Friday, July 1, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kerajaan Johor bantu selesai isu tunggu lama di Terminal Feri Stulang

Posted: 01 Jul 2022 08:22 PM PDT

BATAM: Kerajaan Negeri Johor akan membantu menyelesaikan sebarang masalah membabitkan urusan di pintu masuk Malaysia menerusi jalan air terutamanya di Terminal Feri Stulang, Johor Bahru yang menjadi laluan menghubungkan negeri itu dengan Batam dan Tanjung Pinang, Indonesia.

'Lantik orang yang sesuai ketuai usaha tangani inflasi' - Zaid

Posted: 01 Jul 2022 08:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berpandangan individu yang mempunyai pemahaman dan pengetahuan mendalam mengenai ekonomi, seharusnya dilantik mengetuai usaha menangani isu kenaikan harga.

MTUC diminta tak had perjuangan, bukan hanya isu gaji dan imbuhan

Posted: 01 Jul 2022 08:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak mengehadkan perjuangan gabungan itu kepada soal gaji dan imbuhan semata-mata.

Jiwa kental Adibah jadi inspirasi

Posted: 01 Jul 2022 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perasaan sebak dan linangan air mata panel jemputan mengiringi perjalanan program Bicara BH yang mengetengahkan topik Tribute Insan Terlalu Istimewa Allahyarham Adibah Noor, kelmarin.

Masyarakat perlu sensitif dengan bencana alam, banjir

Posted: 01 Jul 2022 06:00 PM PDT

Bencana alam seperti banjir bukan hal yang luar biasa di negara ini. Namun kebelakangan ini, kekerapan terjadinya banjir menimbulkan keresahan, apatah lagi ia turut melanda kawasan yang tidak dijangka.

Salah pemain termahal Liga Perdana Inggeris

Posted: 01 Jul 2022 07:54 PM PDT

LIVERPOOL: Gaji baharu 400,000 pound (RM2.13 juta) seminggu Mohamed Salah di Liverpool menjadikannya antara pemain bola sepak termahal di dunia.

Perdana Menteri gesa MTUC wujud pelan pendidikan holistik

Posted: 01 Jul 2022 07:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) digesa mewujudkan pelan pendidikan lebih holistik, efektif, strategik dan komprehensif kepada ahli kesatuan gabungannya supaya boleh terus memainkan peranan amat penting dalam melahirkan pekerja yang dinamik.

Kaedah emoginasi tarik minat pelajar

Posted: 01 Jul 2022 07:45 PM PDT

Imaginasi membolehkan seseorang melihat, mendengar dan merasakan sesuatu melangkaui dunia sebenar, sekali gus memperluaskan persepsi, kefahaman, pandangan serta gambaran berdasarkan simbol serta apa yang bermakna di sekeliling kita.

Sharifudin dilantik Naib Canselor USIM

Posted: 01 Jul 2022 07:44 PM PDT

KUALA LUMPUR: Prof Tan Sri Dr Sharifudin Md Shaarani, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu.

AS, Taliban bincang bantuan gempa bumi, rizab asing

Posted: 01 Jul 2022 07:40 PM PDT

WASHINGTON: Rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Taliban diteruskan di Doha awal minggu ini bagi membincangkan bantuan gempa bumi, selepas kedua-dua pihak bertemu kali terakhir di ibu negara Qatar pada Mac lalu.

Wadah baharu BH, berimbang, adil dan tepat

Posted: 01 Jul 2022 07:35 PM PDT

Berita Harian (BH) yang kini berusia 65 tahun akan terus memainkan peranan sebagai wadah perubahan untuk masyarakat dan negara.

Neymar aktifkan pilihan lanjut kontrak

Posted: 01 Jul 2022 07:30 PM PDT

PARIS: Neymar dilaporkan menggunakan pilihan untuk melanjutkan kontrak di Paris Saint-Germain - yang mampu menamatkan spekulasi perpindahan penyerang Brazil itu.

Jaringan strategik pastikan program agihan zakat lancar

Posted: 01 Jul 2022 07:30 PM PDT

Salah satu teras meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi menguruskan hal ehwal zakat adalah sejauh mana masyarakat yakin dan percaya serta berpuas hati dengan khidmat layanan ketika berurusan dengan agensi berkaitan.

Purata kes harian COVID-19 di Perancis naik hampir 100,000

Posted: 01 Jul 2022 07:10 PM PDT

PARIS: Perancis melaporkan lebih 125,000 kes baharu COVID-19 pada Jumaat, menjadikan purata jangkitan harian dalam tempoh tujuh hari kepada 99,316, paras tertinggi sejak 19 April.

Manfaat tanah terbiar, subsidi bersasar atasi isu harga makanan

Posted: 01 Jul 2022 07:00 PM PDT

Perubahan besar dalam kuasa beli pengguna akan berlaku apabila subsidi untuk menstabilkan harga ayam dan telur dihentikan bermula semalam, begitu juga subsidi minyak masak tulen botol. Ini pasti memberi kejutan kepada pengguna yang ketika ini turut berdepan kenaikan kos sara hidup.

Estet ikan jadi lokasi agro pelancongan semakin diminati

Posted: 01 Jul 2022 06:47 PM PDT

MARAN: Jabatan Perikanan Pahang sedia menambah lebih banyak estet ikan di negeri ini sekiranya terdapat kawasan sesuai dan mendapat permintaan komuniti setempat.

Tiga maut akibat gempa bumi di selatan Iran

Posted: 01 Jul 2022 06:22 PM PDT

TEHRAN: Sekurang-kurangnya tiga orang maut, manakala 19 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi di selatan Iran, awal Sabtu, menurut laporan agensi berita negara, IRNA.

Chelsea lebih sesuai buat De Jong

Posted: 01 Jul 2022 06:29 PM PDT

LONDON: Masa depan Frenkie de Jong terus menjadi bualan dengan Chelsea antara kelab terbaru yang dikaitkan dengan pemain tengah Barcelona itu.

Gejala cacar monyet berbeza dengan wabak sebelumnya - Kajian UK

Posted: 01 Jul 2022 06:16 PM PDT

LONDON: Pesakit cacar monyet di United Kingdom (UK) dikesan mempunyai simptom berbeza berbanding wabak sebelum ini hingga mewujudkan kebimbangan kes terlepas pandang.

Man United sasar bintang Eredivisie kedua

Posted: 01 Jul 2022 06:15 PM PDT

MANCHESTER: Manchester United sedang berusaha menyempurnakan satu lagi perpindahan selepas selesai dengan pembelian pertamanya musim panas ini.

Giliran Siti Nordiana bikin konsert

Posted: 29 Jun 2022 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Andai semua perancangan lancar, penyanyi Siti Nordiana bakal mengikut jejak penyanyi dan pemuzik lain mementaskan konsert solo berskala besar, selaras fasa peralihan endemik dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sektor kreatif.

WHO gesa tindakan segera atasi cacar monyet di Eropah

Posted: 01 Jul 2022 05:46 PM PDT

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa tindakan segera bagi mencegah penyebaran cacar monyet di Eropah berikutan rantau itu menyaksikan peningkatan kes tiga kali ganda dalam tempoh dua minggu.

DJ Dave teruja jumpa Raja Gelek di Bagan Datuk

Posted: 01 Jul 2022 05:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun terpaksa mengharungi perjalanan lebih tiga jam dari ibu negara menuju kediaman penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau di Bagan Datuk, Perak, senyuman dan sambutan mesra bintang digelar Raja Gelek Malaysia itu sebaik tiba, cukup menyentuh hati Pengerusi Yayasan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave.

AS umum lebih banyak peluru berpandu, peluru untuk Ukraine

Posted: 01 Jul 2022 05:20 PM PDT

WASHINGTON: Pentagon mengumumkan peruntukan sebanyak AS$820 juta (RM3.6 bilion) untuk senjata dan peluru tambahan kepada Ukraine yang ketika ini berdepan serangan Russia di sepanjang timur dan selatan negara itu.

Arab Saudi keluar panduan haji dalam 14 bahasa

Posted: 01 Jul 2022 05:08 PM PDT

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menerusi kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa Am untuk Awqaf melancarkan inisiatif kesedaran unik untuk jemaah haji dari seluruh dunia, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan 'outreach' untuk musim haji tahun ini.

Samsudin Osman dilantik Presiden UIAM kesembilan

Posted: 01 Jul 2022 04:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Sime Darby Berhad Tan Sri Samsudin Osman dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kesembilan, bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa, hari ini.

Rejam sampai mati terhadap tiga perogol di Nigeria

Posted: 01 Jul 2022 04:38 PM PDT

KANO, NIGERIA: Mahkamah Islam di Bauchi, utara Nigeria menjatuhkan hukuman rejam sampai mati terhadap tiga lelaki kerana merogol dua kanak-kanak lelaki.

Djokovic hampiri rekod Sampras

Posted: 01 Jul 2022 04:29 PM PDT

LONDON: Novak Djokovic dan Carlos Alcaraz semakin menghampiri pertembungan antara dua generasi di Wimbledon, manakala saingan wanita menyaksikan hanya empat pemain dalam kelompok 10 teratas masih bertahan.

PKPS jual keperluan Aidiladha harga murah

Posted: 01 Jul 2022 07:25 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan menganjurkan Karnival Jualan Ehsan PKPS Aidiladha bermula 5 Julai ini bagi mengurangkan beban akibat kenaikan kos makanan menjelang Aidiladha.

Salah sambung kontrak jangka panjang di Liverpool

Posted: 01 Jul 2022 08:40 AM PDT

LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menandatangani sambungan kontrak jangka panjang di kelabnya, kata pasukan Liga Perdana Inggeris itu sebentar tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template