Wednesday, July 31, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Lebih 150 hospital diiktiraf Hospital Rakan Bayi

Posted: 31 Jul 2019 10:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 157 hospital merangkumi 137 hospital kerajaan dan 20 hospital swasta mendapat pengiktirafan Hospital Rakan Bayi setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Agong terima kejutan Hari Keputeraan

Posted: 31 Jul 2019 09:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini, sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-60.

Trio Reds sertai Ronaldo, Messi

Posted: 31 Jul 2019 10:08 AM PDT

LONDON: Trio Liverpool, Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Sadio Mane menyertai nama biasa Cristiano Ronaldo serta Lionel Messi bagi senarai pendek anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA, umum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.

Tiga pelajar Malaysia kuasai pertandingan di Korea Selatan

Posted: 31 Jul 2019 09:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar Malaysia dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang, memenangi anugerah utama pasukan terbaik pada pertandingan Olimpiad Standard Antarabangsa ke-14 di Anseong, Korea Selatan.

Zizie Ezette tak serah semua pada pengasuh

Posted: 30 Jul 2019 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Zizie Ezette, menepis dakwaan segelintir pihak yang menganggap, dia terlalu bergantung kepada pengasuh, terutama dalam urusan berkaitan penjagaan anak.

Shenty Feliziana teruja sambut anak sulung

Posted: 31 Jul 2019 12:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon yang juga bekas pengacara program hiburan, Shenty Feliziana selamat melahirkan bayi lelaki sulung pada 28 Julai lalu.

'Maaf... Ara janji tak buat lagi'

Posted: 31 Jul 2019 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ara Johari, menghargai segala teguran yang diberikan, malah berjanji untuk tidak lagi terjebak melakukan cabaran yang membahayakan kesihatan dan diri.

Zara Zya tak harap tajaan untuk kahwin

Posted: 30 Jul 2019 10:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Meskipun perancangan untuk mendirikan rumah tangga terpaksa ditunda ke tahun hadapan gara-gara jadual kerja terlalu padat, pelakon Zara Zya mengakui, dia dan kekasihnya, Hafreez Adam tetap berusaha merealisasikan impian suci mereka.

Iran cuba cabar tentera laut Britain di Teluk

Posted: 31 Jul 2019 07:12 AM PDT

LONDON: Tehran dilihat seolah-olah mencabar tentera laut Britain, menurut komander negara itu yang mengiringi kapal negara terbabit di Selat Hormuz, hari ini.

3 pesalah Aceh disebat 100 kali kerana berzina

Posted: 31 Jul 2019 07:30 AM PDT

LHOKSEUMAWE: Tiga orang dirotan 100 kali di khalayak ramai di Aceh, hari ini, selepas didapati bersalah atas kesalahan zina.

12 maut akibat banjir di Karachi

Posted: 31 Jul 2019 08:06 AM PDT

KARACHI: Sekurang-kurangnya 12 maut ketika hujan lebat akibat monsun melanda bandar pelabuhan Pakistan di sini, kata pihak berkuasa dan kumpulan kebajikan, turut menyebabkan bekalan kuasa terputus.

Korea Utara lancar roket lagi

Posted: 30 Jul 2019 04:40 PM PDT

SEOUL: Korea Utara melancarkan beberapa roket tidak dikenali hari ini, kata Korea Selatan, beberapa hari selepas membedil dua peluru berpandu balistik sebagai amaran kepada negara jirannya itu berhubung latihan perang bersama dengan Amerika Syarikat.

Zii Jia dipaksa bekerja keras, Soniia idam kejutan

Posted: 31 Jul 2019 08:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia cemas sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua Terbuka Thailand di Bangkok, hari ini.

Jordan ganti UAE

Posted: 31 Jul 2019 08:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya akan melayan kunjungan Jordan pada aksi persahabatan yang dijangka berlangsung di ibu negara pada 30 Ogos ini.

Maloney 'pening kepala'

Posted: 31 Jul 2019 08:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Brad Maloney mengakui masih perlu menilai secara terperinci sebelum membuat pilihan senarai 23 pemain terbaik yang akan membawa cabaran negara ke Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam, 5 hingga 19 Ogos ini.

Tiada lagi pengadil import selepas ini - FAM

Posted: 30 Jul 2019 04:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak bercadang menjadikan penggunaan pengadil import pada final sesuatu pertandingan domestik sebagai tradisi.

Sofi Jikan dipenjara 12 bulan

Posted: 31 Jul 2019 08:06 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun lalu.

Puding Diraja Pahang menu istimewa Majlis Santapan Diraja

Posted: 31 Jul 2019 08:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Makanan tradisional Melayu sentuhan peribadi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menjadi antara hidangan pencuci mulut istimewa Majlis Santapan Diraja di Istana Negara, malam ini.

Lori rosak undang ajal

Posted: 31 Jul 2019 09:00 AM PDT

HULU SELANGOR: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah lori berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 406.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dari Tanjung Malim ke Lembah Beringin, di sini, hari ini.

Bapa Zulfarhan menangis, sujud syukur keputusan mahkamah

Posted: 30 Jul 2019 09:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bapa Zulfarhan Osman Zulkarnain menangis sambil sujud syukur sebaik saja selesai prosiding akhir pendakwaan kes kematian Pegawai Kadet Laut itu di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Super KIP kembali beraksi

Posted: 31 Jul 2019 07:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas terlepas enam pusingan perlumbaan, pelumba Moto2 Malaysia Khairul Idham Pawi akan kembali beraksi pada Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Automotodrom Brno, hujung minggu ini.

Saman tak dapat lihat aksi Ronaldo

Posted: 31 Jul 2019 07:22 AM PDT

LONDON: Kegagalan Cristiano Ronaldo untuk beraksi di atas padang pada aksi persahabatan Juventus di Korea Selatan baru-baru ini mengakibatkan peminat bertindak menyaman penganjur perlawanan.

Malaysia, Filipina kerjasama bidang penjagaan kesihatan

Posted: 31 Jul 2019 07:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Filipina bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang penjagaan kesihatan melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di sini, hari ini.

3 pemandu bot dikhuatiri hilang

Posted: 31 Jul 2019 07:12 AM PDT

DUNGUN: Tiga pemandu bot termasuk seorang pekerja sebuah resort di Pulau Tenggol dikhuatiri hilang di Perairan Kuala Dungun di sini, hari ini.

Menghitung detik ulang tahun pertama Ainul Mardhiah

Posted: 31 Jul 2019 05:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin terus berada dalam keadaan yang sihat dan stabil dengan ibu bapanya menunggu detik merakam sambutan hari kelahiran pertama puteri sulung mereka itu dalam tempoh 13 hari lagi.

'Wang tunai lagi? Aiyo!'

Posted: 31 Jul 2019 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berjuta-juta ringgit dalam bentuk wang tunai didepositkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak dari Jun 2014 hingga Mac 2015, walaupun diingatkan oleh pegawai bank mengenai kemungkinan mencetuskan amaran mengenai pengubahan wang haram, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

15 pendatang Habsyah maut di tengah laut

Posted: 31 Jul 2019 06:30 AM PDT

DUBAI : Sekurang-kurangnya 15 pendatang Habsyah maut selepas bot yang dinaiki rosak, menyebabkan mereka terkandas di Teluk Aden selama seminggu tanpa bekalan makanan atau minuman.

HAZMAT pantau sisa buangan dipercayai bahan kimia di Bedong

Posted: 31 Jul 2019 06:20 AM PDT

SUNGAI PETANI: Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memantau pencemaran sisa buangan dipercayai bahan kimia di ladang kelapa sawit di Kampung Baru, Bedong di sini, hari ini.

Pemandu e-hailing didakwa perdagang 11 wanita asing

Posted: 31 Jul 2019 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu e-hailing sambilan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini atas 11 pertuduhan memperdagangkan 10 wanita warga Bangladesh dan seorang wanita warga India bagi maksud eksploitasi seks.

UiTM FC sedia aibkan JDT

Posted: 31 Jul 2019 06:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pertemuan menentang juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak menggentarkan UiTM FC pada aksi pertama saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini.
Teruskan Bacaan...

Tuesday, July 30, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Malaysia kini pengeksport minyak sawit terbesar ke India

Posted: 30 Jul 2019 08:09 AM PDT

MUMBAI: Malaysia bakal mengatasi Indonesia sebagai pembekal utama minyak sawit ke India, tahun ini, ketika New Delhi mengenakan cukai import lebih rendah terhadap minyak sawit bertapis dari Malaysia yang memberikan Kuala Lumpur kelebihan berbanding Jakarta, menurut pegawai perdagangan.

LRA Sungai Johor kembali beroperasi

Posted: 30 Jul 2019 08:58 AM PDT

JOHOR BAHRU: Lebih 170,000 pengguna di 50 kawasan sekitar bandar raya ini mula menerima bekalan air secara berperingkat malam ini berikutan kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor siap lebih awal.

'Raja Gasing' sudah tiada

Posted: 30 Jul 2019 08:47 AM PDT

MELAKA: Pengerusi Badan Kesenian Babah-Nyonyah (KEBAYA) yang juga dikenali sebagai 'Raja Gasing', Koh Kim Bok, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Bukit Rambai, di sini, awal pagi tadi.

Raja Salman taja 20 jemaah Malaysia tunai haji

Posted: 30 Jul 2019 08:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menaja 20 jemaah Malaysia untuk menunaikan haji di bawah program Tetamu Raja Arab Saudi 2019 (Istidhofah).

Derita 'anu' tersepit dalam lubang gigi daun gear

Posted: 30 Jul 2019 07:54 AM PDT

KUALA KRAI: Anggota bomba mengambil masa lebih 20 minit untuk mengeluarkan kemaluan seorang lelaki yang tersepit dalam lubang gigi daun gear di sini, petang tadi.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> EKSKLUSIF: Tawaran harga menarik tanah Kampung Baru

Posted: 30 Jul 2019 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal mengemukakan tawaran harga menarik untuk membeli tanah milik penduduk di Kampung Baru dalam pertemuan yang akan diadakan pada September ini.

Kematian orang awam di Afghanistan meningkat - PBB

Posted: 30 Jul 2019 06:42 AM PDT

KABUL: Sekurang-kurangnya 3,812 orang awam terbunuh atau cedera untuk separuh tahun pertama 2019 semasa peperangan menentang kumpulan militan selain peningkatan jumlah korban akibat dibedil tentera kerajaan dan tentera asing, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Adik pengebom konsert Ariana Grande dibicara November nanti

Posted: 30 Jul 2019 06:40 AM PDT

LONDON: Adik kepada pengebom Arena Manchester, Salman Abedi akan dibicarakan pada November selepas proses ekstradisi dari Libya atas serangan pada 2017 yang meragut 22 nyawa.

Pelatih Kolej Vokasional ditemui lemas

Posted: 30 Jul 2019 12:55 AM PDT

ALOR GAJAH: Pelatih Kolej Vokasional Ranaco, Terengganu yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut ketika mahu berpindah kapal di Kuala Linggi malam kelmarin ditemui lemas hari ini.

Tahanan kem Xinjiang sudah kembali dalam masyarakat - China

Posted: 30 Jul 2019 06:00 AM PDT

BEIJING: Majoriti penduduk yang dihantar ke pusat tahanan mega di rantau Xinjiang, China sudah 'kembali ke dalam masyarakat', kata seorang pegawai kanan dari rantau itu hari ini, namun enggan memberi anggaran jumlah yang ditahan sejak beberapa tahun lalu.

Rafiq raih emas kedua

Posted: 30 Jul 2019 06:16 AM PDT

PETALING JAYA: Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail terus menyerlah apabila merangkul pingat emas kedua pada Kejohanan Boling Antara Negeri edisi ke-32 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway, hari ini.

&#039;Saya masih berharap&#039;

Posted: 29 Jul 2019 09:12 PM PDT

ALOR Gajah: "Kalau ikutkan naluri, biarlah rahsia namun saya masih menaruh harapan anak masih hidup," kata Salamah Sulai.

Budak lemas selepas terjatuh

Posted: 30 Jul 2019 06:00 AM PDT

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun lapan bulan lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Menghulu, di sini, hari ini.

SMAZA menang emas di Korea Selatan, cipta alat pemadam kotoran

Posted: 30 Jul 2019 02:09 AM PDT

KUALA NERUS: Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAZA) mencatat sejarah apabila memenangi pingat emas pada World Invention Creativity Olympic Setec, Korea Selatan, yang berlangsung pada 24 hingga 27 Julai lalu.

Ronaldinho dilanda krisis kewangan

Posted: 29 Jul 2019 09:45 PM PDT

SAO PAULO, Brazil: Mahkamah di selatan Brazil menghalang bekas pemain Barcelona, Ronaldinho daripada menjual 57 aset hartanahnya berikutan kegagalan membayar denda membabitkan alam sekitar dan hutang-hutang lain, lapor akhbar Brazil, semalam.

Hampir satu per tiga penduduk Afrika Selatan menganggur

Posted: 30 Jul 2019 05:39 AM PDT

PRETORIA: Kadar pengangguran di Afrika Selatan meningkat kepada 29 peratus, ia adalah kadar tertinggi, sejak tinjauan suku tahun pekerjaan negara itu diperkenalkan, 11 tahun lalu.

Ikrar Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16

Posted: 29 Jul 2019 08:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini selamat ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang, lambang kemegahan sistem raja berperlembagaan yang menjadi amalan di negara ini.

Ramalan pengetua benar

Posted: 30 Jul 2019 05:22 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Pembabitan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam politik menepati ramalan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mertajam yang mengatakan beliau akan menjadi seorang ahli politik.

Bekas datuk bandar Tehran dihukum mati bunuh isteri

Posted: 30 Jul 2019 04:58 AM PDT

TEHRAN: Bekas datuk bandar Tehran, Mohammad Ali Najafi dijatuhkan hukuman mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh isterinya, kata mahkamah hari ini selepas selesai kes profil tinggi yang mendapat liputan meluas media itu.

Bekerjasama dengan Turki satu peluang keemasan - Mohamad Sabu

Posted: 30 Jul 2019 03:37 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan Turki dalam usaha untuk memperhebatkan lagi industri pertahanan negara melalui penghasilan produk ketenteraan sendiri.

Vietnam rampas 30 tenggiling hidup

Posted: 30 Jul 2019 04:13 AM PDT

HANOI: Pihak berkuasa Vietnam berjaya merampas 30 ekor tenggiling hidup yang diseludup dari Laos dan disembunyikan dalam sebuah bas di tengah Vietnam, semalam.

Pembonceng maut

Posted: 30 Jul 2019 04:09 AM PDT

BATU GAJAH: Seorang wanita yang juga pembonceng, maut apabila motosikal ditunggang suaminya dilanggar sebuah lori di Batu 6 Jalan Tanjung Tualang, di sini.

Lelaki &#039;gatal&#039; kena pukul buat hal dalam lif

Posted: 30 Jul 2019 03:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas mencabul seorang wanita di dalam lif dekat Flat Loke Yew, di sini, kelmarin.

Terengganu tak rancang larang himpunan RXZ

Posted: 30 Jul 2019 03:39 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri tidak bercadang melarang program Himpunan Motosikal RXZ atau We Are RXZ Member diadakan lagi pada masa depan walaupun dua peserta terbunuh ketika dalam perjalanan pulang selepas menyertai program itu, Sabtu lalu.

Sarang penagihan dadah Kampung Melayu Pandan digempur, 82 ditahan

Posted: 30 Jul 2019 03:19 AM PDT

PASIR GUDANG: Seramai 82 individu ditahan dalam Operasi Icebreaker selepas kawasan panas penagihan dadah di Kampung Melayu Pandan, di sini digempur polis, hari ini.

China hukum mati pembunuh dan perogol bersiri

Posted: 30 Jul 2019 03:03 AM PDT

BEIJING : Seorang pembunuh bersiri yang terbabit dalam membunuh enam orang dan merogol 10 wanita serta dua budak perempuan termasuk kanak-kanak berusia 12 tahun dihukum mati hari ini.

Ikan pekasam, petai tarikan baharu makanan negeri Perak

Posted: 30 Jul 2019 02:47 AM PDT

IPOH: Ikan pekasam dan petai menjadi produk kebanggaan dan tarikan makanan terbaharu Perak yang akan diketengahkan bagi pasaran di peringkat antarabangsa.

Kerajaan tingkat kesejahteraan rakyat - PM

Posted: 29 Jul 2019 08:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kemakmuran bersama rakyat menjadi teras komitmen kerajaan yang diterajui parti Pakatan Harapan (PH) dalam merencana program dan dasar bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, bermaruah dan merdeka.

Jual durian sambil menyanyi

Posted: 30 Jul 2019 02:40 AM PDT

JERANTUT: Inisiatif bekas naib juara program realiti, Rockanova menjual durian sambil menyanyi menarik perhatian pelanggan ke gerainya yang terletak di Jalan Jerantut - Lipis di kampung Damak di sini.

Polis tahan pengurus &#039;miang&#039; bergelar Datuk

Posted: 30 Jul 2019 02:34 AM PDT

IPOH: Pengurus syarikat bergelar Datuk ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes mencabul tiga wanita yang hadir untuk sesi temu duga sebagai kerani di sebuah syarikat menjalankan perniagaan peladangan di Medan Gopeng, di sini, malam tadi.
Teruskan Bacaan...

Monday, July 29, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Agong, bola sepak berpisah tiada - Hamidin

Posted: 29 Jul 2019 03:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah seorang individu yang sangat cintakan sukan bola sepak, demikian menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Struktur baharu sektor pendidikan secara berperingkat mulai 1 Jun

Posted: 29 Jul 2019 05:17 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan struktur baharu organisasi sektor pendidikan secara berperingkat berkuat kuasa 1 Jun lalu, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> EKSKLUSIF: Persekitaran sunyi undang risiko

Posted: 29 Jul 2019 10:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keadaan gelap atau kelam kerana kurang pencahayaan di kawasan laluan ke sekolah, boleh menyebabkan pelajar yang keluar awal untuk persekolahan sesi pagi menjadi mangsa jenayah.

52 banduan maut bergaduh di Brazil

Posted: 29 Jul 2019 10:09 AM PDT

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 52 maut selepas banduan bergaduh antara satu sama lain dalam sebuah penjara di utara Brazil, hari ini, kata pegawai

Putera Mahkota Abu Dhabi lakukan lawatan ke Malaysia

Posted: 29 Jul 2019 09:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan melakukan lawatan khas ke Malaysia pada Selasa.

M+S jual ruang pejabat, runcit Duo RM4.74 bilion

Posted: 29 Jul 2019 09:00 AM PDT

KUALA LUMUR: M+S Pte Ltd (M+S), bersetuju untuk menjual anak syarikat milik penuhnya, Ophir-Rochor Commercial Pte Ltd (ORC) dan firma ekuiti hartanah swasta, Gaw Capital Partners kepada Allianz Real Estate dengan nilai S$1.575 bilion (RM4.74 bilion).

Malaysia gesa EU iktiraf persijilan MSPO

Posted: 29 Jul 2019 08:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Kesatuan Eropah (EU) menerima dan mengiktiraf skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai salah satu skim sukarela di bawah Arahan Tenaga Diperbaharui Kesatuan Eropah (EU RED II).

Budak lelaki maut ditolak di stesen kereta api Jerman

Posted: 29 Jul 2019 07:34 AM PDT

FRANKFURT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut manakala ibunya cedera selepas seorang lelaki tidak dikenali menolak mereka jatuh di hadapan sebuah kereta api di stesen kereta api di Frankfurt, Jerman hari ini.

Arrayyan hasrat kuasai pasaran produk halal

Posted: 29 Jul 2019 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Al Haddad Group menerusi anak syarikatnya, Arrayyan Multitrade Sdn Bhd (Arrayyan) menyasarkan untuk memperkenalkan 10 produk baharu secara berperingkat menjelang 2020 bagi mengukuhkan kedudukannya dalam segmen produk halal.

Boris Johnson, teman wanita pindah ke Jalan Downing

Posted: 29 Jul 2019 06:47 AM PDT

LONDON: Boris Johnson dan teman wanitanya, Carrie Symonds berpindah ke Jalan Downing hari ini, sekali gus menjadi pasangan pertama tinggal di kediaman rasmi Perdana Menteri British tanpa ikatan perkahwinan.

SC Estate sumbang dana pendidikan RM1 juta kepada YSB

Posted: 29 Jul 2019 06:46 AM PDT

PETALING JAYA: SC Estate Builder Bhd, syarikat pembinaan terkemuka, menyalurkan dana pendidikan sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dalam usahanya menyokong pembangunan modal insan negara.

Shopee optimis segmen wanita pacu pendapatan

Posted: 29 Jul 2019 12:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Shopee Malaysia mengunjurkan segmen wanita terus mencatatkan sumbangan kukuh kepada pendapatan kumpulan terutama dalam produk kecantikan dan kesihatan.

Mantap segala segi

Posted: 29 Jul 2019 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mula diperkenalkan pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 November lalu, Hyundai Santa Fe generasi keempat bagaimanapun hanya dijual secara rasmi di pasaran tempatan baru-baru ini.

Pra tempahan Volkswagen Arteon dibuka

Posted: 29 Jul 2019 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mula menerima pra-tempahan untuk Volkswagen Arteon serba baharu.

Polis serbu 117 &#039;port&#039; dadah

Posted: 29 Jul 2019 06:10 AM PDT

SEMENYIH: Seramai 2,063 individu ditahan di 117 lokasi panas dikenal pasti sebagai 'port' dadah di seluruh negara menerusi Operasi Icebreaker tengah malam tadi.

Grab melabur AS$2 bilion di Indonesia

Posted: 29 Jul 2019 06:08 AM PDT

JAKARTA: Gergasi e-hailing, Grab melabur AS$2 bilion (RM8.24 bilion) di Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang, menggunakan dana dari SoftBank Group dari Jepun untuk meningkatkan kehadirannya dalam ekonomi terbesar di Asia Tenggara, kata firma itu hari ini.

M Luna babit kos RM705 juta di Kepong

Posted: 29 Jul 2019 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju hartanah terkemuka tempatan dengan memperoleh tanah seluas 2.21 hektar di Taman Metropolitan, Kepong dengan nilai RM94.8 juta.

Pelatih hilang ketika cuba lompat dari kapal

Posted: 29 Jul 2019 05:49 AM PDT

ALOR GAJAH: Seorang pelajar Kolej Vokasional Ranaco, Terengganu hilang selepas terjatuh ke laut ketika melompat untuk berpindah kapal dekat pantai Tanjung Dahan, Kuala Linggi, dekat sini malam tadi.

Konsep &#039;makmal&#039; di tiga projek EcoWorld

Posted: 29 Jul 2019 05:46 AM PDT

SHAH ALAM: Pembangunan sesebuah projek perbandaran baharu merangkumi beberapa komponen seperti unit kediaman, pusat komersial dan kawasan riadah.

Sedia sambung rundingan Brexit jika EU tukar pendirian - Boris Johnson

Posted: 29 Jul 2019 05:33 AM PDT

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberitahu pemimpin Kesatuan Eropah (EU), beliau akan menyambung semula rundingan Brexit sebaik mereka bersedia mengubah pendirian berhubung perjanjian pengunduran atau Britain akan keluar tanpa sebarang perjanjian, kata jurucakapnya.

Siti teruja nanti Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-16

Posted: 29 Jul 2019 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai pemimpin berjiwa rakyat, mudah mesra dan disenangi ramai.

MIER unjur ekonomi M&#039;sia berkembang 4.6 peratus 2019

Posted: 29 Jul 2019 04:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menaikkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun ini kepada 4.6 peratus berbanding unjuran sebelum ini, 4.5 peratus.

Pembaharuan permit operasi di landasan - Lynas

Posted: 29 Jul 2019 04:22 AM PDT

BENGALURU: Lynas Corp Ltd (Lynas), pengilang nadir bumi Australia kini berada di landasan untuk memperbaharui lesen operasinya di Malaysia, berikutan permintaan perlahan dari China di tengah-tengah penurunan pendapatan jualan sukuan.

Pemain profesional dalam senarai BAM

Posted: 29 Jul 2019 03:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menyenaraikan pemain terbaik – termasuk pemain-pemain profesional – bagi memperkuatkan pasukan negara menjelang temasya Sukan SEA Filipina yang dijadual bermula pada 30 November hingga 11 Disember depan.

67 kilang dikenal pasti beroperasi tanpa lesen di Pasir Gudang

Posted: 29 Jul 2019 02:58 AM PDT

PASIR GUDANG: Sebanyak 67 kilang yang tiada lesen perniagaan di bawah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dikenal pasti beroperasi secara tidak sah di Pasir Gudang.

Mujahid lapor polis dakwa difitnah dalam media sosial

Posted: 28 Jul 2019 10:47 PM PDT

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini membuat laporan polis terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak serta laman Facebook yang menggunakan nama 'MyNewsHub' kerana didakwa memuat naik poster fitnah yang mengaitkan dirinya.

Kumpulan kedua eUsahawan Level Up bersiap ke peringkat global

Posted: 29 Jul 2019 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pereka dari Sabah menjual pakaian batik Borneo, syarikat jus kurma, dan perniagaan sarung lengan muslimah adalah antara usahawan tempatan meraih manfaat daripada program eUsahawan Level Up.

PERHILITAN pantau laluan gajah Jalan Kuala Berang - Aring

Posted: 29 Jul 2019 04:00 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu akan terus memantau Jalan Kuala Berang - Aring, Hulu Terengganu yang menjadi laluan utama gajah di kawasan terbabit.

&#039;Media bantu bina karakter saya&#039;

Posted: 28 Jul 2019 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika pegawai media Istana Negara memberi isyarat tempoh wawancara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 hampir tamat, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, masih bersemangat melayan media.

Tiada kawasan di Perak diiktiraf sebagai tanah adat - MB

Posted: 29 Jul 2019 03:54 AM PDT

IPOH: Tiada kawasan di Perak yang diiktiraf sebagai tanah adat untuk masyarakat Orang Asli, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Teruskan Bacaan...

Sunday, July 28, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Adik PM Singapura sokong parti pembangkang

Posted: 28 Jul 2019 10:35 AM PDT

SINGAPURA: Adik lelaki Perdana Menteri Singapura menyokong sebuah parti pembangkang baharu dalam insiden terbaharu pertelingkahan panas keluarga pertama negara itu.

PH mahu perubahan di Sarawak

Posted: 28 Jul 2019 09:57 AM PDT

KUCHING: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu PH Sarawak menangani pengaruh negatif, perkauman dan pemikiran sempit dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-12.

Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan parah ditetak

Posted: 28 Jul 2019 09:34 AM PDT

KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah, cedera parah di pinggang dan kepala selepas ditetak dua lelaki di hadapan kedai makan, di Jalan Tengku Chik, sini, malam tadi.

&#039;Dituduh gay, pelakon belasah bekas tunang&#039;

Posted: 28 Jul 2019 08:33 AM PDT

SERDANG: Seorang pelakon lelaki berusia 27 tahun ditahan polis Sabtu lalu kerana memukul bekas tunangnya selepas wanita itu meminta dia memutuskan hubungan sejenis.

Verstappen menang GP Jerman

Posted: 28 Jul 2019 09:13 AM PDT

HOCKENHEIM, Jerman: Max Verstappen memanfaatkan nasib malang pesaing-pesaingnya untuk memenangi perlumbaan Grand Prix Jerman untuk Red Bull, dengan Sebastian Vettel dari Ferrari di tempat kedua.

3 maut ribut di Itali

Posted: 28 Jul 2019 09:08 AM PDT

ROME: Ribut pelik dan banjir kilat di Itali, susulan gelombang haba minggu lalu, meragut tiga nyawa hujung minggu, termasuk seorang wanita yang terperangkap dalam satu taufan mini berhampiran lapangan terbang Fiumicino.

Pelarian Rohingya enggan pulang tanpa kerakyatan

Posted: 28 Jul 2019 08:29 AM PDT

DHAKA: Pelarian Rohingya di Bangladesh enggan pulang ke Myanmar melainkan mereka diiktiraf sebagai salah satu kumpulan etnik di tanah air sendiri.

Taman tema air RM4 juta di Setiu

Posted: 28 Jul 2019 05:06 AM PDT

PERMAISURI: Bandar ini bakal mempunyai satu lagi tarikan pelancongan apabila kerajaan negeri meluluskan kerja pembinaan taman tema air bernilai lebih RM4 juta berhampiran Peladang Setiu Agro Resort, di sini.

1,400 penunjuk perasaan pilihan raya di tahan polis Moscow

Posted: 28 Jul 2019 07:27 AM PDT

MOSCOW: Polis Russia menahan 1,400 penunjuk perasaan yang berhimpun di Moscow bagi menuntut satu pilihan raya yang bebas dan adil semalam, kata pemerhati.

Suresh kembali ke lapang sasar

Posted: 28 Jul 2019 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas memperoleh gelaran dunia pada awal bulan ini, pemanah recurve para negara S Suresh kembali ke lapang sasar dengan menyertai Kejohanan Memanah Kebangsaan kali ke-43 hari ini dia bersaing dengan atlet-atlet biasa.

Manfaat Jelajah Eropah - Mirnawan

Posted: 28 Jul 2019 06:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Legenda hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi mengingatkan skuad hoki lelaki negara supaya tidak terbawa-bawa dengan kejayaan menewaskan Jerman, kelmarin sambil mengakui terdapat dua elemen penting perlu diperbaiki Malaysian Tigers sepanjang kempen Jelajah Eropah.

Adam dapat tonik di Sepang

Posted: 28 Jul 2019 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Adam Norrodin menerima tonik berharga menjelang pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Zhuhai, China dua minggu lagi apabila meraih kemenangan hatrik dalam kelas 600cc di Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK), hari ini. 

Mutu pengadil final memuaskan - Dali

Posted: 28 Jul 2019 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mutu pengadilan oleh pengadil luar negara pada final Piala FA 2019 antara Kedah dan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak.

Kanak-kanak maut kemalangan dua kenderaan

Posted: 28 Jul 2019 05:19 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kereta di Jambatan Sri Ehsan berhampiran Jabatan Peguam Negara di sini, semalam.

Kes denggi meningkat 89.5 peratus tahun ini

Posted: 28 Jul 2019 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 72,356 kes denggi dilaporkan di Malaysia sepanjang Januari hingga 20 Julai lalu, berbanding 38,190 kes bagi tempoh sama pada 2018, iaitu peningkatan drastik sebanyak 89.5 peratus pada tahun ini.

Air laut hitam, berlumpur fenomena biasa

Posted: 28 Jul 2019 03:09 AM PDT

KUANTAN: Keadaan air laut berwarna kehitaman dan berlumpur berkemungkinan fenomena biasa di sepanjang pesisir pantai di negeri ini, terutama selepas hujan ketika peralihan monsun.

Remaja lemas mandi di tasik terbiar

Posted: 28 Jul 2019 05:11 AM PDT

HULU SELANGOR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun lemas ketika mandi di sebuah tasik terbiar dekat Taman Widuri, Rawang, di sini, petang tadi.

UniSZA kaji 30,000 muka surat manuskrip dunia Melayu

Posted: 28 Jul 2019 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menjaga dan mengkaji lebih 30,000 muka surat manuskrip lama berkaitan dunia Melayu.

Ibu bapa terjebak dadah: 8 beradik diselamatkan JKM

Posted: 28 Jul 2019 04:50 AM PDT

MELAKA: Lapan beradik yang ibu bapa mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah, diselamatkan pihak berkuasa di rumah mereka di Bukit Rambai, pagi tadi.

PDRM komited bantu banteras pemburu haram

Posted: 28 Jul 2019 04:43 AM PDT

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam usaha membantu Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melumpuhkan kegiatan pemburuan haram spesies harimau Malaya di hutan negara ini.

Johor tubuh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar tangani isu pencemaran

Posted: 28 Jul 2019 04:25 AM PDT

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar bertujuan untuk menangani isu pencemaran di negeri itu.

Peranan COMBI diperluas banteras penyakit berjangkit

Posted: 28 Jul 2019 03:41 AM PDT

SERI ISKANDAR: Kementerian Kesihatan memperluas peranan Program Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) untuk membantu membanteras penyakit berjangkit selain membantu menghapuskan denggi.

Kertas cadangan elaun kritikal bomba perlu dirujuk kepada menteri - KSN

Posted: 28 Jul 2019 03:31 AM PDT

KEPALA BATAS: Maklum balas mengenai kertas cadangan berhubung elaun kritikal bomba yang akan dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong perlu dirujuk kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

China tolak komen AS isu penunjuk perasaan Hong Kong

Posted: 28 Jul 2019 03:28 AM PDT

BEIJING: China menolak keras 'dakwaan salah' oleh Pengerusi Jawatankuasa Dewan Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat (AS), Eliot Engel yang mengkritik pendirian Parti Komunis China berhubung protes di Hong Kong.

Jawatankuasa bantu tangani isu nelayan kesan projek PSR

Posted: 28 Jul 2019 03:28 AM PDT

IPOH: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh PKR bagi membantu kerajaan Pulau Pinang mengatasi permasalahan membabitkan isu projek Tambak Laut Selatan Pulau Pinang (PSR).

Tapak pelupusan sampah haram Kampung Kemumbong disita

Posted: 28 Jul 2019 01:50 AM PDT

SUNGAI PETANI: Kotor, busuk dan meloyakan. Itu keadaan tapak pelupusan sampah haram di Kampung Kemumbong, Sidam Kiri, yang disita kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta hari ini.

UMNO menghidap sindrom penafian

Posted: 28 Jul 2019 02:56 AM PDT

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menghidap sindrom penafian ahlinya yang sudah meninggalkan parti itu dan menyertai parti lain, terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Rokok seludup RM710,000 dirampas, 5 lelaki ditahan

Posted: 28 Jul 2019 02:53 AM PDT

KOTA TINGGI: Polis merampas rokok seludup jenis RGD Magnum dianggarkan bernilai RM710,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Johor, Taman Sri Saujana, dekat sini.

Mohamed Azmin, Zuraida tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR

Posted: 28 Jul 2019 02:38 AM PDT

PETALING JAYA: Kepemimpinan PKR diberi peringatan untuk hadir pada semua mesyuarat parti mengikut jadual yang diedarkan dua hingga tiga bulan lebih awal.

Kisah dongeng Danel, malam istimewa Ifwat

Posted: 28 Jul 2019 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain muda, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam mencipta 'kisah dongeng' yang tersendiri apabila menjadi wira selepas jaringan tunggalnya membolehkan Kedah menundukkan Perak 1-0 pada aksi final Piala FA 2019, malam tadi.
Teruskan Bacaan...
Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template