BH Online - Terkini |
- Johari sekali lagi tewas pemilihan PKR
- Bekas pembaca berita TV3, Zalina Azman dilapor hilang
- Khidmat van sekolah persendirian berisiko
- Karya seni contengan bantu badan kebajikan
- Nelayan Taiwan tangkap jerung spesis prasejarah jarang dijumpai
- UMT kaji pasang satelit pantau pergerakan penyu
- Bursa Malaysia dibuka rendah
- 13 banduan terbunuh dalam pergaduhan di penjara
- DUN Kedah lulus had umur perkahwinan perempuan kepada 18 tahun
- Hujan lebat, beberapa jalan utama digenangi air
- Ronaldo kini dikaitkan berpindah ke Atletico
- Pengganti Haaland dikesan ada ketumbuhan pada buah zakar
- 'Kuda tua' Ibrahimovic kekal setahun lagi di Milan
- Lelaki hina polis ditahan
- Tiket konsert habis, Dewa 19 tambah satu malam lagi
- Pesawat tempur TNI terhempas, juruterbang dikhuatiri maut
- Pelepasan 130,000 benih udang galah tingkat sumber perikanan
- Turki ancam beku penyertaan Sweden, Finland dalam NATO
- MoU pekerja Indonesia, subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
- Anthony Fauci sahkan bakal bersara
- Pawagam rugi tunda filem mega Hollywood
- Ahli astronomi kenal pasti galaksi baharu bersebelahan Bima Sakti
- China tuntut AS batalkan penjualan senjata kepada Taiwan
- 18 wanita maut bot perkahwinan terbalik
- Ten Hag beri amaran kepada Maguire
- Sunak lebarkan jurang persaingan menjadi Perdana Menteri baharu Britain
- COVID-19: Penggunaan katil hospital 68.5 peratus
- Trump gesa pemain golf `ambil wang', sertai Siri LIV
- Lembaga Angkasa Malaysia dilancar sepenuhnya awal 2023
- Negara penjaga Selat Melaka perlu tingkat kerjasama
| Johari sekali lagi tewas pemilihan PKR Posted: 16 Jul 2022 10:27 PM PDT SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sekali lagi tewas dalam pemilihan PKR selepas gagal meloloskan diri merebut jawatan 20 Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. |
| Bekas pembaca berita TV3, Zalina Azman dilapor hilang Posted: 18 Jul 2022 08:20 AM PDT SHAH ALAM: Polis giat mencari bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu. |
| Khidmat van sekolah persendirian berisiko Posted: 18 Jul 2022 07:30 PM PDT Isu pengangkutan murid ke sekolah memang hal besar yang perlu ditangani ibu bapa setiap kali sesi persekolahan dimulakan. Bagi ibu bapa yang mempunyai pilihan untuk menghantar sendiri anak ke sekolah, ia tentusaja tidakmenjadi masalah namun bagi suami isteri bekerja, keperluan pengangkutan memang agak memeningkan. |
| Karya seni contengan bantu badan kebajikan Posted: 18 Jul 2022 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Kesibukan kerjaya sebagai doktor perubatan yang sentiasa menerima dan merawat pesakit, tidak menghalang wanita profesional ini untuk mengembangkan minat seni, selain turut menyumbangkan hasil jualan lukisannya kepada badan kebajikan. |
| Nelayan Taiwan tangkap jerung spesis prasejarah jarang dijumpai Posted: 18 Jul 2022 07:26 PM PDT TAIPEI: Jerung enam insang hidung tumpul (bluntnose sixgill shark) yang jarang ditemui, spesies yang dipercayai telah berada di Bumi sebelum kewujudan dinosaur, ditangkap nelayan Taiwan dari daerah Taitung Ahad lalu. |
| UMT kaji pasang satelit pantau pergerakan penyu Posted: 18 Jul 2022 07:25 PM PDT KUALA NERUS: Unit Penyelidikan Penyu Laut (Seatru), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bercadang untuk memasang peranti satelit pada badan penyu, Oktober depan. |
| Posted: 18 Jul 2022 07:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatat prestasi berbeza berbanding semalam apabila dibuka lebih rendah hari ini akibat aktiviti pengambilan untung, didorong oleh petunjuk dagangan tidak menentu di Wall Street, kata seorang penganalisis. |
| 13 banduan terbunuh dalam pergaduhan di penjara Posted: 18 Jul 2022 07:10 PM PDT QUITO: Seramai 13 banduan terbunuh, manakala dua lagi cedera semalam, dalam satu lagi pergaduhan berdarah di sebuah penjara di Ecuador, kata pegawai penguat kuasa undang-undang. |
| DUN Kedah lulus had umur perkahwinan perempuan kepada 18 tahun Posted: 18 Jul 2022 07:05 PM PDT ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami. |
| Hujan lebat, beberapa jalan utama digenangi air Posted: 18 Jul 2022 06:44 PM PDT GEORGETOWN: Beberapa laluan utama di sekitar Georgetown di sini, digenangi air berikutan hujan lebat pagi tadi. |
| Ronaldo kini dikaitkan berpindah ke Atletico Posted: 18 Jul 2022 05:09 PM PDT LONDON: Cristiano Ronaldo dikaitkan akan kembali ke La Liga, namun bukan dengan Real Madrid, tempat dia mencipta legasi yang menjadikannya antara pemain terhebat dalam sejarah mereka, namun bersama seteru utama, Atletico. |
| Pengganti Haaland dikesan ada ketumbuhan pada buah zakar Posted: 18 Jul 2022 04:04 PM PDT BERLIN: Borussia Dortmund berkata penyerang, Sebastien Haller meninggalkan kem latihan pramusim di Switzerland selepas ketumbuhan ditemui di bahagian buah zakarnya. |
| 'Kuda tua' Ibrahimovic kekal setahun lagi di Milan Posted: 18 Jul 2022 06:39 PM PDT MILAN: Zlatan Ibrahimovic akan kekal di AC Milan untuk sekurang-kurangnya setahun lagi selepas penyerang veteran itu menandatangani kontrak setahun bersama juara Itali itu semalam. |
| Posted: 18 Jul 2022 06:36 PM PDT PASIR PUTEH: Seorang pemuda ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina anggota polis, pagi semalam. |
| Tiket konsert habis, Dewa 19 tambah satu malam lagi Posted: 18 Jul 2022 04:03 PM PDT KUALA LUMPUR: Gara-gara tiket disapu licin dalam tempoh sejam selepas jualan dibuka semalam, Konsert 30 Years of Dewa 19 ditambah satu malam lagi, iaitu sehari lebih awal daripada tarikh 10 September yang diumumkan, iaitu pada Jumaat, 9 September depan di lokasi sama, Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini. |
| Pesawat tempur TNI terhempas, juruterbang dikhuatiri maut Posted: 18 Jul 2022 06:33 PM PDT JAKARTA: Sebuah pesawat tempur latih milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) disahkan terhempas di Desa Nginggil, Kecamatan Kradenan, Blora, Jawa Tengah, malam tadi. |
| Pelepasan 130,000 benih udang galah tingkat sumber perikanan Posted: 18 Jul 2022 06:25 PM PDT ROMPIN: Sebanyak 130,000 benih udang galah dilepaskan ke Sungai Pontian dan Sungai Rompin, di sini dalam usaha menambah stok perikanan bernilai tinggi di perairan berkenaan. |
| Turki ancam beku penyertaan Sweden, Finland dalam NATO Posted: 18 Jul 2022 06:21 PM PDT ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam memperbaharui ancamannya untuk 'membekukan' tawaran keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kepada Sweden dan Finland, melainkan pakatan tentera itu mematuhi syarat Ankara. |
| MoU pekerja Indonesia, subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Posted: 18 Jul 2022 05:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Isu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia berhubung pengambilan pekerja republik itu serta kaedah kerajaan membiayai jumlah keseluruhan subsidi dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. |
| Anthony Fauci sahkan bakal bersara Posted: 18 Jul 2022 06:09 PM PDT WASHINGTON: Peneraju tindak balas kesihatan Amerika Syarikat (AS) terhadap wabak penyakit berjangkit sejak 1980-an, Anthony Fauci mengesahkan beliau akan bersara menjelang akhir penggal Presiden Joe Biden. |
| Pawagam rugi tunda filem mega Hollywood Posted: 18 Jul 2022 05:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Penundaan filem berskala mega dari produksi Hollywood mencetuskan kebimbangan kepada operator pawagam di Malaysia, termasuk Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas (TGV). |
| Ahli astronomi kenal pasti galaksi baharu bersebelahan Bima Sakti Posted: 18 Jul 2022 05:59 PM PDT WASHINGTON: Ahli astronomi sedang mengkaji galaksi bersebelahan dengan Bima Sakti yang dipanggil kosmik 'jarum dalam timbunan jerami', yang juga sebuah lubang hitam yang bukan sahaja diklasifikasikan sebagai tidak aktif tetapi dikesan terbentuk tanpa letupan bintang yang mati. |
| China tuntut AS batalkan penjualan senjata kepada Taiwan Posted: 18 Jul 2022 05:49 PM PDT HONG KONG: China menuntut Amerika Syarikat (AS) membatalkan penjualan senjata terbarunya kepada Taiwan dengan segera, tegas Kementerian Pertahanan negara itu. |
| 18 wanita maut bot perkahwinan terbalik Posted: 18 Jul 2022 05:38 PM PDT SADIQABAD: Sekurang-kurangnya 18 wanita lemas dan berpuluh-puluh lagi hilang selepas bot yang penuh penumpang ke majlis perkahwinan terbalik semalam. |
| Ten Hag beri amaran kepada Maguire Posted: 18 Jul 2022 05:43 PM PDT LONDON: Erik ten Hag memberi amaran kepada Harry Maguire betapa keputusannya meletakkan pertahanan England itu sebagai kapten Manchester United tidak menjamin tempat pemain itu dalam kesebelasan utama di Old Trafford. |
| Sunak lebarkan jurang persaingan menjadi Perdana Menteri baharu Britain Posted: 18 Jul 2022 05:31 PM PDT LONDON: Bekas menteri kewangan, Rishi Sunak melebarkan kedudukannya dalam pusingan terbaharu undian oleh Ahli Parlimen Konservatif semalam dalam menentukan jawatan Perdana Menteri Britain baharu biarpun perlumbaan ke peringkat seterusnya semakin sengit. |
| COVID-19: Penggunaan katil hospital 68.5 peratus Posted: 18 Jul 2022 05:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Negara merekodkan 3,080 kes baharu COVID-19 setakat tengah malam tadi, sedikit berkurangan berbanding 3,936 kes yang direkodkan sehari sebelumnya. |
| Trump gesa pemain golf `ambil wang', sertai Siri LIV Posted: 18 Jul 2022 04:43 PM PDT LOS ANGELES: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa pemain golf `mengambil wang' dan menandatangi perjanjian dengan kejohanan disokong Arab Saudi, Siri LIV selepas laporan mengatakan lebih ramai pemain mahu menyertai sirkit kontroversi itu. |
| Lembaga Angkasa Malaysia dilancar sepenuhnya awal 2023 Posted: 18 Jul 2022 09:50 AM PDT PUTRAJAYA: Lembaga Angkasa Malaysia akan ditubuhkan bulan depan dan dilancarkan sepenuhnya pada awal 2023 bagi menguatkuasakan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] yang diwartakan pada 25 Januari lalu. |
| Negara penjaga Selat Melaka perlu tingkat kerjasama Posted: 18 Jul 2022 09:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerjasama erat antara Malaysia, Singapura dan Indonesia penting dalam memastikan kelancaran aktiviti perdagangan di Selat Melaka. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Inbox too full? | |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment