BH Online - Terkini |
- COVID: 78 sudah sihat dibawa ke Tanah Suci
- Yasin berdepan hukuman penjara seumur hidup, sebat
- 255 terkorban akibat gempa bumi di Afghanistan
- Wanita terselamat selepas kereta terbabas, terbakar
- Budak 'overdose' sudah boleh gerak kaki
- Kedah catat penurunan kes jangkitan HFMD
- Zuraida belum jumpa PM isu jawatan Kabinet
- K-KOMM teliti memorandum Pemuda UMNO berhubung pelaksanaan 5G
- Operasi banteras cemar alam sekitar ditingkatkan
- 4 anggota polis direman bekal dadah kepada tahanan
- 24 jam untuk kerajaan umum pelan tangani kos sara hidup
- G-20 terima ikrar dana AS$1.2 bilion
- Majoriti pekerja Malaysia mahu fleksibiliti berkerja
- 'Takziah buat keluarga Adibah' - Yasin
- 'Era lagu cinta sudah berlalu'
- Orang Asli Ecuador maut dalam tunjuk perasaan antikerajaan
- Pengecualian SST wajar dilanjutkan hingga Mac 2023
- Johor kaji bina LRT JB atasi kesesakan
- 'Penthouse' pernah didiami Johnny Depp, Amber Heard dijual
- Mansuh subsidi ayam, telur, minyak masak lonjak inflasi makanan
- SC keluarkan rangka kerja Taksonomi Pelaburan Mapan
- Laporan jangkitan COVID-19 kucing kepada manusia tarik perhatian global
- Zuraida jumpa PM semalam, bincang kedudukannya dalam Kabinet
- Subsidi minyak masak tulen botol dimansuh
- Pusat kajian baru permudahkan kaji denggi, Zika
- Wanita tak kekok bawa lori sampah
- Bekalan air, rumput jejas 500 pesawah Langkawi
- BN Youth Job Fair tawar 20,000 peluang kerjaya
| COVID: 78 sudah sihat dibawa ke Tanah Suci Posted: 21 Jun 2022 11:23 PM PDT MAKKAH: Sebahagian besar jemaah haji Malaysia yang positif COVID-19 sebelum berangkat ke Tanah Suci telah sembuh dan kini menyertai jemaah yang lain untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu. |
| Yasin berdepan hukuman penjara seumur hidup, sebat Posted: 21 Jun 2022 10:06 PM PDT PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu kes pendakwaan terhadap penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman kerana menanam 17 pokok ganja kekal dilakukan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. |
| 255 terkorban akibat gempa bumi di Afghanistan Posted: 21 Jun 2022 04:47 PM PDT KABUL: Sekurang-kurangnya 255 orang terkorban dalam gempa bumi dengan magnitud 6.1 pada skala Ricther yang menggegarkan timur Afghanistan, kata pegawai Kementerian Dalam Negeri hari ini. |
| Wanita terselamat selepas kereta terbabas, terbakar Posted: 21 Jun 2022 11:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan dipandunya terbabas dan terbakar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim berhampiran Terowong Duta menghala ke pusat bandar, pagi tadi. |
| Budak 'overdose' sudah boleh gerak kaki Posted: 21 Jun 2022 09:55 PM PDT KOTA BHARU: "Anak sudah ada sedikit perkembangan positif. Kakinya sudah bergerak dan seakan menendang ketika saya melawatnya," kata Rohaya Hassan, 36, ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal kerana ada kandungan dadah dalam badan. |
| Kedah catat penurunan kes jangkitan HFMD Posted: 21 Jun 2022 10:59 PM PDT ALOR SETAR: Kedah terus mencatatkan penurunan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) selepas 531 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 yang bermula 12 hingga 18 Jun lalu. |
| Zuraida belum jumpa PM isu jawatan Kabinet Posted: 21 Jun 2022 10:44 PM PDT SEPANG: Datuk Zuraida Kamaruddin mengesahkan beliau masih belum bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan mengenai kedudukannya dalam Kabinet. |
| K-KOMM teliti memorandum Pemuda UMNO berhubung pelaksanaan 5G Posted: 21 Jun 2022 10:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sudah meneliti kandungan memorandum yang dikemukakan Pergerakan Pemuda UMNO berhubung pelaksanaan Projek 5G Kebangsaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB). |
| Operasi banteras cemar alam sekitar ditingkatkan Posted: 21 Jun 2022 10:45 PM PDT SEREMBAN: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) akan terus meningkatkan pemantauan untuk memastikan tiada mana-mana pihak di negeri itu yang melanggar perundangan alam sekitar di bawah Akta Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). |
| 4 anggota polis direman bekal dadah kepada tahanan Posted: 21 Jun 2022 09:14 PM PDT MELAKA: Empat anggota polis direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah RM12,000 bagi menyeludup barang terlarang, termasuk dadah ke lokap tiga tahun lalu. |
| 24 jam untuk kerajaan umum pelan tangani kos sara hidup Posted: 21 Jun 2022 09:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) beri tempoh 24 jam untuk kerajaan mengumumkan sepenuhnya pelan bagi menangani isu subsidi dan kos sara hidup. |
| G-20 terima ikrar dana AS$1.2 bilion Posted: 21 Jun 2022 10:25 PM PDT YOGYAKARTA: Kumpulan 20 (G-20) menerima ikrar berjumlah AS$1.2 bilion (RM5.3 bilion) setakat ini bagi dana membantu negara dunia lebih bersedia menghadapi wabak masa depan. |
| Majoriti pekerja Malaysia mahu fleksibiliti berkerja Posted: 21 Jun 2022 12:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu, demikian mengikut tinjauan oleh Qualtrics syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian. |
| 'Takziah buat keluarga Adibah' - Yasin Posted: 21 Jun 2022 10:14 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Adibah Noor di atas pemergian penyanyi yang popular dengan lagu 'Terlalu Istimewa'. |
| 'Era lagu cinta sudah berlalu' Posted: 21 Jun 2022 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Tiada lagi dendangan berunsur cinta, sebaliknya, pelakon yang kini bergelar penyanyi, Fattah Amin semakin selesa mendendangkan lagu berkonsep kerohanian untuk semua single dirakamkan. |
| Orang Asli Ecuador maut dalam tunjuk perasaan antikerajaan Posted: 21 Jun 2022 09:57 PM PDT QUITO: Seorang penunjuk perasaan yang juga Orang Asli maut semalam dalam pertempuran dengan pihak berkuasa ketika demonstrasi antikerajaan di Ecuador yang memasuki hari kesembilan dan disifatkan tentera sebagai 'ancaman besar'. |
| Pengecualian SST wajar dilanjutkan hingga Mac 2023 Posted: 21 Jun 2022 09:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Enam persatuan pengedar kereta baharu dan terpakai menggesa kerajaan melanjutkan sepenuhnya insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sehingga 31 Mac 2023. |
| Johor kaji bina LRT JB atasi kesesakan Posted: 21 Jun 2022 09:37 PM PDT ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor sedang mengkaji untuk membangunkan Transit Aliran Ringan (LRT) Johor Bahru (JB) bagi mengatasi isu kesesakan, sekali gus menyepadukan sistem pengangkutan di bandar raya itu. |
| 'Penthouse' pernah didiami Johnny Depp, Amber Heard dijual Posted: 21 Jun 2022 09:01 PM PDT LOS ANGELES: Mahligai di aras tertinggi blok kediaman mewah di bandar raya ini yang pernah didiami aktor Hollywood, Johnny Depp dan bekas isteri, Amber Heard, dilaporkan mahu dijual pemilik sekarang, pada harga AS$1.76 juta (RM7.7 juta). |
| Mansuh subsidi ayam, telur, minyak masak lonjak inflasi makanan Posted: 21 Jun 2022 09:21 PM PDT KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memansuhkan subsidi ayam, telur dan minyak masak botol dijangka menyebabkan inflasi makanan meningkat lebih tinggi di tengah-tengah kemuncak harga komoditi di peringkat global, demikian menurut MIDF Research. |
| SC keluarkan rangka kerja Taksonomi Pelaburan Mapan Posted: 21 Jun 2022 09:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja Taksonomi Pelaburan Mapan dan Bertanggungjawab (SRI) menjelang akhir tahun ini. |
| Laporan jangkitan COVID-19 kucing kepada manusia tarik perhatian global Posted: 21 Jun 2022 08:48 PM PDT BANGKOK: Penularan pertama COVID-19 daripada kucing kepada manusia yang diterbitkan dalam edisi 6 Jun 'Jurnal Penyakit Berjangkit' Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS), menarik perhatian dunia. |
| Zuraida jumpa PM semalam, bincang kedudukannya dalam Kabinet Posted: 21 Jun 2022 08:49 PM PDT PUTRAJAYA: Datuk Zuraida Kamaruddin dipercayai sudah berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, sehari sebelum mesyuarat Kabinet hari ini. |
| Subsidi minyak masak tulen botol dimansuh Posted: 21 Jun 2022 01:52 AM PDT PUTRAJAYA: Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini. |
| Pusat kajian baru permudahkan kaji denggi, Zika Posted: 21 Jun 2022 09:14 PM PDT SINGAPURA: Sebuah pusat kajian baru akan dibuka di sini bagi bantu memerangi penyakit bawaan nyamuk seperti denggi dan Zika dengan menghasilkan rawatan serta ubat-ubatan. |
| Wanita tak kekok bawa lori sampah Posted: 16 Feb 2016 08:03 AM PST SUNGAI PETANI: Ketika ramai wanita memilih kerjaya yang sesuai dengan golongan hawa, ada yang memilih tugas kasar yang biasanya dilakukan lelaki. |
| Bekalan air, rumput jejas 500 pesawah Langkawi Posted: 21 Jun 2022 08:50 PM PDT GEORGETOWN: Bekalan air tidak mencukupi ekoran sistem saliran tidak sempurna, adalah di antara isu dihadapi kira-kira 500 petani Pulau Langkawi, Kedah setiap kali musim tanaman menuai. |
| BN Youth Job Fair tawar 20,000 peluang kerjaya Posted: 21 Jun 2022 08:49 PM PDT KUALA LUMPUR : Lebih 20,000 tawaran pekerjaan menanti pemohon sempena Karnival Kerjaya Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, yang bermula Jumaat sehingga Ahad ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment