BH Online - Terkini |
- Pasangan kembar berbeza nasib dalam nahas mat rempit
- Jangkitan HFMD Johor sudah 79 kali ganda
- Tokyo catat 17,790 kes baharu COVID-19
- United sudah alami `peningkatan besar' di bawah Ten Hag
- Manny akui gerun prestasi Sang Badak
- Surau jadi penginapan 103 pelajar mangsa kebakaran asrama
- BAM rancang bawa masuk pakar psikologi
- Sabah FC mohon maaf kepada JDT, penyokong
- Bayern kini sasar dapatkan Kane
- Malaysia tuan rumah tenis Billie Jean King Cup
- Syamsul kecewa tapi tetap pertahan anak buah
- Gadis Afghanistan terkesan akibat penutupan sekolah
- 'Projek belum bermula ditangguh, batal terus' - Mustapa
- UMNO jangka keputusan ROS diperoleh kurang dua minggu lagi
- Sanggah UMNO, Najib yang makin bermaharajalela - Rafizi
- 'Saya tak jadi PM, macam mana harga minyak nak turun'
- Biden gagal peroleh komitmen negara Arab
- PAS tolak 'khemah besar', istiqamah penyatuan ummah
- Lebih RM85,000 minyak masak bersubsidi dirampas
- PABM bagi amaran isu doping
- Korban nahas mat rempit meningkat kepada 4 orang
- Russia tembak jatuh Sukhoi
- Tersingkir awal Terbuka Singapura, Nur Izzuddin tampil beri penjelasan
- Tze Yong diharap bawa aura positif ke Sukan Komanwel
- Pesawat India mendarat cemas di Pakistan
- Khairul berdepan disingkir daripada Program Podium
- Menteri Dalam Negeri tiada kuasa dalam urusan ROS
- Jurulatih Selangor enggan peduli spekulasi digantikan Cheng Hoe
- Kad merah punca Penang hilang mata
- Pemilihan presiden baharu India pada Isnin
| Pasangan kembar berbeza nasib dalam nahas mat rempit Posted: 17 Jul 2022 06:10 AM PDT GEORGETOWN: Luluh hati seorang wanita mengenangkan anak sulungnya maut, manakala kembar pemuda itu kini parah dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pasangan itu terlibat dalam nahas membabitkan sekumpulan 'mat rempit' di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi. |
| Jangkitan HFMD Johor sudah 79 kali ganda Posted: 17 Jul 2022 07:57 AM PDT JOHOR BAHRU: Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), wabak jangkitan saluran pernafasan iaitu Influenza-like-illness (ILI) dan Upper Respiratory Tract Illness (URTI) di Johor sudah meningkat 79 kali ganda tahun ini. |
| Tokyo catat 17,790 kes baharu COVID-19 Posted: 17 Jul 2022 07:24 AM PDT TOKYO: Ibu negara Jepun, Tokyo merekodkan 17,790 kes baharu COVID-19 hari ini, meningkat sebanyak 8,308 kes atau 1.88 kali ganda, berbanding seminggu lalu. |
| United sudah alami `peningkatan besar' di bawah Ten Hag Posted: 17 Jul 2022 07:02 AM PDT LONDON: Luke Shaw menganggap Manchester United sudah mengalami 'peningkatan besar' di bawah pengurus baharu, Erik ten Hag. |
| Manny akui gerun prestasi Sang Badak Posted: 17 Jul 2022 06:55 AM PDT KUALA TERENGGANU: Arkitek Terengganu FC (TFC), Manuel Ott melaungkan keyakinan untuk memperagakan aksi terbaik apabila pasukannya berdepan dengan Sabah FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada Selasa ini. |
| Surau jadi penginapan 103 pelajar mangsa kebakaran asrama Posted: 17 Jul 2022 06:53 AM PDT TONGOD: Seramai 103 pelajar dan warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod dekat Kinabatangan di sini, terpaksa menginap di surau sekolah selepas asrama lelaki sekolah itu terbabit dalam kebakaran, hari ini. |
| BAM rancang bawa masuk pakar psikologi Posted: 17 Jul 2022 06:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap dapat membawa masuk pakar psikologi dalam usaha meningkatkan kekuatan mental pemain ketika beraksi di bawah tekanan yang hebat di gelanggang. |
| Sabah FC mohon maaf kepada JDT, penyokong Posted: 17 Jul 2022 06:35 AM PDT KOTA KINABALU: Sabah FC hari ini memohon maaf kepada penyokong dan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) terhadap tingkah laku buruk peminat bola sepak yang membaling botol air ke arah padang serta kawasan teknikal di tepi padang dalam pertembungan di Stadium Likas, Jumaat lalu. |
| Bayern kini sasar dapatkan Kane Posted: 17 Jul 2022 06:21 AM PDT LONDON: Harry Kane menjadi calon hangat dalam perpindahan terbesar bagi menggantikan Robert Lewandowski di Bayern Munich. |
| Malaysia tuan rumah tenis Billie Jean King Cup Posted: 17 Jul 2022 06:19 AM PDT AYER KEROH: Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) bakal menganjurkan Billie Jean King Cup by BNP Paribas, Asia /Oceania Group II di Pusat Tenis Negara, Kuala Lumpur pada 8 hingga 14 Ogos ini. |
| Syamsul kecewa tapi tetap pertahan anak buah Posted: 17 Jul 2022 06:18 AM PDT KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan United FC, Syamsul Saad mengakui kecewa dengan keputusan seri 1-1 menentang PDRM FC di sini, semalam namun tetap mempertahankan prestasi anak buahnya. |
| Gadis Afghanistan terkesan akibat penutupan sekolah Posted: 17 Jul 2022 05:43 AM PDT KABUL: Sejak Taliban memerintah Afghanistan, beberapa sekatan dikenakan terhadap kanak-kanak perempuan dan wanita, dengan antara yang paling memberi kesan ialah larangan pendidikan bagi perempuan. |
| 'Projek belum bermula ditangguh, batal terus' - Mustapa Posted: 17 Jul 2022 05:31 AM PDT KOTA BHARU: Semua projek pembangunan yang belum dimulakan, akan ditangguh atau dibatalkan terus sebagai menyahut langkah penjimatan dalaman yang diarahkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk 'Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam. |
| UMNO jangka keputusan ROS diperoleh kurang dua minggu lagi Posted: 17 Jul 2022 05:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dijangka memberi keputusan terhadap notis pindaan perlembagaan UMNO dalam tempoh kurang dari dua minggu lagi. |
| Sanggah UMNO, Najib yang makin bermaharajalela - Rafizi Posted: 16 Jul 2022 10:32 PM PDT SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan tidak akan sesekali membiarkan UMNO dan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak terus bermaharajalela meracuni pemikiran rakyat termasuk mempermainkan isu perkauman. |
| 'Saya tak jadi PM, macam mana harga minyak nak turun' Posted: 17 Jul 2022 04:46 AM PDT SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga minyak tidak dapat diturunkan seperti dijanjikan selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), disebabkan beliau bukan Perdana Menteri ketika itu. |
| Biden gagal peroleh komitmen negara Arab Posted: 17 Jul 2022 04:46 AM PDT TOKYO: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meminta negara Arab meningkatkan pengeluaran minyak mentah ketika persidangan di Arab Saudi. |
| PAS tolak 'khemah besar', istiqamah penyatuan ummah Posted: 17 Jul 2022 04:40 AM PDT KOTA BHARU: PAS menolak cadangan 'khemah besar' dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), sebaliknya memfokuskan agenda penyatuan ummah. |
| Lebih RM85,000 minyak masak bersubsidi dirampas Posted: 17 Jul 2022 01:57 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas minyak masak bersubsidi, bernilai lebih RM85,000 dalam tempoh 15 hari, bermula awal bulan lalu. |
| Posted: 17 Jul 2022 04:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) memberi amaran keras kepada negeri yang atlet mereka didapati gagal dalam ujian doping berdepan risiko dilarang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) untuk edisi seterusnya. |
| Korban nahas mat rempit meningkat kepada 4 orang Posted: 17 Jul 2022 04:27 AM PDT GEORGETOWN: Seorang lagi penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi, meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Pulau Pinang (HPP). |
| Posted: 17 Jul 2022 04:25 AM PDT MOSCOW: Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan pesawat negara itu menembak jatuh dua aset Ukraine, iaitu helikopter MI-17 di bandar Sloviansk dan pesawat SU-25 di Kharkiv, ketika Moscow meningkatkan operasi ketenteraannya. |
| Tersingkir awal Terbuka Singapura, Nur Izzuddin tampil beri penjelasan Posted: 17 Jul 2022 04:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani menafikan punca kekalahan dia dan pasangannya, Goh Sze Fei di tangan gandingan India, M R Arjun-Dharuv Kapila di pusingan kedua Terbuka Singapura, Khamis lalu adalah disebabkan masalah kepenatan. |
| Tze Yong diharap bawa aura positif ke Sukan Komanwel Posted: 17 Jul 2022 04:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong diharap membawa aura positif yang diraihnya di Terbuka Singapura apabila menggalas cabaran negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang bermula dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini. |
| Pesawat India mendarat cemas di Pakistan Posted: 17 Jul 2022 04:09 AM PDT NEW DELHI: Sebuah pesawat India yang dalam penerbangan dari Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menuju ke selatan India melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi pada Ahad. |
| Khairul berdepan disingkir daripada Program Podium Posted: 17 Jul 2022 04:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemanah senior negara, Khairul Anuar Mohamad berdepan kemungkinan disingkirkan daripada Program Podium sekiranya masih gagal meningkatkan prestasinya sebelum hujung tahun ini. |
| Menteri Dalam Negeri tiada kuasa dalam urusan ROS Posted: 17 Jul 2022 04:06 AM PDT PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri tidak mencampuri urusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) walaupun jabatan itu terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya. |
| Jurulatih Selangor enggan peduli spekulasi digantikan Cheng Hoe Posted: 17 Jul 2022 03:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner enggan memikirkan mengenai spekulasi yang mengaitkan bakal diganti dengan pengendali baharu. |
| Kad merah punca Penang hilang mata Posted: 17 Jul 2022 03:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Kad merah yang diterima pemain pertahanan, Sukri Hamid pada babak kedua dianggap sebagai antara faktor Penang FC 'didera' dengan kekalahan 2-0 di tangan Selangor aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam. |
| Pemilihan presiden baharu India pada Isnin Posted: 17 Jul 2022 03:51 AM PDT NEW DELHI: India bakal memilih presiden baharu pada Isnin, berikutan tempoh Presiden Ram Nath Kovind akan berakhir pada 24 Julai dan keputusan dijangka diumumkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Inbox too full? | |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment