang mahu dirampas Moscow.

Pemulihan ekonomi pasca pandemik pada momentum terbaik

Posted: 05 Jun 2022 08:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Proses pemulihan ekonomi negara pasca pandemik berada pada momentum terbaik selepas beberapa langkah diambil menunjukkan hasil memberangsangkan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

9 maut dalam tiga kes tembakan berasingan di AS

Posted: 05 Jun 2022 08:34 PM PDT

PHILADELPHIA: Seramai sembilan orang maut, manakala puluhan mangsa lagi cedera akibat tembakan di tiga bandar di Amerika Syarikat (AS), dalam tragedi senjata api terbaru di Amerika Syarikat (AS).

Liverpool tolak tawaran Bayern untuk Mane

Posted: 05 Jun 2022 08:32 PM PDT

LIVERPOOL: Liverpool menolak tawaran pembukaan daripada Bayern Munich untuk bintangnya Sadio Mane.

MSM perkukuh komitmen pelihara alam sekitar

Posted: 05 Jun 2022 08:24 PM PDT

SEBERANG PERAI: MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) memperkukuhkan komitmen terhadap inisiatif hijau dalam memelihara dan memulihara alam sekitar dengan menanam 200 pokok bakau di di Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut yang terletak di Sungai Acheh, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

OCBC Bank lahirkan pegawai muda berkaliber

Posted: 05 Jun 2022 08:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: OCBC Bank (Malaysia) Bhd (OCBC Bank) memperkenalkan program bertumpukan milenial serba lengkap untuk membangunkan belia berpandangan jauh menjadi individu serba boleh dalam bidang perbankan.

Nadal tahan sakit harungi Terbuka Perancis

Posted: 05 Jun 2022 08:08 PM PDT

PARIS: Rafael Nadal memenangi Terbuka Perancis ke-14 dirinya dengan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit setiap hari akibat kecederaan di kaki kirinya.

Akademi Filem FINAS di Sabah

Posted: 05 Jun 2022 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kayu pengukur kejayaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bukan cuma dinilai dari segi jumlah penerbitan, mahupun kutipan filem di pawagam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template