Sunday, July 3, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


NSFC kecundang di Paroi

Posted: 03 Jul 2022 07:33 AM PDT

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila kecundang 0-1 di tangan Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, sebentar tadi.

Status Gergasi Pantai Timur milik TFC

Posted: 03 Jul 2022 08:11 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) mengesahkan statusnya sebagai Gergasi Pantai Timur selepas berjaya menjinakkan skuad Sri Pahang FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, sebentar tadi.

PH belum muktamad pengagihan kerusi PRU-15 - Mahfuz

Posted: 03 Jul 2022 08:38 AM PDT

IPOH: Pakatan Harapan (PH) belum memuktamadkan jumlah pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), termasuk yang ditinggalkan BERSATU.

KODIMAS, Ace Innovate Asia lancar aplikasi pelaburan emas digital

Posted: 03 Jul 2022 08:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Koperasi Digital Emas Bhd (KODIMAS) dengan kerjasama Ace Innovate Asia Bhd melancarkan aplikasi pelaburan emas digital patuh syariah yang dikenali sebagai KGOLD.

Cadang selesai isu rakyat, bukan bincang jawatan Kabinet - Shahril

Posted: 03 Jul 2022 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya melaporkan kepada Perdana Menteri dapatan atau cadangan bagi menangani isu rakyat, bukan membincangkan pelantikan jawatan baharu.

Pencemaran Sungai Chandong: Bukan dari kilang berhampiran

Posted: 03 Jul 2022 07:47 AM PDT

MARANG: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengenal pasti pencemaran di Air Sungai Chandong di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bukan dari kilang berhampiran sebaliknya berpunca daripada tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Penyamun mati tertetak peha sendiri

Posted: 03 Jul 2022 06:56 AM PDT

GOMBAK: Seorang lelaki warga asing mati selepas tertetak pehanya sendiri ketika bergelut dengan seorang lelaki yang mahu disamun di Taman Perindustrian Kepong (KIP) di sini, hari ini.

UPNM buat UM gigit jari

Posted: 03 Jul 2022 06:50 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melakar kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan, Universiti Malaya (UM) 1-0 pada final Karnival Futsal Wanita Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kelmarin.

Sri Lanka hampir kehabisan rizab bahan api

Posted: 03 Jul 2022 06:39 AM PDT

COLOMBO: Sri Lanka hari ini memaklumkan rizab bahan apinya berbaki kurang daripada sehari, sambil menyatakan pengangkutan awam terpaksa dihentikan susulan krisis ekonomi negara itu semakin meruncing.

PRU15: PAS belum ada keputusan muktamad isu logo

Posted: 03 Jul 2022 04:48 AM PDT

MARANG: PAS belum membuat keputusan muktamad berhubung logo yang akan digunakan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

30 askar Nigeria maut dalam serangan hendap

Posted: 03 Jul 2022 06:08 AM PDT

MAIDUGURI: Sekurang-kurangnya 30 askar Nigeria terbunuh dalam serangan hendap selepas kumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah lombong di kawasan Shiroro di negeri Niger awal minggu ini, menurut tiga sumber semalam.

Dakwaan pengamal media dikasari: Petugas UTK tidak terbabit - PDRM

Posted: 03 Jul 2022 05:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada petugas Unit Tindakhas (UTK) terbabit dalam kejadian tiga pengamal media mendakwa dikasari pada satu majlis di Kelantan, semalam.

Tok Mun meninggal dunia

Posted: 03 Jul 2022 05:16 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Tok Mun yang pernah menceriakan politik negara, meninggal dunia hari ini.

PAS enggan layan dakwaan menterinya 'cap ayam'

Posted: 03 Jul 2022 05:35 AM PDT

MARANG: PAS tidak terkesan dan enggan melayan dakwaan yang melabelkan menteri daripada parti itu sebagai 'cap ayam' sehingga menjadi beban besar kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kedah perlu beraksi seperti di Bali jumpa TFC

Posted: 03 Jul 2022 05:32 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC perlu mengekalkan prestasi terbaik seperti ketika mengungguli Kumpulan G saingan Piala AFC di Bali minggu lalu, apabila turun menentang Terengganu FC (TFC) pada pusingan kedua Piala FA di Gong Badak, Rabu ini.

Allee Putra sedia terima tawaran FAM wakili negara

Posted: 03 Jul 2022 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain muda, Allee Putra Azril berkata dia bersedia menyertai skuad bawah umur negara sekiranya mendapat panggilan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

'Tumpu kerja dulu, PRU fikir kemudian'

Posted: 03 Jul 2022 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, mengingatkan semua pihak berhenti daripada terus bertelagah dalam soal penganjuran Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang disifatkan beliau sebagai perbuatan membuang masa.

Pengampunan cukai Indonesia kesan AS$40 bilion aset tidak diisytihar

Posted: 03 Jul 2022 05:17 AM PDT

JAKARTA: Hampir ASS$40 bilion (RM176 bilion) aset tidak diisytihar dan hasil cukai tambahan sebanyak AS$4 bilion (RM17.6 bilion) dikesan hasil program pengampunan cukai yang dijalankan selama enam bulan.

Keputusan SVM Semester 4, PASM 2021 keluar esok

Posted: 03 Jul 2022 05:09 AM PDT

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) 2021, akan dikeluarkan, esok.

Warga emas maut, 6 cedera nahas treler dan lori

Posted: 02 Jul 2022 10:09 PM PDT

HULU SELANGOR: Seorang warga emas maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dengan lori di Kilometer 408.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Tanjung Malim-Lembah Beringin, di sini, awal pagi tadi.

SOP COVID-19 imarah masjid di Melaka dimansuh

Posted: 03 Jul 2022 05:00 AM PDT

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memansuhkan semua pekeliling dan prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan masjid dan surau berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan sebelum ini berkuatkuasa Jumaat lalu.

RM1.55 bilion peruntukan kawal hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai Terengganu

Posted: 03 Jul 2022 04:28 AM PDT

MARANG: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan RM1.55 bilion bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai dan pembangunan sungai di Terengganu.

Nelayan, pemancing jadi 'mata dan telinga' kesan kegiatan pencemaran di laut

Posted: 03 Jul 2022 04:15 AM PDT

MARANG: Nelayan dan pemancing diminta menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa dengan melaporkan segera sebarang kegiatan pencemaran di laut.

436 wanita antara 1,364 suspek ditahan terbabit keldai akaun

Posted: 03 Jul 2022 04:24 AM PDT

KUALA SELANGOR: Polis menahan 1,364 suspek dengan 436 daripadanya adalah wanita selepas dikesan terbabit dalam kegiatan sindiket keldai akaun di Selangor sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Gelaran Terbuka Malaysia suntik semangat Hoki-Kobayashi

Posted: 03 Jul 2022 04:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Juara beregu lelaki Terbuka Malaysia 2022 dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi mahu menjadikan detik kejuaraan ini sebagai salah satu penyuntik semangat buat mereka menjelang Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun Ogos ini.

Penunggang maut bertembung lori sampah

Posted: 03 Jul 2022 04:08 AM PDT

CHUKAI: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh lori sampah di Kilometer 11, Jalan Chukai-Ibok di Kemaman, hari ini.

Axelson dalam kelas tersendiri

Posted: 03 Jul 2022 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki Denmark, Victor Axelsen seperti berada 'dalam dunianya' tersendiri apabila meraih gelaran ketiga berturut-turut pada musim ini selepas menjuarai Terbuka Malaysia 2022, sebentar tadi.

Pelajar jalani PdPR di bawah pokok nangka cemerlang SPM

Posted: 03 Jul 2022 04:20 AM PDT

HULU BERNAM: Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah, Perak, Mohammad Syamil Hafizuddin Mohd Suhaimin, 18, membuktikan mampu mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini walaupun menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di bawah pokok nangka ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bina masa depan lestari menerusi program kitar semula

Posted: 03 Jul 2022 04:19 AM PDT

Kuala Lumpur: Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, Herbalife Nutrition mempergiatkan usaha kelestariannya dengan menganjurkan program kitar semula kanister pertama syarikat di Malaysia dan pelancaran inisiatif 'Simply Recycle' di Asia Pasifik.

Padah tiru kereta polis

Posted: 03 Jul 2022 03:39 AM PDT

PUTRAJAYA: Padah mengubahsuai kereta menyerupai kenderaan polis, seorang peniaga yang menyertai pameran kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang ditahan polis, semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template