BH Online - Terkini |
- Rafizi ketuai jentera PRU
- Lewandowski tak sabar mulakan aksi bersama Barca
- 'Zal kat mana ni? Deep cari ni...'
- PM lancar Perodua Alza baharu, harga bermula RM62,500
- JDT terus perkukuh cengkaman di puncak
- Selangor, KL kongsi mata
- PJ City hampir bikin Melaka gigit jari di laman sendiri
- Boris Johnson berundur, ucap selamat tinggal di Parlimen
- MPP PKR bincang lantikan naib presiden
- Subvarian baharu Omicron dikesan di Thailand
- Ulama kontroversi dibebaskan dengan parol
- Warga Australia digesa bekerja dari rumah
- Pelaburan terkumpul STeP RM12.5 bilion
- KPDNHEP sita serbuk penaik disyaki tiruan
- Menteri Israel kecam laporan TV Israel di Makkah
- Pusat pelupusan sampah cemar sungai
- Kerajaan sasar penjimatan RM6 bilion belanja mengurus
- Kontinjen negara tetap berdepan cabaran sukar di Komanwel
- Ringgit ditutup rendah
- Aidil lega Kedah kembali bangkit
- Liga Super guna sembilan import musim depan
- Tze Yong perlu cipta kejutan jika ingin raih pingat
- Harap Siti Nuramira kembali amal Islam sebenar
- Polis tahan lelaki hina Islam
- Gambar kena saman viral, pempengaruh buat laporan polis
- 'LHDN tidak hak akses, audit akaun pelanggan firma guaman' - Mahkamah Persekutuan
- Parlimen Sri Lanka pilih Ranil Wickremesinghe presiden baharu
- Dua pegawai kanan MARA didakwa esok
- Tajuddin gelar Ahli Parlimen wanita DAP bermulut jahat
- Siasat 'orang dalam' dalam penyeludupan minyak masak subsidi
| Posted: 20 Jul 2022 08:41 AM PDT PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan Rafizi Ramli sebagai pengarah pilihan raya parti itu, berikutan Timbalan Presiden itu dilantik mengetuai pasukan perang pilihan raya pada mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR penggal 2022-2025, malam ini. |
| Lewandowski tak sabar mulakan aksi bersama Barca Posted: 20 Jul 2022 04:04 PM PDT FORT LAUDERDALE: Robert Lewandowski diumumkan secara rasmi sebagai pemain Barcelona hari ini dan menegaskan dia masih mahu meneruskannya walaupun sudah mencipta rekod jaringan menakjubkan. |
| 'Zal kat mana ni? Deep cari ni...' Posted: 20 Jul 2022 10:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54, enggan menyerah kalah dalam misi mencari teman rapatnya, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November, tahun lalu. |
| PM lancar Perodua Alza baharu, harga bermula RM62,500 Posted: 19 Jul 2022 08:36 PM PDT KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) serba baharu, Perodua Alza yang ditawarkan pada harga bermula RM62,500. |
| JDT terus perkukuh cengkaman di puncak Posted: 20 Jul 2022 08:14 AM PDT GEORGETOWN: Penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super selepas menundukkan Penang FC, 1-0 pada aksi di Stadium Bandaraya, di sini, sebentar tadi. |
| Posted: 20 Jul 2022 08:01 AM PDT PETALING JAYA: Selangor FC terlepas peluang untuk naik ke tangga keempat Liga Super selepas terikat 1-1 dengan pasukan jiran, Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, sebentar tadi. |
| PJ City hampir bikin Melaka gigit jari di laman sendiri Posted: 20 Jul 2022 08:29 AM PDT MELAKA: Melaka United United FC gagal meneruskan rentak kemenangan selepas terikat 2-2 dengan PJ City FC pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini, malam tadi. |
| Boris Johnson berundur, ucap selamat tinggal di Parlimen Posted: 20 Jul 2022 08:04 AM PDT LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson membuat penampilan terakhir di Parlimen hari ini dengan situasi gamat sorakan dalam kalangan Ahli Parlimen ketika mengucapkan selamat tinggal. |
| MPP PKR bincang lantikan naib presiden Posted: 20 Jul 2022 07:20 AM PDT PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR penggal 2022-2025 mengadakan mesyuarat pertama malam ini di ibu pejabatnya di sini, selepas Jawatankuasa Pemilihan Parti mengumumkan pemilihan baharu, pada Ahad lalu. |
| Subvarian baharu Omicron dikesan di Thailand Posted: 20 Jul 2022 07:16 AM PDT BANGKOK: Thailand mengesan kes pertama subvarian Omicron BA.2.75 di wilayah selatan Trang. |
| Ulama kontroversi dibebaskan dengan parol Posted: 19 Jul 2022 07:38 PM PDT JAKARTA: Ulama Indonesia yang kontroversi, Rizieq Shihab, dibebaskan dari penjara dengan parol hari ini, lebih setahun selepas dijatuhkan hukuman dan lebih awal daripada jangkaan, seorang pegawai kerajaan mengesahkan. |
| Warga Australia digesa bekerja dari rumah Posted: 19 Jul 2022 07:55 PM PDT SYDNEY: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital di Australia menghampiri rekod tertinggi hari ini, ketika kerajaan menyarankan pekerja bekerja di rumah, pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan mengambil suntikan dos penggalak segera. |
| Pelaburan terkumpul STeP RM12.5 bilion Posted: 20 Jul 2022 06:58 AM PDT JOHOR BAHRU: Jumlah pelaburan terkumpul hab perindustrian berteknologi tinggi, Sedenak Tech Park (STeP) di Kulai untuk fasa pertama mencecah RM12.5 bilion. |
| KPDNHEP sita serbuk penaik disyaki tiruan Posted: 20 Jul 2022 06:35 AM PDT KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita 38,188 unit serbuk penaik disyaki tiruan di dua premis perniagaan makanan kering di Tawau, hari ini. |
| Menteri Israel kecam laporan TV Israel di Makkah Posted: 20 Jul 2022 06:04 AM PDT BAITULMAQDIS: Seorang menteri Israel hari ini mengecam laporan televisyen dibuat seorang wartawan yang memasuki tapak paling suci Islam, di Makkah susulan orang bukan Islam diharamkan memasukinya. |
| Pusat pelupusan sampah cemar sungai Posted: 20 Jul 2022 02:38 AM PDT MELAKA: Pusat pelupusan sampah dipercayai mencemar Sungai Batu dan mengakibatkan tanaman pekebun serta pesawah kurang subur. |
| Kerajaan sasar penjimatan RM6 bilion belanja mengurus Posted: 20 Jul 2022 06:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyasarkan anggaran antara RM5 bilion dan RM6 bilion nilai penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022. |
| Kontinjen negara tetap berdepan cabaran sukar di Komanwel Posted: 20 Jul 2022 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Kontinjen negara ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 tetap berdepan cabaran sukar untuk mencapai sasaran baharu enam pingat emas biarpun jumlah itu kurang satu berbanding tujuh yang ditetapkan sebelum ini. |
| Posted: 20 Jul 2022 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 43.4 peratus tahun ke tahun pada Jun 2022 untuk mencecah paras tertinggi baharu sebanyak RM270.4 bilion, kata penganalisis. |
| Aidil lega Kedah kembali bangkit Posted: 20 Jul 2022 06:32 AM PDT ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak menarik nafas lega selepas skuad Sang Kenari kembali bangkit mendapatkan mata penuh selepas membenam Sarawak United FC 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, semalam. |
| Liga Super guna sembilan import musim depan Posted: 20 Jul 2022 06:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menggunakan format baharu pendaftaran sembilan pemain import membabitkan semua pasukan Liga Super bermula tahun depan selaras dengan penstrukturan semula liga. |
| Tze Yong perlu cipta kejutan jika ingin raih pingat Posted: 20 Jul 2022 06:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong perlu mempunyai elemen kejutan sekiranya berhasrat untuk membawa pulang pingat di Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan bermula dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini. |
| Harap Siti Nuramira kembali amal Islam sebenar Posted: 19 Jul 2022 09:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan membuat keputusan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam bagi mengelak wanita itu dituduh di dua mahkamah berbeza. |
| Posted: 20 Jul 2022 12:12 AM PDT KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menghina agama serta beberapa individu menerusi rakaman audio yang tersebar di media sosial sejak kelmarin. |
| Gambar kena saman viral, pempengaruh buat laporan polis Posted: 20 Jul 2022 03:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Seseorang pempengaruh (influencer) terkenal, yang disaman selepas didapati tidak mempunyai lesen memandu, baru-baru ini tampil membuat satu laporan polis, semalam. |
| 'LHDN tidak hak akses, audit akaun pelanggan firma guaman' - Mahkamah Persekutuan Posted: 20 Jul 2022 06:06 AM PDT PUTRAJAYA: Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak untuk mengakses dan mengaudit akaun pelanggan yang diuruskan oleh firma guaman. |
| Parlimen Sri Lanka pilih Ranil Wickremesinghe presiden baharu Posted: 20 Jul 2022 12:39 AM PDT COLOMBO: Ranil Wickremesinghe dipilih sebagai presiden baharu Sri Lanka menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri dari negara yang dilanda krisis dan meletak jawatan minggu lalu. |
| Dua pegawai kanan MARA didakwa esok Posted: 20 Jul 2022 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan didakwa di mahkamah, esok. |
| Tajuddin gelar Ahli Parlimen wanita DAP bermulut jahat Posted: 19 Jul 2022 10:20 PM PDT KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat gamat apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) menggelar sebahagian ahli Parlimen wanita DAP berperangai tidak senonoh dan bermulut jahat. |
| Siasat 'orang dalam' dalam penyeludupan minyak masak subsidi Posted: 19 Jul 2022 10:52 PM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyiasat kemungkinan pembabitan 'orang dalam' dalam kegiatan penyeludupan minyak masak paket bersubsidi ke negara jiran. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Inbox too full? | |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment