Wednesday, July 13, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Keluarga mangsa tiba di Jabatan Forensik

Posted: 13 Jul 2022 07:36 AM PDT

IPOH: Suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebaik salah seorang dipercayai anak dibawa melihat jenazah ibu dan ayah serta dua beradik yang maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (km) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) petang tadi.

Anak veteran tentera lanjut pengajian secara percuma

Posted: 13 Jul 2022 09:09 AM PDT

BERA: Anak veteran tentera berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) secara percuma untuk tempoh setahun dengan kos pengajian ditanggung oleh universiti berkenaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Benarkan pelarian Rohingya bekerja

Posted: 13 Jul 2022 08:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar memberikan kelulusan khas menggunakan tenaga kerja daripada sumber sedia ada di dalam negara, susulan tindakan Indonesia menghentikan kemasukan pekerja negara itu ke Malaysia.

Prospek ekonomi dunia amat membimbangkan, ini penjelasan IMF

Posted: 13 Jul 2022 08:23 AM PDT

WASHINGTON: Tinjauan ekonomi dunia menjadi 'begitu suram' dan berkemungkinan akan terus merosot, kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva.

YBR sumbang 35 ekor lembu

Posted: 13 Jul 2022 08:27 AM PDT

KUALA PILAH: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyumbang 35 ekor lembu bersempena sambutan Aidiladha untuk diagihkan kepada kira-kira 4,650 asnaf dan keluarga kurang mampu di seluruh negara.

Presiden Sri Lanka yang melarikan diri berdepan protes di Malvides

Posted: 13 Jul 2022 07:36 AM PDT

MALE: Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri hari ini berdepan protes di Maldives dengan berpuluh-puluh penunjuk perasaan mendesak supaya Male tidak memberikan pemimpin itu masuk.

Azam tekad buat Kedah menangis lagi

Posted: 13 Jul 2022 07:20 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Beraksi dengan 10 pemain ketika mengekang pergerakan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) daripada bergerak bebas pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, minggu lalu menjadi detik manis buat pemain pertahanan Terengganu FC (TFC), Muhammad Azam Azmi Murad.

Inflasi di AS naik 9.1 peratus, tertinggi sejak 1981

Posted: 13 Jul 2022 06:54 AM PDT

WASHINGTON: Harga pengguna di Amerika Syarikat (AS) melonjak bulan lalu apabila kos bahan api dan makanan kekal tinggi, menyebabkan kenaikan inflasi tahunan yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun setengah.

Malaysia, Arab Saudi bincang keselamatan makanan

Posted: 13 Jul 2022 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan cadangan daripada Menteri Pertanian Arab Saudi, Abdulrahman Abdulmohsen A. AlFadley untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam kerangka keselamatan makanan.

Son, Kane tunjuk bisa di Seoul

Posted: 13 Jul 2022 06:36 AM PDT

SEOUL: Richarlison tampil buat kali pertama bersama Tottenham sejak meninggalkan Everton dengan wira tempatan, Son Heung Min meledak dua gol untuk membantu pasukan itu merakam kemenangan 6-3 ke atas pasukan Liga Korea dalam aksi pramusim di Seoul, Korea Selatan sebentar tadi.

Zaquan makin pulih

Posted: 13 Jul 2022 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kecederaan lutut yang dialami kapten pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abd Radzak semakin pulih dan dijangka kembali memulakan latihan penuh dalam masa terdekat.

Ringgit naik menjelang data inflasi AS

Posted: 13 Jul 2022 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas mata wang negara maju itu merosot untuk tempoh yang singkat menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS hari ini.

Ismail Sabri tandatangan buku takziah penghormatan Shinzo Abe

Posted: 13 Jul 2022 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menandatangani buku takziah sebagai penghormatan kepada bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang meninggal dunia pada Jumaat.

TH tiada kartel - Menteri

Posted: 13 Jul 2022 06:25 AM PDT

MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) tiada kaitan dengan isu kartel atau visa furada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.

Waris Kesultanan Sulu rampas aset PETRONAS, Malaysia bertindak balas

Posted: 13 Jul 2022 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akhbar Financial Times semalam melaporkan aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Samsung Engineering dapat kontrak bina loji Shell di Sarawak

Posted: 13 Jul 2022 06:15 AM PDT

KUCHING: Samsung Engineering dari Korea Selatan hari ini mengumumkan bahawa pihaknya memperoleh kontrak bernilai AS$680 juta (RM3 bilion) daripada Sarawak Shell Bhd (SSB) bagi membina loji gas darat (OGP) untuk projek Rosmari Marjoram SSB di Bintulu, kira-kira 620 kilometer utara dari sini.

2 terbunuh, 11 cedera dalam letupan bom di Yangon, Myanmar

Posted: 13 Jul 2022 06:08 AM PDT

YANGON: Letupan bom berdekatan pusat beli-belah di hab komersial Yangon, Myanmar mengorbankan dua individu dan mengakibatkan 11 yang lain cedera, kata pekerja penyelamat serta media tempatan, hari ini.

Sterling ucap selamat tinggal kepada City

Posted: 13 Jul 2022 06:04 AM PDT

LONDON: Raheem Sterling menulis surat penuh emosi kepada Manchester City menjelang perpindahannya ke Chelsea yang bernilai RM264 juta dan mengakui dia meninggalkan pasukan itu sebagai 'anak jantan.'

SPRM siasat penyelewengan dana Penjana Kerjaya

Posted: 13 Jul 2022 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Ops Hire bagi menyiasat isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya) di beberapa negeri. SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, operasi besar-besaran dijalankan secara serentak bermula hari ini, dikendalikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bersama-sama SPRM negeri.

Bomba bantu tanggalkan cincin di jari budak lelaki

Posted: 13 Jul 2022 05:59 AM PDT

ALOR SETAR: Cincin yang tersangkut pada jari seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun hingga menyebabkan jari telunjuk kirinya bengkak, berjaya ditanggalkan pasukan bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, hari ini.

Buku Ismail Sabri Menteri Kanan Pertahanan diterbitkan

Posted: 13 Jul 2022 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Detik-detik penting 17 bulan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan) terakam dalam buku 'Ismail Sabri Yaakob: Teraju keselamatan, depani ancaman Covid-19.

Gotabaya 'akan hantar' surat peletakan jawatan hari ini - Speaker Parlimen

Posted: 13 Jul 2022 05:36 AM PDT

COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri ke Maldives hari ini, menelefon Speaker Parlimen dan menegaskan akan menghantar surat peletakan jawatannya pada hari ini juga.

UMNO mampu rampas kerusi Parlimen Simpang Renggam

Posted: 12 Jul 2022 10:58 PM PDT

JOHOR BAHRU: Kerusi Parlimen Simpang Renggam yang secara tradisinya diperuntukkan kepada GERAKAN sebelum parti itu keluar Barisan Nasional (BN) selepas calonnya tewas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), mampu ditawan semula BN jika ditandingi calon UMNO.

Rahm teruja sejarah 'unik' St Andrews

Posted: 13 Jul 2022 05:20 AM PDT

ST ANDREWS (Scotland): Hampir empat dekad berlalu sejak kemenangan ikon golf, Seve Ballesteros pada Terbuka British di St Andrews dan kini Jon Rahm berazam untuk melakar satu lagi sejarah sukan Sepanyol di Old Course.

Siti Nuramira didakwa menghina Islam

Posted: 12 Jul 2022 07:57 PM PDT

KUALA LUMPUR: Siti Nuramira Abdullah, wanita tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam.

Ribuan bangkai ikan susu mungkin hanyut dari negara jiran

Posted: 13 Jul 2022 05:00 AM PDT

JOHOR BAHRU: Ribuan bangkai ikan susu yang ditemukan terapung di Selat Johor di sini pada Sabtu lalu, dipercayai dihanyutkan dari perairan negara jiran.

Malaysia sasar 35 emas di Thailand

Posted: 13 Jul 2022 04:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan 35 pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) yang akan berlangsung di Ubon Ratchathani, Thailand bermula 26 Julai hingga 6 Ogos ini.

Lima atlet karate diberi amaran

Posted: 13 Jul 2022 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) memberi surat amaran kepada lima atlet badan induk itu untuk meningkatkan prestasi masing-masing atau berdepan tindakan disingkirkan daripada skuad kebangsaan.

Hampir 300,000 PATI pilih untuk pulang

Posted: 13 Jul 2022 04:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang dilaksanakan bermula November 2020 hingga 30 Jun lalu, berjaya mendaftarkan 712,435 pendatang asing tanpa izin (PATI).

'Siasat aktiviti kelab komedi Crackhouse lebih mendalam'

Posted: 13 Jul 2022 04:27 AM PDT

BAYAN LEPAS: Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Pulau Pinang (GNIPP) hari ini membuat laporan polis terhadap pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur penyebaran dakyah liberalisme di kelab itu selama ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template