BH Online - Terkini |
- Ronaldo tidak ikut United ke Thailand, Australia
- Turkiye hasrat lancar vaksin Turkovac di Malaysia
- Dua remaja maut motosikal terbabas
- 380 bakal haji terkandas di KLIA
- Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama komprehensif
- Banjir di Baling: 591 mangsa di tiga PPS
- Waris mangsa kepala air terima pencen penakat
- Potensi untuk Turkiye tingkatkan import minyak sawit Malaysia
- KBS sedia terima cadangan demi pembangunan sukan negara
- Skuad negara terima tamparan hebat Masters Malaysia
- PDRM gerakkan pelbagai elemen bantu mangsa banjir Baling
- Rumah musnah dipercayai dibakar jiran
- MTFTA bakal tingkat kerjasama perdagangan dua hala
- Perkukuh kerjasama tangani isu keselamatan makanan
- Apa perlu kerajaan buat untuk kawal harga barang
- PM ucap selamat ulang tahun ke-66 FELDA
- Lantik PM sementara ganti tempat Boris Johnson
- MSC kini dikenali Persekutuan Sepaktakraw Malaysia atau MASTAF
- Sektor penerbangan pulih, trafik penumpang cecah 8.7 juta
- 'Patatimo Boys' mara suku akhir Masters Malaysia
- Warga kita di Singapura dinasihat berhati-hati
- Raya Airways pajak empat pesawat Airbus
- Grab perkenal khidmat tempah bas, feri
- Nafuzi julang skuad Penyu selepas singkir Kedah
- Atlet triatlon negara tak perlu gentar di Birmingham
- Israel minta Arab Saudi benarkan jemaah haji terbang terus dari Tel Aviv
- Infineon labur RM8 bilion di Kulim
- DBKL kaji cadangan KLFA berkaitan stadium di Cheras
- Arcadin nafi abai Stadium KLFA, patuhi piawaian AFC
- Liu Ying-Joo Ven kini hanya fokus Terbuka Singapura
| Ronaldo tidak ikut United ke Thailand, Australia Posted: 07 Jul 2022 03:32 PM PDT LONDON: Cristiano Ronaldo tidak akan bersama Manchester United bagi jelajah pramusim di Thailand dan Australia selepas penyerang Portugal itu diberikan rehat tambahan untuk menyelesaikan isu keluarga. |
| Turkiye hasrat lancar vaksin Turkovac di Malaysia Posted: 07 Jul 2022 09:05 AM PDT ANKARA: Turkiye berharap peningkatan hubungannya dengan Malaysia kepada perkongsian strategik yang menyeluruh akan terus memperkukuh kerjasama ekonomi dan komersial termasuk pembangunan vaksin. |
| Dua remaja maut motosikal terbabas Posted: 07 Jul 2022 08:37 AM PDT TAIPING: Dua remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggang mereka terbabas di Kilometer 206.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, malam tadi. |
| 380 bakal haji terkandas di KLIA Posted: 07 Jul 2022 08:24 AM PDT SEPANG: Kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak pagi tadi dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan. |
| Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama komprehensif Posted: 07 Jul 2022 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia dan Tukiye bersetuju untuk memperkukuh kerjasama ke tahap perkongsian strategik komprehensif dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan, minyak sawit, pendidikan dan pertahanan. |
| Banjir di Baling: 591 mangsa di tiga PPS Posted: 07 Jul 2022 08:17 AM PDT BALING: Seramai 591 mangsa banjir masih berada di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga jam 8 malam tadi. |
| Waris mangsa kepala air terima pencen penakat Posted: 07 Jul 2022 07:37 AM PDT BALING: Waris tiga sekeluarga yang meninggal dunia akibat dihanyutkan fenomena kepala air di Kampung Iboi, Kupang layak menerima faedah pengurusan jenazah serta faedah pencen penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). |
| Potensi untuk Turkiye tingkatkan import minyak sawit Malaysia Posted: 07 Jul 2022 07:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Potensi untuk Turkiye meningkatkan import minyak sawit Malaysia menjadi satu agenda penting dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. |
| KBS sedia terima cadangan demi pembangunan sukan negara Posted: 07 Jul 2022 07:13 AM PDT PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa mengalu-alukan cadangan kertas kerja atau permohonan dana yang ingin dibentang oleh mana-mana pihak persatuan sukan demi pembangunan sukan tanah air. |
| Skuad negara terima tamparan hebat Masters Malaysia Posted: 07 Jul 2022 06:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Kem badminton Malaysia menerima tamparan hebat selepas tiada seorang pun pemain perseorangan negara sama ada lelaki atau wanita melangkah ke suku akhir Masters Malaysia, di sini esok. |
| PDRM gerakkan pelbagai elemen bantu mangsa banjir Baling Posted: 07 Jul 2022 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Selaras dengan cogan kata 'Boleh Digerakkan Dalam Apa Jua Keadaan' Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan pelbagai penugasan terutama dalam Op Bantu terhadap mangsa banjir di Kampung Iboi, Baling, Kedah. |
| Rumah musnah dipercayai dibakar jiran Posted: 07 Jul 2022 06:26 AM PDT TUMPAT: Sepasang suami isteri warga emas terselamat daripada rumah yang terbakar, dipercayai akibat perbuatan khianat jiran. |
| MTFTA bakal tingkat kerjasama perdagangan dua hala Posted: 07 Jul 2022 05:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turkiye sedang dalam proses akhir bagi memuktamadkan peluasan skop Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA), kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. |
| Perkukuh kerjasama tangani isu keselamatan makanan Posted: 07 Jul 2022 05:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turkiye hari ini bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi serta stabil. |
| Apa perlu kerajaan buat untuk kawal harga barang Posted: 07 Jul 2022 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meneruskan pengurusan kadar inflasi yang baik meskipun inflasi di negara ini masih antara terendah di ASEAN, bagi memastikan rakyat mampu mengharungi cabaran peningkatan kos sara hidup, yang turut dihadapi seluruh dunia ketika ini. |
| PM ucap selamat ulang tahun ke-66 FELDA Posted: 07 Jul 2022 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat ulang tahun ke-66 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), hari ini. |
| Lantik PM sementara ganti tempat Boris Johnson Posted: 07 Jul 2022 06:16 AM PDT LONDON: Tempat Boris Johnson selaku Perdana Menteri Britain sepatutnya digantikan secepat mungkin bagi mengelakkan beliau kekal sebagai ketua sementara sehingga penggantinya ditemui, kata beberapa ahli Parlimen Parti Konservatif hari ini. |
| MSC kini dikenali Persekutuan Sepaktakraw Malaysia atau MASTAF Posted: 07 Jul 2022 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) menjalani proses penjenamaan semula selepas hanya lima bulan diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Februari lalu. |
| Sektor penerbangan pulih, trafik penumpang cecah 8.7 juta Posted: 07 Jul 2022 06:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Jumlah trafik penumpang udara bagi suku pertama 2022 mencapai 8.7 juta, jumlah tertinggi sejak pandemik bermula, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). |
| 'Patatimo Boys' mara suku akhir Masters Malaysia Posted: 07 Jul 2022 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri menewaskan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-18, 21-14 pada pusingan kedua |
| Warga kita di Singapura dinasihat berhati-hati Posted: 07 Jul 2022 05:52 AM PDT BAGAN SERAI: Rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura dinasihatkan lebih berhati-hati berikutan negara itu telah merekodkan kes cacar monyet pertama membabitkan rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. |
| Raya Airways pajak empat pesawat Airbus Posted: 07 Jul 2022 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengendali kargo udara serantau Raya Airways Sdn Bhd akan memajak empat pesawat Airbus berbadan sempit jenis pesawat penumpang ke pesawat kargo daripada perniagaan pengurusan aset penerbangan ST Engineering. |
| Grab perkenal khidmat tempah bas, feri Posted: 07 Jul 2022 05:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Grab Malaysia melancarkan 'Grab Intercity', perkhidmatan yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk membeli tiket bas dan feri di aplikasi Grab. |
| Nafuzi julang skuad Penyu selepas singkir Kedah Posted: 07 Jul 2022 05:45 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tabik dengan karakter pemainnya yang beraksi tenang dan cemerlang ketika menundukkan Kedah Darul Aman FC pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, semalam. |
| Atlet triatlon negara tak perlu gentar di Birmingham Posted: 07 Jul 2022 05:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Jurulatih triatlon negara, Albert Tan Yi Wei mahu anak buahnya, Isaac Tan Zhen Wei dan Chong Xian Hao tidak gentar serta mengekalkan prestasi baik walaupun bakal berdepan nama-nama besar acara itu pada Sukan Komanwel Birmingham bermula 28 Julai ini. |
| Israel minta Arab Saudi benarkan jemaah haji terbang terus dari Tel Aviv Posted: 07 Jul 2022 05:20 AM PDT BAITULMAQDIS: Menteri kerjasama serantau Israel hari ini berkata, beliau telah meminta Arab Saudi untuk menerima penerbangan terus dari Tel Aviv untuk jemaah haji Islam, menunjukkan kemungkinan kerjasama baharu di Riyadh menjelang lawatan minggu depan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden. |
| Infineon labur RM8 bilion di Kulim Posted: 07 Jul 2022 05:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian semikonduktor, Infineon akan melabur lebih RM8 bilion untuk membina modul fabrikasi wafer di Kulim, menambah kapasiti pengeluaran yang ketara dalam semikonduktor kuasa. |
| DBKL kaji cadangan KLFA berkaitan stadium di Cheras Posted: 07 Jul 2022 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula rasional pemberian hak pengurusan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras kepada sebuah syarikat swasta. |
| Arcadin nafi abai Stadium KLFA, patuhi piawaian AFC Posted: 07 Jul 2022 04:59 AM PDT KUALA LUMPUR: 'Penjaga' Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Arcadin Services Sdn Bhd menegaskan pihaknya sentiasa serius dan berusaha keras bagi memastikan kemudahan stadium berkenaan berada pada tahap terbaik. |
| Liu Ying-Joo Ven kini hanya fokus Terbuka Singapura Posted: 07 Jul 2022 04:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Belum ada perancangan kejohanan diatur untuk disertai beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying-Soong Joo Ven selepas mereka tersingkir di pusingan pertama Masters Malaysia 2022, semalam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment