Tuesday, July 5, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jawatankuasa kaji keperluan peningkatan subsidi

Posted: 05 Jul 2022 02:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen bersetuju untuk mengkaji lebih mendalam peningkatan jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan terutama dalam sektor minyak, yang mencecah hampir RM30 bilion ketika ini.

Pengundi muda penentu nasib Erdogan kekal atau sebaliknya

Posted: 05 Jul 2022 02:55 AM PDT

ISTANBUL: Kira-kira enam juta pengundi muda yang kali pertama akan menjadi penentu sama ada Presiden Turli, Tayyip Erdogan meneruskan mandatnya sebagai Presiden bagi tiga dekad atau jawatan itu diterajui orang lain, sekali gus meletakkan Turki di bawah pemimpin berbeza.

BH bantu pacu kecemerlangan FELDA

Posted: 05 Jul 2022 02:36 AM PDT

BEHRANG: Akhbar Berita Harian (BH) diakui berperanan besar dalam membantu memacu kecemerlangan dan pembangunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di negara ini.

Projek tanaman durian bukan punca sepenuhnya kejadian kepala air

Posted: 05 Jul 2022 01:55 AM PDT

BALING: Projek tanaman durian Musang King di puncak Gunung Inas tidak boleh dianggap sebagai punca utama berlaku kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, di sini, semalam.

Syed Saddiq arah lupus RM1 juta

Posted: 05 Jul 2022 02:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengarahkan Bendahari Armada BERSATU, Rafiq Hakim Razali untuk 'melupuskan' wang RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun parti.

JPA tegaskan cadangan waktu bekerja empat hari seminggu hanya di peringkat kajian

Posted: 05 Jul 2022 02:43 AM PDT

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan bahawa cadangan waktu bekerja empat hari seminggu adalah di peringkat penelitian dan kajian sahaja.

Pesara wanita rugi RM264,950 diperdaya Macau Scam

Posted: 05 Jul 2022 01:45 AM PDT

SIBU: Seorang pesara wanita kerugian RM264,950 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, yang menyamar sebagai pegawai pejabat Pos dan pegawai polis Sabah.

Guru diperintah bela diri, tuduhan paksa murid buat oral seks

Posted: 05 Jul 2022 02:36 AM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini, memerintahkan seorang guru membela diri atas pertuduhan memaksa tiga murid perempuan melakukan seks oral terhadapnya hampir enam tahun lalu.

'Saya tak berdendam dengan menantu dan besan'

Posted: 05 Jul 2022 01:00 AM PDT

JOHOR BAHRU: Keluarga mangsa insiden bunuh isteri dan bayi lelaki, semalam tidak menyimpan dendam dan sudah memaafkan suspek serta keluarganya.

Ain sahut cabaran kendali Melodi

Posted: 05 Jul 2022 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Silih berganti hos program hiburan nombor satu, Melodi yang bersiaran di TV3 bertukar tangan.

Amazfit T Rex 2 jam pintar baru aktiviti lasak ekstrim

Posted: 05 Jul 2022 02:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lebih kurang sebulan yang lalu Zepp Health Corporation (Zepp Health) telah memperkenalkan siri jam tangan pintar mewah iaitu Amazfit T-Rex Pro dan kini sebuah lagi model baru iaitu adiknya Amazfit T-Rex 2 yang menampilkan ciri-ciri lagi 'ganas" dan 'gila' khususnya untuk penggemar aktiviti lasak.

MUIS dapatkan pandangan JAKIM, Majlis Tertinggi Islam Australia

Posted: 05 Jul 2022 02:27 AM PDT

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan mendapatkan pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pengesahan Majlis Islam Tertinggi bagi Daging Halal di Australia (SICHMA) sebelum memutuskan untuk menghentikan penggunaan dan import produk daging daripada pusat penyembelihan Thomas Foods International Lobethal (TFIL),

Pengusaha bakeri rugi lebih RM200,000, kedai dihanyutkan kepala air

Posted: 05 Jul 2022 02:26 AM PDT

BALING: Seorang pengusaha bakeri kerugian lebih RM200,000 selepas kedainya di Lata Celak, Kampung Iboi, di sini, ranap dan dihanyutkan kepala air, petang semalam.

Saya bersangka baik dengan setiausaha eksekutif saya: Ahmad Zahid

Posted: 05 Jul 2022 02:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi, hari ini, beliau sememangnya tiada halangan untuk menghubungi pihak bank bagi mendapatkan penyata kad kreditnya, namun tidak dapat berbuat demikian kerana sibuk menguruskan hal ehwal negara.

Kaut untung berlebihan seludup minyak bersubsidi ke Thailand

Posted: 05 Jul 2022 01:32 AM PDT

BACHOK: Permintaan tinggi dan perbezaan harga yang ketara antara penyumbang utama berlakunya ketirisan minyak masak subsidi ke Thailand.

Tentera Darat sedia bantu tangani isu ketirisan barang bersubidi

Posted: 05 Jul 2022 02:10 AM PDT

SIBU: Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi 31 Briged Infantri Malaysia bersedia menggerakkan anggota bagi membantu menangani masalah ketirisan barangan bersubsidi.

PROTON sasar keluar 180,000 enjin 1.5L TGDi setahun

Posted: 05 Jul 2022 01:04 AM PDT

TANJUNG MALIM: Proton Holdings Bhd (PROTON) menjangkakan penghasilan enjin 1.5L TGDi di kilangnya di Tanjung Malim akan mencapai kapasiti tahunan 180,000 unit dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun lagi.

Waris Mat Kilau 'terjah' panggung

Posted: 05 Jul 2022 02:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tular di TikTok, video yang memaparkan sekumpulan menggelarkan diri mereka sebagai waris Mat Kilau hadir ke panggung wayang dan menempah satu dewan untuk menonton filem Mat Kilau bersama-sama.

Tipu bida, 8 syarikat IT kena penalti lebih RM1.5 juta

Posted: 05 Jul 2022 12:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lapan syarikat berkaitan teknologi maklumat (IT) dikenakan penalti kewangan berjumlah RM1,548,192.36 selepas didapati terbabit dalam aktiviti tipuan bida membabitkan empat projek berasingan di sebuah institusi pengajian tinggi.

Jin Wei mara ke pusingan pertama

Posted: 05 Jul 2022 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain wanita perseorangan profesional negara, Goh Jin Wei menyifatkan dirinya 'tidak lagi sama' seperti ketika dia meraih tempat ketiga di Masters Malaysia tiga tahun lalu.

QGB ketuai perlombongan bijih besi di Dungun

Posted: 05 Jul 2022 01:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Qew Group Bhd (QGB) menjalin kerjasama strategik dengan tiga syarikat bagi melaksanakan aktiviti perlombongan bijih besi di Dungun, Terengganu dengan Kos Pembangunan Kasar (GDC) sebanyak RM800 juta.

PM sedih, simpati tragedi di Baling, arah bantu segera mangsa

Posted: 04 Jul 2022 11:55 PM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa sedih dan simpati dengan bencana banjir di Baling, Kedah yang mengakibatkan tiga nyawa disahkan terkorban setakat ini.

Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin COVID-19 kepada pengembara

Posted: 05 Jul 2022 01:36 AM PDT

HONG KONG: Kerajaan akan mengkaji keperluan bagi memendekkan tempoh kuarantin COVID-19 bagi pengembara dan pada masa sama terus berusaha mengekang penularan virus itu bagi memastikan hospital tidak menerima beban kes tinggi, kata Ketua Eksekutif baharu, John Lee.

Terkilan tak sempat tunaikan permintaan arwah isteri

Posted: 05 Jul 2022 01:09 AM PDT

BALING: "Saya bersyukur apabila jasad ketiga-tiga orang yang saya sayang ditemukan tak sampai 24 jam dalam keadaan sempurna oleh pasukan penyelamat hari ini.

Suspek bunuh isteri, bayi bebas dadah

Posted: 04 Jul 2022 10:18 PM PDT

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan suspek dalam insiden bunuh isteri dan bayi lelakinya semalam bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Banjir di Baling: JAKIM diarah segera selaras bantuan Musa'adah

Posted: 04 Jul 2022 07:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff untuk segera menyelaras bantuan Musa'adah jabatan itu kepada mangsa banjir di Baling, Kedah.

Peniaga cadang beri pelajar kupon diskaun

Posted: 04 Jul 2022 11:51 PM PDT

GEORGETOWN: Peniaga makanan mencadangkan Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan kupon diskaun kepada pelajar dan memberi subsidi kepada pengusaha, bagi membolehkan menu terbaik pada harga siling RM3.50.

UPSI sedia juadah 'lunch, dinner' RM5

Posted: 04 Jul 2022 11:27 PM PDT

TANJUNG MALIM: Selepas menyediakan sarapan RM3.50, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengambil inisiatif baharu membantu pelajar dengan mengadakan menu makanan tengah hari dan malam yang berharga cuma RM5 sahaja.

Wanita dibunuh ketika disamun

Posted: 05 Jul 2022 01:22 AM PDT

BERA: Seorang wanita berusia 52 tahun ditemui mati selepas dipercayai dibunuh ketika dia dan suaminya disamun di sebuah rumah di Felda Mengkuang, di sini, pagi ini.

UniMAP bantu lebih 21,000 pelajar

Posted: 05 Jul 2022 01:21 AM PDT

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan Insentif Khas Kasih UniMAP, bagi mengurangkan beban kenaikan kos makanan dalam kalangan pelajar.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template