BH Online - Terkini |
- Gambar satelit dedah jumlah kubur baharu meningkat di Ukraine
- Kontroversi komediri, Ogy anggap biadap
- Kuala Kedah dinaiki air
- Lindsay Gasik pemburu durian dari AS
- Soon Huat-Shevon akhiri badi, mara separuh akhir
- Wanita lihat anak saudara sudah kaku
- Gamel tinggalkan Pahang, Fandi disebut-sebut pengganti
- Wanita disyaki bunuh suami positif dadah
- Tiada jemaah haji Malaysia dijangkiti cacar monyet - Khairy
- Agenda mesyuarat diteruskan, cuma dengan pemilihan atau tanpa pemilihan
- India sahkan kes pertama cacar monyet
- Pasukan khas tangani tuntutan waris Sultan Sulu
- Bekas isteri Donald Trump meninggal dunia
- Selesai segera isu pelanggaran MoU
- Vinnytsia dibedil peluru berpandu Russia, 23 termasuk kanak-kanak maut
- Guna saluran diplomatik, undang-undang
- Ubah struktur ekonomi majukan B40
- 19 kematian orang kena tahan sejak Januari lalu
- Presiden China lawat wilayah diselubungi isu etnik Uighur
- Tajuddin akur keputusan kerajaan
- Tiga lagi direman kes tuntutan palsu, seleweng dana PenjanaKerjaya
- AirAsia X selesaikan 270,000 pembatalan tempahan
- Arab Saudi buka ruang udara kepada semua syarikat penerbangan
- Digi raih untung bersih lebih rendah, RM220.04 juta
- Pemilihan sedikit kecoh, AMK nafi halang perwakilan hadir kongres
- Larangan tembakau, vape perlu penyelesaian pragmatik
- HOPE tawar penyelesaian B40, M40 miliki rumah
- Perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai dibuka semula
- Perwakilan AMK, Wanita PKR undi pilih 20 pimpinan sayap pusat
- G20 digesa tingkat usaha tangani krisis ekonomi
| Gambar satelit dedah jumlah kubur baharu meningkat di Ukraine Posted: 15 Jul 2022 04:06 AM PDT KYIV: Gambar satelit dan imej mendedahkan peningkatan mendadak kubur baharu di kawasan yang dikuasai Russia di Ukraine, menurut laporan Pusat Ketahanan Maklumat (CIR). |
| Kontroversi komediri, Ogy anggap biadap Posted: 15 Jul 2022 04:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Fauziah Datuk Ahmad Daud, 60, menyokong gesaan agar kelab komedi yang terpalit dengan kontroversi persembahan komediri yang didakwa mempersendakan agama Islam, ditutup. |
| Posted: 15 Jul 2022 03:58 AM PDT ALOR SETAR: Sekitar jeti Kuala Kedah dinaiki air berikutan air pasang besar hari ini. |
| Lindsay Gasik pemburu durian dari AS Posted: 15 Jul 2022 03:55 AM PDT GEORGETOWN: Kali pertama menikmati durian di festival makanan vegetarian di Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada 2009, Lindsay Gasik, 33, menyifatkan bau raja buah itu sebagai aneh namun menarik perhatian. |
| Soon Huat-Shevon akhiri badi, mara separuh akhir Posted: 15 Jul 2022 03:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akhirnya berjaya menamatkan badi kekalahan di tangan pasangan Hong Kong, Tan Chun Man-Tse Ying Suet selepas menyingkirkan lawannya itu di suku akhir Terbuka Singapura, hari ini. |
| Wanita lihat anak saudara sudah kaku Posted: 15 Jul 2022 03:20 AM PDT BATU PAHAT: Seorang wanita tergamam melihat keadaan anak saudaranya yang terbujur kaku dilantai, di Taman Bukit Tropika Yong Peng, semalam. |
| Gamel tinggalkan Pahang, Fandi disebut-sebut pengganti Posted: 15 Jul 2022 03:27 AM PDT KUANTAN: Jodoh jurulatih berasal dari Perancis, Christophe Gamel bersama Sri Pahang FC tidak berpanjangan apabila dia dilepaskan daripada tugasnya selaku pembingan skuad Tok Gajah. |
| Wanita disyaki bunuh suami positif dadah Posted: 15 Jul 2022 03:10 AM PDT JOHOR BAHRU: Wanita yang ditahan selepas dipercayai memukul suaminya hingga mati di Flat Nipah, Taman Daya, di sini pagi tadi, didapati berada di bawah pengaruh dadah. |
| Tiada jemaah haji Malaysia dijangkiti cacar monyet - Khairy Posted: 15 Jul 2022 03:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia di Arab Saudi dijangkiti cacar monyet setakat ini. |
| Agenda mesyuarat diteruskan, cuma dengan pemilihan atau tanpa pemilihan Posted: 15 Jul 2022 03:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Sementara menunggu keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), UMNO akan meneruskan agenda mesyuarat parti dan kini sedang giat membuat persiapan untuk pelaksanaan mesyuarat cawangan yang dijangka pada September hingga pertengahan Oktober ini. |
| India sahkan kes pertama cacar monyet Posted: 15 Jul 2022 03:16 AM PDT NEW DELHI: India mengesahkan kes pertama cacar monyet selepas lelaki berusia 35 tahun dengan sejarah perjalanan ke Asia Barat menunjukkan gejala. |
| Pasukan khas tangani tuntutan waris Sultan Sulu Posted: 15 Jul 2022 02:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri menubuhkan pasukan khas bagi meneliti, memantau serta merangka tindakan undang-undang bagi menangani tuntutan waris Sultan Sulu terhadap kerajaan. |
| Bekas isteri Donald Trump meninggal dunia Posted: 15 Jul 2022 03:02 AM PDT Washington: Bekas isteri Donald Trump, Ivana Trump, meninggal dunia pada usia 73 tahun, lapor Sputnik. |
| Selesai segera isu pelanggaran MoU Posted: 15 Jul 2022 02:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri segera menyelesaikan isu berbangkit membabitkan memorandum persefahaman (MoU) pengambilan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia ke Malaysia. |
| Vinnytsia dibedil peluru berpandu Russia, 23 termasuk kanak-kanak maut Posted: 15 Jul 2022 02:54 AM PDT Kyiv: Serangan peluru berpandu Russia mengenai Vinnytsia di tengah Ukraine, semalam, yang didakwa meragut sekurang-kurang 23 nyawa termasuk tiga kanak-kanak. |
| Guna saluran diplomatik, undang-undang Posted: 15 Jul 2022 02:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mencari penyelesaian muktamad, termasuk melalui langkah diplomatik dan perbincangan dengan Kerajaan Filipina supaya tidak berlaku lagi sebarang tuntutan daripada waris Sultan Sulu terhadap Sabah pada masa depan. |
| Ubah struktur ekonomi majukan B40 Posted: 15 Jul 2022 02:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Pembaharuan struktur diperlukan di Malaysia untuk meningkatkan segmen B40 dan menangani ketidakpadanan kemahiran dalam pasaran tenaga kerja, kata Principal Asset Management Bhd. |
| 19 kematian orang kena tahan sejak Januari lalu Posted: 15 Jul 2022 02:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 kematian membabitkan orang kena tahan (OKT) disiasat Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) sejak penubuhan unit itu pada 1 Januari lalu hingga kini. |
| Presiden China lawat wilayah diselubungi isu etnik Uighur Posted: 15 Jul 2022 02:45 AM PDT Beijing: Presiden China, Xi Jinping, melakukan lawatan awam ke Xinjiang, lapor media negara ini, hari ini, iaitu kunjungan pertama beliau sejak kejadian tindakan keras di wilayah itu yang menyaksikan Beijing dituduh menahan lebih sejuta etnik Uighur dan minoriti Muslim lain di kem. |
| Tajuddin akur keputusan kerajaan Posted: 15 Jul 2022 02:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akur dengan apa sahaja keputusan kerajaan mengenai pelantikan beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. |
| Tiga lagi direman kes tuntutan palsu, seleweng dana PenjanaKerjaya Posted: 15 Jul 2022 02:40 AM PDT PUTRAJAYA: Tiga lagi individu termasuk seorang ketua kerani kanan dalam jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) membabitkan nilai keseluruhan kira-kira RM100 juta. |
| AirAsia X selesaikan 270,000 pembatalan tempahan Posted: 15 Jul 2022 02:36 AM PDT KUALA LUMPUR: AirAsia X (AAX), syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh setakat ini telah berjaya menyelesaikan lebih 270,000 tempahan yang dibatalkan akibat pandemik sejak dua tahun lalu. |
| Arab Saudi buka ruang udara kepada semua syarikat penerbangan Posted: 15 Jul 2022 02:34 AM PDT RIYADH: Arab Saudi hari ini mengumumkan penarikan balik sekatan, sekali gus membenarkan semua syarikat penerbangan untuk menggunakan ruang udara negara ini. |
| Digi raih untung bersih lebih rendah, RM220.04 juta Posted: 15 Jul 2022 02:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Digi.com Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM220.04 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 berbanding RM279.91 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. |
| Pemilihan sedikit kecoh, AMK nafi halang perwakilan hadir kongres Posted: 15 Jul 2022 02:26 AM PDT SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan sayap PKR itu menghalang ahli dan perwakilannya hadir dalam Kongres Nasional AMK 2022, sehingga mencetuskan perselisihan pagi tadi. |
| Larangan tembakau, vape perlu penyelesaian pragmatik Posted: 15 Jul 2022 02:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Advokasi Runcit dan Jenama Dagangan Malaysia (RTBA Malaysia), gabungan perniagaan, peruncit dan pemegang tanda dagangan yang bekerjasama untuk melindungi industri runcit dan pembekal di rantau Asia-Pasifik daripada kesan perlakuan jenayah, menyatakan kebimbangannya mengenai kelulusan Kabinet terhadap larangan tembakau dan vape di negara ini pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang. |
| HOPE tawar penyelesaian B40, M40 miliki rumah Posted: 15 Jul 2022 01:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Program Pemilikan Kediaman (HOPE) yang dilancarkan hari ini, menyediakan penyelesaian kepada golongan B40, M40 dan anak muda untuk memiliki kediaman, berlandaskan aspirasi Satu Keluarga, Satu Rumah. |
| Perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai dibuka semula Posted: 14 Jul 2022 11:46 PM PDT PADANG BESAR: Setelah dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19, perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai, Thailand dibuka semula, hari ini. |
| Perwakilan AMK, Wanita PKR undi pilih 20 pimpinan sayap pusat Posted: 15 Jul 2022 12:14 AM PDT SHAH ALAM: Lebih 900 perwakilan Wanita PKR dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengundi bagi memilih masing-masing 20 wakil untuk mengisi jawatan dalam barisan majlis pimpinan kedua-dua sayap itu di peringkat Pusat. |
| G20 digesa tingkat usaha tangani krisis ekonomi Posted: 14 Jul 2022 10:22 PM PDT NUSA DUA (INDONESIA): Indonesia menggesa pemimpin kewangan negara anggota Kumpulan 20 (G20) meningkatkan usaha menangani ancaman terhadap ekonomi global susulan peperangan antara Russia dengan Ukraine, bagi mengelakkan kemanusiaan dunia mengalami malapetaka akibat krisis itu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Inbox too full? | |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment