Sunday, July 24, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pemimpin, ahli koperasi perlu berintegriti - Agong

Posted: 23 Jul 2022 09:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pemimpin dan ahli koperasi perlu berintegriti serta amanah dalam menguruskan aset dan perolehan koperasi untuk kepentingan negara.

Bergson bawa JDT ke separuh akhir

Posted: 23 Jul 2022 08:25 AM PDT

MELAKA: Jaringan masa kecederaan Bergson da Silva membolehkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Melaka United (MU) 2-1 pada aksi suku akhir di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.

TH beli bangunan pejabat RM1.3 bilion di London

Posted: 23 Jul 2022 08:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembelian bangunan pejabat enam tingkat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di London yang dimuktamadkan pada 12 Julai lalu dijangka memberi pulangan yang baik, sekali gus melindungi kepentingan serta memberi nilai tambah kepada pendepositnya.

RUU larang Ahli Parlimen tukar parti demi kestabilan politik

Posted: 23 Jul 2022 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang dijangka dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu ini adalah demi kestabilan politik negara.

TFC, Selangor buat perhitungan di separuh akhir

Posted: 23 Jul 2022 08:12 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) berjaya 'menggigit' skuad Kuching City FC (KCFC) 4-1 untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA menentang Selangor FC pada awal bulan depan.

Penang bangkit belasah Sri Pahang

Posted: 23 Jul 2022 08:04 AM PDT

Kuantan: Penang FC mara ke separuh akhir Piala FA selepas membelasah Sri Pahang FC 5-2 pada aksi suku akhir di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

PM, isteri hadir resepsi perkahwinan anak MB Perlis

Posted: 23 Jul 2022 08:08 AM PDT

KANGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, menghadiri resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man di Dewan 2020 malam ini.

TLDM usir lapan bot nelayan asing

Posted: 23 Jul 2022 08:05 AM PDT

LUMUT: Cubaan lapan bot nelayan asing (BNA) menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Perak, Kedah, berjaya dipatahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), petang tadi.

Selangor malukan Sabah di Likas

Posted: 23 Jul 2022 06:44 AM PDT

KOTA KINABALU: Selangor melangkah bergaya ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Likas, malam ini.

Mahkamah tolak kes wanita bujang dihalang beku sel telur

Posted: 23 Jul 2022 06:57 AM PDT

BEIJING: Mahkamah Beijing menolak kes seorang wanita yang sebelum ini dihalang daripada membekukan sel telurnya atas alasan beliau belum berkahwin.

'Berkat doa ibu selama sembilan bulan'

Posted: 23 Jul 2022 06:36 AM PDT

JOHOR BAHRU: "Saya bersyukur sangat, akhirnya Allah SWT makbulkan doa saya selama sembilan bulan untuk bertemu anak saya dalam keadaan apa cara pun dirinya," kata Azmawati Ab Kadir, 55.

Rangka dalam kereta tenggelam sungai dipercayai orang hilang 10 bulan lalu

Posted: 23 Jul 2022 06:28 AM PDT

KUANTAN: Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lalu.

Segerakan PRU-15, bentuk kerajaan stabil

Posted: 23 Jul 2022 05:45 AM PDT

PADANG BESAR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan bagi membentuk kerajaan yang stabil, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

5 maut dalam nahas di Lebuhraya Timur Barat

Posted: 23 Jul 2022 05:02 AM PDT

GERIK: Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan pacuan empat roda (4WD) berhampiran Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik, di sini, petang tadi.

'Keputusan BN bergerak solo mungkin berubah'

Posted: 23 Jul 2022 05:34 AM PDT

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan keputusan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan berubah mengikut situasi semasa dan kecenderungan untuk menang.

United gagal 'telan' Villa

Posted: 23 Jul 2022 06:53 AM PDT

PERTH: Jadon Sancho terus meledak gol namun Manchester United mensia-siakan kelebihan dua gol untuk menutup kempen pramusim mereka dengan keputusan 2-2 menentang Aston Villa, hari ini.

Penganjur, peserta himpunan akan dipanggil

Posted: 23 Jul 2022 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan terhadap Himpunan Turun Harga Barang yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), di sini, hari ini.

Jangan menari ikut pukulan gendang luar - Mohamad

Posted: 23 Jul 2022 03:58 AM PDT

ALOR SETAR: Kepimpinan tertinggi UMNO dinasihatkan tidak 'menari' mengikut pukulan gendang pihak luar yang mendakwa UMNO kini berpecah kepada beberapa kem.

3 maut serangan Russia di tengah Ukraine

Posted: 23 Jul 2022 06:34 AM PDT

KYIV: Serangan peluru berpandu Russia ke atas infrastruktur kereta api dan lapangan terbang tentera di tengah Ukraine hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut, termasuk seorang askar Ukraine, kata seorang gabenor wilayah.

Bomba selamatkan 4 wanita sesat daki Bukit Saga

Posted: 23 Jul 2022 06:10 AM PDT

AMPANG: Empat wanita diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas dilaporkan tersesat ketika mendaki Bukit Saga di sini, petang tadi.

Visa ahli perniagaan Malaysia dalam buruan dibatalkan, tunggu diusir

Posted: 23 Jul 2022 06:00 AM PDT

BANGKOK: Visa ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan, Teow Wooi Huat dibatalkan dan sedang menunggu untuk diusir keluar oleh pihak berkuasa Thailand.

Pengarah Urusan Iconic terima anugerah DGPN

Posted: 23 Jul 2022 05:57 AM PDT

GEORGETOWN: Pengarah Urusan Iconic Worldwide Bhd, pengilang sarung tangan dan pelitup muka pakai buang serta pemaju hartanah terkemuka, Datuk Tan Kean Tet akan menerima anugerah Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN).

Menteri di India didakwa terbabit penipuan pendidikan

Posted: 23 Jul 2022 05:53 AM PDT

KOLKATA: Seorang menteri kerajaan Bengal Barat ditahan agensi penyiasatan jenayah kewangan India selepas didakwa mengaut keuntungan menerusi pengambilan individu tidak berkelayakan bekerja di sekolah milik kerajaan.

Amaran buat pendekar, srikandi negara

Posted: 23 Jul 2022 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan silat negara dinasihatkan tidak memperlekeh kekuatan peserta negara luar di Kejuaraan Silat Dunia 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), minggu depan.

Bangladesh sambut baik keputusan ICJ teruskan kes genosid Rohingya

Posted: 23 Jul 2022 04:50 AM PDT

DHAKA: Bangladesh menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam, yang menolak bantahan awal Myanmar dan membenarkan kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) Rohingya yang difailkan oleh Gambia diteruskan.

Budak mangsa dera akan diletak di pusat jagaan JKM

Posted: 23 Jul 2022 04:35 AM PDT

ALOR SETAR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menempatkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang disyaki didera ibu angkatnya, di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Remaja parah melecur dibakar rakan

Posted: 23 Jul 2022 04:17 AM PDT

CHUKAI: Seorang remaja parah melecur pada bahagian leher dan badannya dipercayai dibakar beberapa rakannya dekat Perasing Jaya, Jabor Kemaman, semalam.

Aifa lebih teruja ke Birmingham

Posted: 23 Jul 2022 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kurang seminggu lagi sebelum Sukan Komanwel Birmingham 2022 membuka tirai secara rasmi pada 28 Julai ini dan bagi atlet skuasy wanita negara, Aifa Azman, dia kini sudah bersedia untuk mengharungi penyertaan kali kedua di temasya berkenaan.

Jelajah AKM Kelantan tingkat penggunaan digital rakyat

Posted: 23 Jul 2022 03:44 AM PDT

KOTA BHARU: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Peringkat Negeri Kelantan 2022 yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu sehingga esok berjaya membantu rakyat Kelantan meningkatkan ekonomi mereka menerusi penggunaan digital.

35 peratus pekerja ada kemahiran TVET menjelang 2030

Posted: 23 Jul 2022 03:42 AM PDT

SHAH ALAM: Peningkatan sebanyak 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi baharu yang berkemahiran Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) disasarkan dalam sektor ekonomi menjelang 2030.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template